MISTRAL merupakan salah satu firma berpusat di Eropah yang membangunkan model bahasa raya mereka tersendiri.

Terbaru, Mistral memperkenalkan model yang dioptimasikan khusus untuk pasaran negara-negara Arab, dinamakan Mistral Saba.

Mistral Saba menyasarkan boleh berinteraksi dengan baik dalam bahasa Arab, selain menjana kandungan dan teks dalam bahasa Arab.

Dengan langkah ini, penawaran Mistral juga lebih tertumpu kepada pasaran Timur Tengah yang tidak difokuskan pesaing lain.

Mistral Saba merupakan model kecil dengan 24 bilion parameter, namun beroperasi lebih baik berbanding Mistral Small 3.

Mistral telah memulakan penawaran Mistral Saba ini melalui API mereka, dan turut ditawarkan kepada perusahaan dan industri yang ingin membangunkan di pelayan mereka tersendiri.

Selain bahasa Arab, Mistral Saba juga turut memahami beberapa bahasa lain, termasuk Tamil dan Malayalam.