Angka perdagangan Malaysia pada April dijangka bertambah baik walaupun ketegangan perdagangan global semakin buruk, khususnya antara Amerika Syarikat (AS) dan China, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Dr Ong Kian Ming.
"Terdapat sedikit penurunan dalam prestasi keseluruhan import dan eksport Malaysia, tetapi kami mengambil perhatian bahawa kadar penurunan perdagangan pada Februari lebih tinggi daripada Mac, apabila kita lihat pada perbandingan tahun ke tahun, Mac bertambah baik berbanding Februari.
"Itu mungkin menandakan angka perdagangan mungkin bertambah baik lagi pada April," katanya pada sidang media selepas melancarkan SEMICON Asia Tenggara 2019 di sini, pada Selasa.
Ong menjelaskan kenyataan terbaru Presiden AS Donald Trump berhubung rundingan perdagangan tidak akan menjejaskan jumlah sebenar perdagangan Malaysia bagi jangka pendek.
"Untuk impak selanjutnya ke atas Malaysia, kami perlu tunggu dan lihat apa dasar sebenar akan diumumkan oleh kerajaan AS dan kerajaan China daripada perspektif tarif," katanya.
Reaksi pasaran merupakan jangka pendek dan jika esok China dan AS mengumumkan resolusi positif, pasaran akan meningkat, katanya.
Eksport Malaysia merosot 0.5 peratus kepada RM84 bilion pada Mac 2019 daripada setahun sebelumnya berikutan jualan produk elektrik dan elektronik dan barang berasaskan komoditi negara berkurangan.
Perdagangan negara pada Februari 2019 menyusut 7.2 peratus kepada RM122.15 bilion berbanding pada Februari 2018.
Ong berkata dalam jangka masa panjang, ketegangan berlarutan antara dua ekonomi besar itu adalah tidak positif kepada Malaysia kerana negara amat bergantung kepada perdagangan dengan kedua-dua negara.
"Sebarang kesan negatif terhadap perdagangan antara AS dan China akan memberi kesan negatif jangka panjang kepada perdagangan Malaysia secara keseluruhan. Kami berharap akan ada keputusan positif supaya perang tarif ini dapat dielakkan, "katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia Datuk Azman Mahmud berkata agensi itu mengharapkan pelaburan yang diluluskan bernilai RM13 bilion dalam segmen elektrik dan elektronik untuk 2019.
"Angka itu berdasarkan pada pelaburan domestik dan asing dan sama ada ketegangan perdagangan antara AS dan China masih merupakan isu yang berlarutan, tetapi kami tidak dapat meramalkan masa depan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 07 2019
ONG: Sebarang kesan negatif terhadap perdagangan antara AS dan China akan memberi kesan negatif jangka panjang kepada perdagangan Malaysia secara keseluruhan. - Bernama
Pelarasan berperingkat kepada gaji minimum tawar pendekatan seimbang - FMM
Ia membantu mengelak kejutan terhadap perniagaan terutama yang mungkin tiada fleksibiliti kewangan untuk menyerap kenaikan kos buruh.
Kerajaan peruntuk RM7.45 juta kerja pembaikan tiga cerun di Gua Musang
Kerajaan memperuntukkan RM7.45 juta bagi kerja pembaikan cerun di Gua Musang yang bakal memberi manfaat kepada hampir 5,000 penduduk.
JKNT keluar lebih 5,000 notis bawah kawalan rokok sehingga Julai tahun ini
JKNT keluarkan 5,431 notis bernilai RM1.3 juta berkaitan pelbagai kesalahan hasil pemeriksaan ke atas 15,356 premis melalui 831 operasi penguatkuasaan di seluruh negeri Terengganu.
Pek sumber kebajikan terap budaya sayangi haiwan
DVS bangunkan pek sumber kebajikan haiwan sebagai bahan sokongan pengajaran dan pembelajaran di semua prasekolah di bawah KPM seluruh negara.
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
MITI jangka angka perdagangan Malaysia pada April bertambah baik
Kenyataan terbaru Presiden AS berhubung rundingan perdagangan tidak akan menjejaskan jumlah sebenar perdagangan Malaysia bagi jangka pendek.