DAVOS: Misi Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) pada mesyuarat tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) bukan sahaja untuk menarik pelaburan ke Malaysia tetapi juga meneroka peluang perniagaan bagi syarikat tempatan ke peringkat antarabangsa.
Menterinya Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz berkata tugas mempromosi Malaysia bukan hanya menjadi tanggungjawab kerajaan semata-mata, malah ia turut digalas oleh sektor korporat.
Justeru, katanya, misi MITI ke Davos kali ini turut disertai agensi di bawah kementerian tersebut seperti Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan InvestKL selain syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) seperti Khazanah, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Permodalan Nasional Bhd, Petronas dan Sime Darby yang akan mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan pelbagai syarikat terkemuka dunia.
"Kita telah menyediakan ruang yang kondusif di Malaysia House untuk memudahkan pelbagai perbincangan yang telah diatur. InsyaAllah, semua usaha kita akan membuahkan hasil, demi Malaysia," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Forum tahunan WEF ke-53 yang berlangsung dari 16-20 Jan itu menghimpunkan seramai 2,700 pemimpin mewakili 130 negara, termasuk 52 ketua negara di bandar peranginan Davos ini, di Pergunungan Alps.
Forum bertemakan 'Kerjasama Dalam Dunia Terpisah : Menangani Krisis Mendesak, Mengendalikan Cabaran Masa Depan,' itu dianjurkan di tengah-tengah pelbagai krisis yang telah meningkatkan lagi perpecahan serta pemisahan landskap geopolitik dunia.
Delegasi Malaysia ke WEF bagi tahun ini diketuai Tengku Zafrul yang dijangka menyertai sesi termasuk berkaitan kos perpecahan ekonomi, rantaian bekalan, pengangkutan dan juga 'Living with Risk' (Hidup Bersama Risiko) yang mana beliau merupakan antara tiga ahli panel bagi sesi tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 17 2023
![MITI sasar tarik pelaburan, teroka perniagaan di peringkat antarabangsa bersama sektor korporat - Tengku Zafrul MITI sasar tarik pelaburan, teroka perniagaan di peringkat antarabangsa bersama sektor korporat - Tengku Zafrul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/51673968772_ZafrulAziz.jpg)
Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz berkata tugas mempromosi Malaysia bukan hanya menjadi tanggungjawab kerajaan semata-mata, malah ia turut digalas oleh sektor korporat. - BERNAMA
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Wanita curi duit semasa kenduri ditahan, ada 10 rekod jenayah
Seorang wanita berusia 61 tahun yang menyamar sebagai tetamu dan mencuri beg tangan berisi wang RM2,500 ketika majlis perkahwinan di Pasir Mas, Kelantan pada 1 Februari lalu berjaya diberkas polis.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Februari 2025.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![MITI akan perkukuh usaha tarik pelaburan susulan prestasi kukuh KDNK 2024 MITI akan perkukuh usaha tarik pelaburan susulan prestasi kukuh KDNK 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61734499053_TBZAFRUL.jpg)
MITI akan perkukuh usaha tarik pelaburan susulan prestasi kukuh KDNK 2024
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata KDNK Malaysia pada 2024 mengatasi sasaran, didorong oleh pelaburan dan eksport.
![MITI semak semula lima akta untuk perkukuh pembangunan perindustrian MITI semak semula lima akta untuk perkukuh pembangunan perindustrian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738735872_LiewChinTong.jpg)
MITI semak semula lima akta untuk perkukuh pembangunan perindustrian
Rang Undang-undang Pembangunan Perindustrian 2025 yang dicadangkan itu adalah bertujuan untuk memudahkan proses perniagaan bagi pengilang dan meningkatkan daya tahan rantaian bekalan.
![Laporan harga kenderaan naik pada 2026 tidak tepat - MOF Laporan harga kenderaan naik pada 2026 tidak tepat - MOF](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739259928_Toyotacars.jpg)
Laporan harga kenderaan naik pada 2026 tidak tepat - MOF
MOF dan MITI bersama-sama pihak industri automotif sedang meneliti kaedah penilaian kenderaan bagi memastikan pengenaan cukai dilaksanakan secara adil, seragam dan neutral serta konsisten.
![Kesan negatif prestasi eksport semikonduktor ke Amerika Syarikat minimum - Tengku Zafrul Kesan negatif prestasi eksport semikonduktor ke Amerika Syarikat minimum - Tengku Zafrul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738824732_TBzafrul.jpg)
Kesan negatif prestasi eksport semikonduktor ke Amerika Syarikat minimum - Tengku Zafrul
MITI berpandangan risiko kesan negatif terhadap prestasi eksport semikonduktor ke Amerika Syarikat (AS) berikutan pelaksanaan tarif oleh Presiden AS Donald Trump adalah minimum buat masa ini.
![MITI perlu tingkat usaha capai sasaran perdagangan, pelaburan RM13 bilion di Ekspo Dunia 2025 MITI perlu tingkat usaha capai sasaran perdagangan, pelaburan RM13 bilion di Ekspo Dunia 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81736754431_TBFADILLAHYUSOF.jpg)
MITI perlu tingkat usaha capai sasaran perdagangan, pelaburan RM13 bilion di Ekspo Dunia 2025
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) perlu meningkatkan usaha dalam merangka strategi bagi memastikan kejayaan negara mencapai sasaran perdagangan dan pelaburan berjumlah RM13 bilion
![Malaysia sasar dagangan dengan rakan FTA, pasaran membangun meningkat tahun ini Malaysia sasar dagangan dengan rakan FTA, pasaran membangun meningkat tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737982540_tbTengkuZafrul.jpg)
Malaysia sasar dagangan dengan rakan FTA, pasaran membangun meningkat tahun ini
Malaysia mahu menumpukan aspek penglibatan strategik dengan rakan perjanjiian perdagangan bebas (FTA) dan pasaran sedang pesat membangun pada 2025 dalam usaha meningkatkan eksportnya.
![MITI sambut baik penyambungan semula MEUFTA MITI sambut baik penyambungan semula MEUFTA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723697210_TBMiti.jpg)
MITI sambut baik penyambungan semula MEUFTA
MITI berkata, ia merupakan detik penting dalam peningkatan hubungan perdagangan dan integrasi ekonomi kedua-dua pihak.
![Dagangan Malaysia berkembang seiring prospek WTO - MITI Dagangan Malaysia berkembang seiring prospek WTO - MITI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737372336_TBmartrade.jpg)
Dagangan Malaysia berkembang seiring prospek WTO - MITI
Perdagangan Malaysia dijangka berkembang seiring dengan prospek yang diterbitkan oleh WTO, yang mengunjurkan jumlah dagangan barangan global tumbuh sebanyak tiga peratus.
![Perdagangan Malaysia pada 2024 catat nilai tertinggi baharu RM2.88 trilion - MITI Perdagangan Malaysia pada 2024 catat nilai tertinggi baharu RM2.88 trilion - MITI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51737369661_WestportsPortKlang.jpg)
Perdagangan Malaysia pada 2024 catat nilai tertinggi baharu RM2.88 trilion - MITI
MITI berkata eksport mencecah RM1 trilion bagi empat tahun berturut-turut, meningkat 5.7 peratus kepada RM1.51 trilion.
![MOSTI, MITI bincang langkah atasi kemungkinan sekatan eksport ke atas cip AI MOSTI, MITI bincang langkah atasi kemungkinan sekatan eksport ke atas cip AI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41736781488_ChangLihKang.jpg)
MOSTI, MITI bincang langkah atasi kemungkinan sekatan eksport ke atas cip AI
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang berkata impak yang mungkin timbul daripada hal itu boleh menjadi signifikan bagi Malaysia namun, laporan tersebut masih belum dapat disahkan.