KUALA LUMPUR: Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) bersedia untuk menyokong perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam mengguna pakai penyelesaian Perancangan Sumber Perusahaan (ERP) menerusi peruntukan geran kerajaan.
Susulan itu, MIDA semalam memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Collaborative Research in Engineering and Science and Technology Centre (CREST) dan Dassault Systemes Singapore Pte Ltd bagi tujuan tersebut.
Ketua Pegawai Eksekutif MIDA Datuk Wira Arham Abdul Rahman berkata MIDA komited untuk membantu PKS menerusi geran kerajaan terutamanya bagi mereka yang mahu mengambil bahagian dalam Revolusi Perindustrian 4.0.
"Inisiatif yang tepat pada masa ini bertujuan untuk memperkasakan PKS tempatan kita dan melengkapkan mereka dengan teknologi terkini bagi meningkatkan kecekapan perniagaan mereka dengan mengguna pakai penyelesaian ERP bertaraf dunia.
"Kami amat berbangga dengan penglibatan MIDA dalam inisiatif ini untuk memperkasakan firma dan PKS Malaysia bagi mengukuhkan lagi keupayaan teknikal mereka dan menguasai teknologi moden yang seterusnya membolehkan mereka berkembang maju," katanya pada sidang media selepas majlis permeteraian MoU itu di sini, semalam.
Kerjasama itu bertujuan untuk mewujudkan jawatankuasa pemandu bagi membincangkan skop, keperluan, peranan dan pelan dalam menyokong PKS Malaysia dalam transformasi mereka kepada Industri 4.0 serta mengukuhkan kolaborasi berasaskan awan menerusi penggunaan penyelesaian ERP bertaraf dunia.
Penyelesaian ERP akan memanfaatkan teknologi berkembar maya Dassault Systemes menerusi platform 3DEXPERIENCE, terutamanya dalam perisian reka bentuk bantuan komputer dan penyelesaian Product Lifecycle Management, yang digunakan dalam pelbagai industri termasuk pembuatan, kejuruteraan dan sains hayat.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif CREST Jaffri Ibrahim berkata MoU itu bertujuan untuk menyediakan platform yang membolehkan perniagaan Malaysia berkembang maju dalam persekitaran perniagaan yang kompetitif pasca pandemik.
"Kami sentiasa mencari peluang untuk bekerjasama dengan kerajaan, ketua industri dan ahli akademik bagi memajukan pengetahuan saintifik di negara ini.
"Justeru kami menyasar untuk memperkukuh inovasi dan penyelidikan tempatan di samping membantu perniagaan tempatan mengharungi cabaran dan merebut peluang dalam situasi normal baharu ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 07 2022

Arham (tengah), Jaffri (kiri) dan Pengarah Urusan Dassault Systmes Josephine Ong (kanan) pada majlis permeteraian MoU di Kuala Lumpur, 6 Dis 2022. --fotoBERNAMA
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

N.Sembilan terus jadi pilihan pelabur, rekod pelaburan RM3.0 bilion pada suku kedua 2024
Beliau berkata pada suku kedua 2024 Malaysia Investment Development Authority (MIDA) melaporkan Negeri Sembilan merekodkan pelaburan berjumlah RM3.0 bilion.

Komitmen MIDA kepada pelabur - Landskap pelaburan lebih kukuh, bersepadu
MIDA sedang membina ekosistem di mana pelaburan berimpak tinggi dan sedia untuk masa depan dapat berkembang maju.

MIDA, DRB-HICOM dan Geely majukan Lembah Teknologi Tinggi Automotif di Perak
MIDA bekerjasama dengan DRB-HICOM Bhd dan Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd bagi memajukan Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV) di Tanjung Malim, Perak.

MIDA kenal pasti 12 syarikat Mesir berminat teroka pelaburan di Malaysia
Syarikat itu berminat meneroka pelaburan dalam sektor farmaseutikal, peranti perubatan, aeroangkasa dan petrokimia.

MITI, MIDA proaktif laksana reformasi polisi tarik pelaburan - PM Anwar
Kerajaan menerusi MITI dan MIDA akan terus proaktif dalam memperkenalkan reformasi polisi bagi meningkatkan keyakinan pelabur.

NCER catat pelaburan RM31.4 bilion di Pulau Pinang pada 1H2024
Pencapaian memberangsangkan ini mencerminkan keyakinan kukuh pelabur terhadap potensi jangka panjang Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER), khususnya Pulau Pinang.

MITI kekalkan unjuran pertumbuhan pelaburan pada 5.0 peratus tahun ini - Tengku Zafrul
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) mengekalkan unjuran pertumbuhan pelaburan sebanyak 5.0 peratus pada tahun ini walaupun dalam persekitaran pemulihan ekonomi domestik.

Kerajaan Selangor-Perkeso kerjasama jaga kebajikan bekas pekerja Goodyear - Amirudin
Kerajaan Selangor bekerjasama dengan Perkeso bagi memastikan kebajikan bekas pekerja kilang pengeluar tayar global Goodyear terjamin susulan penutupan operasi syarikat itu di Shah Alam.

5G: Kerjasama MCMC-MIDA bakal manfaat sektor vertikal, PKS tempatan
MOU itu akan menggerakkan program serta inisiatif dengan memanfaatkan rangkaian 5G dalam sektor vertikal serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

DIO lulus pelaburan digital RM162 bilion sehingga Mac 2024 - MIDA
Pejabat Pelaburan Digital (DIO) meluluskan pelaburan digital bernilai RM161.97 bilion dari tempoh penubuhannya pada 2021 hingga Mac 2024.