Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri bersedia menyalurkan input dalam empat bidang kepada Jawatankuasa Khas Ekonomi (JKE) bagi membantu menangani cabaran ekonomi dan kewangan semasa.
Menterinya Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata bidang-bidang terbabit ialah pelaburan, perdagangan, perusahaan kecil dan sederhana (PKS), serta produktiviti bagi memastikan pertumbuhan ekonomi yang berterusan.
"JKE yang baharu ditubuhkan ini akan merangkumi banyak sektor dalam ekonomi kita.
"Tumpuan utama kami ialah perdagangan, pelaburan, PKS dan produktiviti. Bidang-bidang ini amat penting bagi memacu pertumbuhan ekonomi dan membantu pemulihan ekonomi," katanya ketika ditemui pada sambutan bulan kemerdekaan di bangunan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), di sini hari ini.
Pada majlis itu Mustapa turut melancarkan pusat asuhan kanak-kanak Matrade serta projek landskap agensi berkenaan.
Mengulas lanjut, beliau berkata bagi mempertingkat perdagangan antarabangsa, Majlis Eksport Negara di bawah kementeriannya yang sentiasa mengadakan pertemuan, menggariskan beberapa langkah termasuk mengenai China.
"China mengubah dirinya daripada bertumpu pada pertumbuhan yang dipacu oleh eksport dan pelaburan kepada yang berasaskan penggunaan domestik.
"Sehubungan itu, kita perlu ada polisi yang seiring dengan apa yang berlaku di China, berdasarkan corak perubahan permintaan negara itu," kata Mustapa.
Beliau berkata pasaran lain seperti Eropah, Afrika dan Amerika Syarikat juga sama penting memandangkan Malaysia perlu terus mempelbagai pasarannya.
"Kami sedang melakukan persediaan. Walaupun kami percaya JKE ada cadangannya sendiri, kami juga bersedia dengan cadangan kami yang menumpukan kepada empat bidang itu," katanya.
Dalam catatan laman sosial Facebooknya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata penubuhan JKE bertujuan meminimumkan kesan daripada isu ekonomi berbangkit terhadap ekonomi.
Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar itu akan bertemu setiap minggu dan melapor terus kepada kepada Najib.
Bernama
Thu Aug 27 2015
![MITI bersedia salur input kepada JKE - Mustapa Mohamed MITI bersedia salur input kepada JKE - Mustapa Mohamed](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/81437386156_MUSTAPAMOHAMED.jpg)
MUSTAPA: JKE yang baharu ditubuhkan ini akan merangkumi banyak sektor dalam ekonomi kita.
![KPT aku-akukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat KPT aku-akukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719822088_ZambryAbdKadir.jpg)
KPT aku-akukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat
KPT mengalu-alukan cadangan PAC berhubung pelaksanaan dan pemakaian Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024, kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan kementerian itu.
![SUKMA 2024: Sepak takraw wanita mungkin digugurkan SUKMA 2024: Sepak takraw wanita mungkin digugurkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720679430_AbdulKarimRahman.jpg)
SUKMA 2024: Sepak takraw wanita mungkin digugurkan
Sepak takraw wanita berpasukan berkemungkinan akan digugurkan daripada senarai acara temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 berikutan jumlah penyertaan kurang daripada jumlah minimum yang ditetapkan.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Enam rakyat Vietnam ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok Enam rakyat Vietnam ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41702437730_maut.jpg)
Enam rakyat Vietnam ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok
Enam orang ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok, Thailand pada Selasa laporan media tempatan yang memetik polis Bangkok.
AWANI 7:45 [16/07/2024] - Suspek dibawa ke lokasi | Selamat tinggal rakyat Malaysia | Harimau Malaya hilang taring?
- Polis sahkan suspek bunuh Kartini anggota polis.
- Pan-Gon enggan dedah punca letak jawatan.
- Faisal Halim sedih mentor Pan-Gon undur diri.
- Pakai reben putih di Parlimen, tak salah.
- Pan-Gon enggan dedah punca letak jawatan.
- Faisal Halim sedih mentor Pan-Gon undur diri.
- Pakai reben putih di Parlimen, tak salah.
![Isteri calon gandingan Trump letak jawatan di firma guaman Isteri calon gandingan Trump letak jawatan di firma guaman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721139141_TBJDUSHA.jpg)
Isteri calon gandingan Trump letak jawatan di firma guaman
Usha Vance, isteri kepada Senator J.D. Vance yang dipilih sebagai calon gandingan bekas presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump awal minggu ini, telah meletakkan jawatannya di sebuah firma guaman,
![Najib fail permohonan di mahkamah rayuan cabar Titah Adendum Najib fail permohonan di mahkamah rayuan cabar Titah Adendum](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71683779541_TBNAJIBRAZAK.jpg)
Najib fail permohonan di mahkamah rayuan cabar Titah Adendum
Berdasarkan sistem e-filing mahkamah, rayuan itu telah ditetapkan untuk pengurusan kes pada 7 Oktober ini.
![Pangsapuri mewah bernilai RM1 juta menanti pemenang emas Olimpik Pangsapuri mewah bernilai RM1 juta menanti pemenang emas Olimpik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721138010_HannahYeoh.jpg)
Pangsapuri mewah bernilai RM1 juta menanti pemenang emas Olimpik
Hannah Yeoh berkata Jawatankuasa RTG telah menerima tawaran daripada pemaju hartanah, Top Residency, yang berminat untuk menghadiahkan pemenang pingat emas pertama.
![E-sukan harus dijadikan kepentingan sehingga ke peringkat lebih tinggi E-sukan harus dijadikan kepentingan sehingga ke peringkat lebih tinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721128633_MohdHidayatMohdSa.jpg)
E-sukan harus dijadikan kepentingan sehingga ke peringkat lebih tinggi
Kerajaan juga harus wujudkan sebuah dasar yang jelas supaya kepentingan e-sukan ini mampu diperkembangkan ke masa hadapan.
![Kerajaan pandang serius penularan ideologi liberalism, pluralism Kerajaan pandang serius penularan ideologi liberalism, pluralism](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721122322_ZulkifliHasan.jpg)
Kerajaan pandang serius penularan ideologi liberalism, pluralism
Kerajaan sentiasa memandang serius terhadap penularan ideologi dan aliran pemikiran yang bercanggah dengan ajaran Islam seperti ideologi liberalism dan pluralism agama.
![Masalah disiplin remaja antara tiga cabaran utama dihadapi kaum ibu - Nancy Masalah disiplin remaja antara tiga cabaran utama dihadapi kaum ibu - Nancy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61715499136_RajaZarithSofiah.jpg)
Masalah disiplin remaja antara tiga cabaran utama dihadapi kaum ibu - Nancy
Masalah disiplin remaja merupakan antara tiga cabaran utama dihadapi kaum ibu ketika ini.
![Industri perbankan perlu kekal berdaya saing - PM Anwar Industri perbankan perlu kekal berdaya saing - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71708343807_AnwarIbrahimmyimp.jpg)
Industri perbankan perlu kekal berdaya saing - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan pada era pasca normal, pengurusan institusi kewangan perlu berdepan cabaran yang sangat pantas.
![Cabaran media sosial antara topik dibincang Forum Perdana Ehwal Islam 'Legasi Merdeka' Cabaran media sosial antara topik dibincang Forum Perdana Ehwal Islam 'Legasi Merdeka'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/71689462435_TBLegasiMerdeka.jpg)
Cabaran media sosial antara topik dibincang Forum Perdana Ehwal Islam 'Legasi Merdeka'
Mohammad Redzuan berkata antara cabaran besar dalam menjaga kedamaian negara ialah penyalahgunaan platform media sosial.
![Cabaran masak ayam dengan ubat batuk di TikTok, FDA beri amaran Cabaran masak ayam dengan ubat batuk di TikTok, FDA beri amaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/71663859638_Chicken.jpg)
Cabaran masak ayam dengan ubat batuk di TikTok, FDA beri amaran
Beberapa video yang tular mencabar orang ramai untuk memasak ayam dalam ubat batuk NyQuil, yang mengandungi acetaminophen, dextromethorphan dan doxylamine.
![Fasa satu Lebuhraya Pan Borneo kini 86 peratus siap - Fadillah Fasa satu Lebuhraya Pan Borneo kini 86 peratus siap - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/71636174209_PanBorneoHighwayS.jpg)
Fasa satu Lebuhraya Pan Borneo kini 86 peratus siap - Fadillah
Pada tahun ini, dijangkakan terdapat beberapa lagi seksyen dalam lebuh raya itu akan dibuka.
![Nazri Aziz diundang ulas isu UMNO menjelang PRU15 di Yusof Ishak Institute minggu depan Nazri Aziz diundang ulas isu UMNO menjelang PRU15 di Yusof Ishak Institute minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/71651727407_nazriaziz.jpg)
Nazri Aziz diundang ulas isu UMNO menjelang PRU15 di Yusof Ishak Institute minggu depan
Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz diundang ke Yusof Ishak Institute di Singapura bagi membincangkan beberapa perkara berkaitan UMNO dan cabarannya berdepan PRU15.
![Fahmi Zainol tekad raih sokongan orang muda jika dipilih mengetuai AMK Fahmi Zainol tekad raih sokongan orang muda jika dipilih mengetuai AMK](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/61652192120_fahmizainol.jpg)
Fahmi Zainol tekad raih sokongan orang muda jika dipilih mengetuai AMK
Fahmi juga berhasrat untuk meningkatkan partisipasi golongan muda dalam Pilihan Raya Umum ke-15 dan memantapkan sayap PKR.
![AMK dan PKR perlu bawa rakyat keluar dari masalah yang sedang dihadapi - Adam Adli AMK dan PKR perlu bawa rakyat keluar dari masalah yang sedang dihadapi - Adam Adli](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/41652191705_AdamAdli.jpg)
AMK dan PKR perlu bawa rakyat keluar dari masalah yang sedang dihadapi - Adam Adli
Adam Adli menjelaskan usaha itu penting ketika mana rakyat sedang dihimpit masalah ekonomi dan kemelut politik yang tiada kesudahan sejak dua tahun yang lalu.
![Fahami cabaran ibadah haji akibat COVID-19 - Hajiji Fahami cabaran ibadah haji akibat COVID-19 - Hajiji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/71650662630_HajijiHajiNoor.jpg)
Fahami cabaran ibadah haji akibat COVID-19 - Hajiji
Umat Islam di negara ini terutama rakyat Sabah diminta supaya memahami cabaran melaksanakan ibadah haji dalam situasi COVID-19 masih melanda seluruh dunia.
![Ini caranya untuk kekal segar sepanjang hari berpuasa Ini caranya untuk kekal segar sepanjang hari berpuasa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/61649007063_tehtarik.jpg)
Ini caranya untuk kekal segar sepanjang hari berpuasa
Bercerita cabaran ketika berpuasa, selain menahan lapar, usaha untuk memastikan badan kekal hidrasi sering dibincangkan secara meluas.