KUALA LUMPUR: Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) akan lebih selektif dalam memilih kemasukan syarikat asing ke negara ini dengan keutamaan kepada syarikat yang berkualiti dari segi pelaburan, kata Ketua Setiausaha kementerian Datuk Seri Isham Ishak.
Beliau berkata strategi untuk mempunyai pelaburan langsung asing (FDI) yang berkualiti lebih penting kerana kerajaan mahu kesan limpahan FDI dapat dimanfaatkan dan dinikmati rakyat, antaranya menawarkan lebih banyak peluang pekerjaan berkemahiran tinggi dan penggunaan teknologi terkini.
"Kalau kita melihat FDI tinggi, ini tidak bermaksud negara mencapai satu kejayaan dan jika FDI rendah, ini tidak bermakna negara tidak berjaya.
"Melihat kepada Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) yang akan dilancarkan Jumaat ini, kita akan menilai FDI yang lebih berkualiti termasuk dari segi teknologi yang dikongsi atau dibina bersama melalui proses tambah nilai atau penciptaan nilai.
"Ini sekali gus dapat memantapkan rantaian bekalan agar ekosistem dapat diperkukuhkan lagi," katanya kepada pemberita selepas melancarkan pembukaan hab teknologi pertama Demant di luar Eropah di sini semalam.
Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan Jabatan Perangkaan Malaysia berkenaan FDI yang mencatat aliran masuk bersih yang lebih rendah sebanyak RM3.1 bilion pada suku kedua 2023 berbanding RM12.0 bilion pada suku sebelumnya.
Isham berkata FDI yang rendah pada suku kedua tidak memberikan sentimen negatif kepada pelabur asing berikutan pelabur menumpukan kepada jumlah kumpulan bakat negara yang membanggakan, infrastruktur maju, sistem politik yang kukuh dan polisi kerajaan yang komprehensif serta dapat menyokong operasi syarikat masing-masing di negara ini.
"Antara buktinya, syarikat Demant dari Denmark ini telah membuka hab teknologi pertama mereka di luar Eropah di Kuala Lumpur dan bakal menempatkan 65 peratus pasukan jurutera dan pakar global yang akan menjadi peneraju dalam membangunkan penyelesaian perisian yang menggabungkan teknologi terkini termasuk kecerdasan buatan," kata Isham.
Demant adalah kumpulan penjagaan kesihatan dan teknologi pendengaran terkemuka di dunia yang menggajikan kira-kira 20,500 pekerja di seluruh dunia dan menyediakan perkhidmatan di130 negara.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 29 2023

MITI akan lebih selektif dalam memilih kemasukan syarikat asing ke Malaysia dengan keutamaan kepada syarikat yang berkualiti dari segi pelaburan.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

Malaysia sasar sekurang-kurangnya 3,000 kilang pintar menjelang 2030 - MITI
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menyasar untuk mewujudkan sekurang-kurangnya 3,000 kilang pintar menjelang 2030.

300,000 PMKS catat jualaan eksport berjumlah RM867 juta menerusi e-dagang bagi tempoh 2021 hingga 2024 - MITI
MATRADE telah menyelaras usaha membangunkan keupayaan kira-kira 300,000 perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang berjaya mengeksport keluar negara melalui pemasaran di platform e-dagang.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

MITI akan perkukuh usaha tarik pelaburan susulan prestasi kukuh KDNK 2024
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata KDNK Malaysia pada 2024 mengatasi sasaran, didorong oleh pelaburan dan eksport.

MITI semak semula lima akta untuk perkukuh pembangunan perindustrian
Rang Undang-undang Pembangunan Perindustrian 2025 yang dicadangkan itu adalah bertujuan untuk memudahkan proses perniagaan bagi pengilang dan meningkatkan daya tahan rantaian bekalan.

Laporan harga kenderaan naik pada 2026 tidak tepat - MOF
MOF dan MITI bersama-sama pihak industri automotif sedang meneliti kaedah penilaian kenderaan bagi memastikan pengenaan cukai dilaksanakan secara adil, seragam dan neutral serta konsisten.

Kesan negatif prestasi eksport semikonduktor ke Amerika Syarikat minimum - Tengku Zafrul
MITI berpandangan risiko kesan negatif terhadap prestasi eksport semikonduktor ke Amerika Syarikat (AS) berikutan pelaksanaan tarif oleh Presiden AS Donald Trump adalah minimum buat masa ini.

MITI perlu tingkat usaha capai sasaran perdagangan, pelaburan RM13 bilion di Ekspo Dunia 2025
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) perlu meningkatkan usaha dalam merangka strategi bagi memastikan kejayaan negara mencapai sasaran perdagangan dan pelaburan berjumlah RM13 bilion

Malaysia sasar dagangan dengan rakan FTA, pasaran membangun meningkat tahun ini
Malaysia mahu menumpukan aspek penglibatan strategik dengan rakan perjanjiian perdagangan bebas (FTA) dan pasaran sedang pesat membangun pada 2025 dalam usaha meningkatkan eksportnya.

MITI sambut baik penyambungan semula MEUFTA
MITI berkata, ia merupakan detik penting dalam peningkatan hubungan perdagangan dan integrasi ekonomi kedua-dua pihak.