KUALA LUMPUR: Kumpulan Industri-Kerajaan bagi Teknologi Tinggi Malaysia (MIGHT) komited memacu pembangunan industri kenderaan elektrik (EV) negara menerusi kerjasama erat dengan pelbagai industri.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, MIGHT, Datuk Dr Mohd Yusoff Sulaiman berkata, kerjasama antara industri berkenaan adalah berdasarkan unjuran masa yang realistik dan mengambil kira pelbagai senario dan menerapkan penggunaan metodologi Foresight.
Menurutnya, metodologi itu akan dapat mengenal pasti ciri-ciri yang wajar diketengahkan atau dibina dalam industri EV serta industri bekalan peralatan kenderaan elektrik (EVSE) yang kukuh dan berdaya saing.
“Di MIGHT pendekatan sistematik yang digunakan dalam pembangunan industri ini adalah berdasarkan elemen F.I.R.S.T.
"Ia adalah funding and finance (kewangan); infrastructure (infrastruktur); regulation and policies (perundangan dan polisi); skills and talent (kepakaran dan tenaga kerja terlatih) dan technologies (teknologi).
“Dengan itu, pembangunan Industri Kenderaan Elektrik (EV) dan juga Industri Bekalan Peralatan Kenderaan Elektrik (EVSE) harus mengambilkira setiap komponen untuk membentuk ekosistem yang utuh,” katanya dalam program Niaga AWANI, pada Khamis 26 Januari 2023.
Mengulas lanjut, beliau berkata, komponen pembangunan EV juga perlu diberikan penekanan agar segala usaha dilakukan tidak tergendala dan sia-sia.
“Antara bidang-bidang yang harus dibangunkan dan diberi penekanan adalah meransang pertubuhan syarikat start-up dalam bidang EV; memastikan wujudnya mekanisme perpindahan teknologi yang kukuh serta pembangunan dan ketersediaan sumber manusia yang terlatih.
“Peringkat awalnya adalah mengenalpasti isu dan penyelesaian melalui perbualan dan diikuti dengan usahasama dan seterusnya pembentukan bersama antara pihak terlibat dalam membangunkan model atau metodologi baharu pembangunan industri EV ini.
“Ini bersifat moonshot dengan visi yang nyata dan jelas serta mengambil sekurang-kurangnya tempoh lima tahun untuk membuahkan hasil,” katanya.
Terdahulu, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menyasarkan pelaburan EV dapat menarik pelaburan sebanyak RM20 billion menjelang 2030 dan seterusya kepada RM40 billion menjelang 2050.
Ehsan A Marisah
Fri Jan 27 2023
MIGHT beranggapan komponen pembangunan EV perlu diberikan penekanan agar segala usaha dilakukan tidak tergendala dan sia-sia. - Foto MIGHT
[ANALISIS] Jokowi lawan Megawati
Sepatutnya pertandingan merebut jawatan Gabenor Jateng adalah proses pemilihan biasa tetapi terdapat drama dan intrig politik tersendiri.
Piala Remaja Asia Lelaki: Young Tigers bermula garang, belasah China 5-2
Skuad remaja negara memulakan kempen Kejohanan Hoki Piala Remaja Asia (Lelaki) 2024 dengan cemerlang apabila membelasah China 5-2 dalam aksi pembukaan.
31 diselamatkan, 4 mayat ditemukan selepas bot pelancong karam di Laut Merah
Bot berkenaan yang membawa 44 orang, karam berhampiran bandar pesisir pantai Marsa Alam pada awal pagi Isnin.
Negara EU perlu patuhi waran tangkap ICC terhadap Netanyahu - Ketua Dasar Luar EU
Josep Borell berkata bahawa dwi-standard seperti ini akan membawa kepada kritikan teruk terhadap EU.
PKS perlu segera sepadukan amalan ESG dalam operasi perniagaan - BNM
Penguatkuasaan global dalam peraturan ESG oleh negara tertentu beri kesan kepada pengeksport Malaysia yang terlibat dalam rantaian bekalan.
China akan kuatkuasakan tindakan lebih tegas terhadap penipuan telekomunikasi
Garis panduan ini bertujuan untuk memperkuat penguatkuasaan undang-undang antipenipuan telekomunikasi dan dalam talian negara.
Eksport beras Vietnam melebihi lapan juta tan
Eksport beras Vietnam mencecah 8.05 juta tan setakat 15 Nov, menjana pendapatan sebanyak AS$5.05 bilion.
KPWKM perkenal Skuad Waja Gen Z santuni remaja - Noraini
Skuad Waja Gen Z dapat membantu meningkatkan kesedaran terhadap pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial terutama kepada golongan remaja dalam komuniti setempat.
Selangor perluas inisiatif kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan
Selangor pergiat usaha pemuliharaan alam sekitar dengan memperluaskan program kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan di negeri itu.
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
MIGHT komited bangun industri EV dengan pelbagai industri
Ia menggunakan pendekatan sistematik dalam membangunkan industri EV berdasarkan elemen F.I.R.S.T.
Pameran Kejuruteraan Sains Kuala Lumpur julung kali berlangsung di Cyberjaya
Pameran berkaitan sains, teknologi, kejuruteraan dan metametik (STEM) itu juga diadakan secara hibrid di beberapa tempat berbeza.
Zakri dilantik sebagai Felo Pengasas Majlis Sains Antarabangsa
Pengerusi bersama Kumpulan MIGHT Tan Sri Zakri Abdul Hamid kembali menjadi tajuk utama berita apabila beliau dilantik sebagai seorang daripada 66 angota Felo Pengasas Majlis Antarabangsa (ISC).
Prof Zakri Abdul Hamid dilantik duta kempen alam semula jadi
Prof Tan Sri Zakri Abdul Hamid telah dilantik menjadi duta dan penasihat sains Kempen Alam Semula Jadi.
RM20 juta daripada MIGHT bukan untuk projek super drone - MED
Peruntukan dana itu adalah bagi membangunkan inovasi dan penyelidikan serta pembangunan Projek Kereta Nasional Baharu (NNCP), dengan DreamEdge dan MIGHT dilantik sebagai peneraju NNCP.
Pelbagai masalah dalam projek 'kereta terbang' - PAC
Projek kereta terbang yang didakwa inisiatif pihak swasta menerima suntikan dana daripada kerajaan sebanyak RM20 juta menerusi Kumpulan Industri-Kerajaan bagi Teknologi Tinggi (MIGHT).
Mohd Hazreen ungguli Famelab 2019 peringkat kebangsaan
Mohd. Hazreen Abdul Rashid diangkat sebagai juara selepas berjaya mengenepikan 11 peserta lain dalam pertandingan akhir Famelab Malaysia 2019 peringkat kebangsaan di ibu negara pada Jumaat.
Kerajaan sedia bantu swasta bangunkan teknologi baharu - Tun M
Kerajaan akan memberi bantuan kewangan kepada institusi penyelidikan dalam meningkatkan industri teknologi negara.
PM gesa semua pihak teroka teknologi pengurusan sisa pepejal
Meskipun kemajuan teknologi begitu pesat namun masalah sisa pepejal menjadi isu yang semakin membimbangkan.
Bombardier, MIGHT meterai MoU bangunkan kepakaran industri rel negara
Bombardier dan Kumpulan Industri-Kerajaan bagi Teknologi tinggi Malaysia (MIGHT) akan bekerjasama dalam membangunkan jaguh rel tempatan.