PADA Khamis, Microsoft berjaya untuk seketika merampas taktha syarikat paling bernilai dunia daripada Apple.

Pada ketika ini, kedua-dua syarikat dinilaikan melangkaui $2.8 trilion pada nilai harga saham semasa.

Untuk makluman, sebelum ini, nilai syarikat Apple turut pernah meningkat melangkaui $3 trilion untuk seketika sebelum mereda kembali pada nilai melangkaui $2 trilion.

Apple sedia menerajui pasaran telefon pintar berharga tinggi, selain turut mempunyai angka pengguna MacBook, iPad, dan Apple Watch yang tinggi melalui pembentukkan ekosistem mereka.

Sementara untuk Microsoft pula, mereka sedia mempunyai penawaran Windows, dan kini turut melakukan pelaburan besar dan menerajui dalam arena kecerdasan buatan.

Malah, memulakan tahun 2024 ini, Microsoft turut telah mengumumkan kekunci Copilot yang akan hadir pada pelbagai komputer baharu bermula tahun 2024 ini.

Sebelum ini, nilai syarikat Microsoft turut pernah melangkaui nilai Apple pada 2021 yang lepas.