Bombardier Transportation telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Kumpulan Industri Kerajaan bagi Teknologi Tinggi Malaysia (MIGHT) yang menggariskan kerjasama mereka dalam membangunkan kepakaran industri rel yang berkembang pada tahun depan.
MoU itu ditandatangani oleh Parasuraman Jayaram Naidu, Ketua Asia Tenggara, Bombardier Transportation dan Datuk Dr Mohd. Yusoff Sulaiman, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif MIGHT dan disaksikan oleh H.E Datin Sarah Al Bakri Devadason, Duta Besar Malaysia ke Jerman dan Encik Yusri Hasnan Chu, Konsulat Jeneral Malaysia & Pengarah Serantau, Jerman & Benelux.
Kerjasama bersama MIGHT, yang merupakan sebuah agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri Malaysia dengan mandat untuk membangunkan industri teknologi tinggi, akan menyokong perusahaan kecil dan sederhana dari sektor pembuatan dan penyelenggaraan, pembaikan dan operasi dengan meningkatkan kemahiran teknikal industri rel mereka. Di Malaysia, Bombardier telah bergiat aktif melaksanakan program siswazah sejak dua tahun lalu dengan persatuan universiti untuk menyediakan bakat muda, serta mengembangkan keupayaan mereka dalam industri rel.
Datuk Dr. Mohd Yusoff Sulaiman menyatakan, "Kami sangat menghargai penglibatan aktif Bombardier dalam pembangunan keupayaan dan kemampuan perusahaan kecil dan sederhana di Malaysia. MIGHT telah membangunkan Rangka Tindakan Pembangunan Industri Rel pada tahun 2012 melalui satu persetujuan bersama antara Industri-Kerajaan tentang hala tuju masa depan bagi industri rel tempatan, yang memberi tumpuan kepada usaha mendapatkan lebih banyak peluang perniagaan untuk pemain tempatan, pembangunan modal insan serta penyelidikan dan teknologi. MIGHT juga menghargai usaha oleh SME Corporation, sebagai dana untuk Projek Impak Tinggi bagi sektor rel dan Perbadanan Industri Rel Malaysia (MARIC) untuk mempromosikan program ini dalam kalangan anggotanya. "
Jayaram Naidu pula mengulas, "Di Bombardier, kami komited untuk membangunkan kepakaran tempatan dalam industri rel dan melabur dalam komuniti di mana kami beroperasi. Dengan beberapa tonggak kerjasama yang penting di Thailand, Singapura dan Malaysia yang memberi tumpuan kepada pembangunan bakat tempatan sejak empat tahun kebelakangan ini, kami percaya inisiatif ini akan memacu produktiviti, meningkatkan prestasi dan meningkatkan daya saing - akhirnya meningkatkan prestasi industri rel serantau dan global. "
Kehadiran Bombardier di Malaysia bermula pada tahun 1992 sebagai pembekal utama untuk laluan 27-kilometer Kuala Lumpur Sri Petaling dan Ampang. Semenjak itu, pelbagai sistem transit Bombardier telah dihantar ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan laluan 29-kilometer Kelana Jaya LRT, yang menghubungkan pinggir barat dan timur dengan pusat bandar Kuala Lumpur ketika Sukan Komanwel tahun 1998. Pada tahun 2017, rangkaian LRT Kelana Jaya menjadi laluan tersibuk di bandar, bergerak membawa sehingga 255,000 penumpang setiap hari dengan permintaan penumpang dijangka semakin meningkat. Di samping menyokong pertambahan pengguna yang semakin meningkat, Bombardier juga menambah nilai kepada kitaran hidup armada rel dengan membaik-pulih rel asal di negara ini.
Astro Awani
Thu Sep 20 2018
![Bombardier, MIGHT meterai MoU bangunkan kepakaran industri rel negara Bombardier, MIGHT meterai MoU bangunkan kepakaran industri rel negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-09/81537449154_BOMBARDIERMIGHT.jpg)
Bombardier dan Kumpulan Industri-Kerajaan bagi Teknologi tinggi Malaysia (MIGHT) akan bekerjasama dalam membangunkan jaguh rel tempatan.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Bombardier, MIGHT meterai MoU bangunkan kepakaran industri rel negara Bombardier, MIGHT meterai MoU bangunkan kepakaran industri rel negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-09/81537449154_BOMBARDIERMIGHT.jpg)
Bombardier, MIGHT meterai MoU bangunkan kepakaran industri rel negara
Bombardier dan Kumpulan Industri-Kerajaan bagi Teknologi tinggi Malaysia (MIGHT) akan bekerjasama dalam membangunkan jaguh rel tempatan.