KUALA LUMPUR: Malaysia Marine and Heavy Engineering Holdings Bhd (MHB) kembali untung apabila mencatatkan keuntungan bersih RM67.77 juta untuk tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2022 berbanding kerugian bersih RM270.41 juta pada tahun sebelumnya.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia pada Jumaat, MHB berkata kumpulan itu mencatatkan pendapatan RM1.65 bilion pada tahun semasa, kenaikan sebanyak RM184.3 juta daripada pendapatan tahun sebelumnya iaitu RM1.47 bilion yang disumbangkan oleh hasil lebih tinggi daripada segmen kejuruteraan berat dan marin.
"Kumpulan mencatatkan keuntungan operasi sebanyak RM60.9 juta pada tahun semasa berbanding kerugian operasi sebanyak RM252.2 juta pada tahun sebelumnya kerana yang keduanya dipengaruhi terutamanya oleh peruntukan kos tambahan yang diiktiraf untuk projek kejuruteraan berat yang sedang berjalan.
"Oleh itu, kumpulan mencatatkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM46.7 juta, pulih daripada kerugian sebelum cukai sebanyak RM274.1 juta yang dilaporkan pada tahun sebelumnya," katanya.
Mengenai prospek tahun semasa, MHB berkata pembukaan semula ekonomi China melalui penarikan dasar sifar-COVID dijangka meningkatkan permintaan untuk minyak, gas dan tenaga dengan ketara yang sepatutnya menyokong harga minyak dan gas untuk kekal kukuh.
Ia berkata dari segi lain, pertumbuhan pesat tenaga boleh diperbaharui bersama-sama usaha penyahkarbonan yang semakin meningkat di peringkat global boleh menghasilkan pelbagai peluang perniagaan kepada kumpulan itu.
"Bagaimanapun, ancaman kemelesetan ekonomi global yang semakin meningkat mungkin menimbulkan beberapa risiko penurunan dari segi permintaan dan harga.
"Selain itu, faktor seperti gangguan rantaian bekalan yang disebabkan oleh ketegangan geopolitik yang berterusan dan tekanan inflasi yang tinggi mampu untuk terus menimbulkan cabaran kepada prospek perniagaan kejuruteraan berat.
"Sehubungan itu, kumpulan kekal optimistik dan berhati-hati terhadap prospek bagi segmen kejuruteraan berat," tambahnya.
Kumpulan itu juga merancang untuk mendapatkan lebih banyak kerja-kerja naik taraf dan pengubahsuaian kerana pemilik kapal berhasrat untuk mematuhi Indeks Kapal Sedia Ada Cekap Tenaga (EEXI) dan Petunjuk Intensiti Karbon (CII) yang dikenakan oleh Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO) yang bermula 1 Jan, 2023.
Bagaimanapun, ia berkata walaupun terdapat peningkatan baru-baru ini dalam pasaran buruh yang menyokong pemulihan dalam perniagaan marin, kekangan tenaga kerja di seluruh negara masih boleh menjejaskan pelaksanaan kerja-kerja yang menepati masa di dok kering.
Oleh itu, kumpulan tersebut menjangkakan perniagaan marin akan kekal mencabar.
Kumpulan itu berhasrat untuk terus mengembangkan perolehan nilai kontrak dengan mendapatkan peluang dalam pasaran tempatan dan antarabangsa termasuk dalam sektor tenaga boleh diperbaharui yang semakin berkembang.
Kumpulan itu juga telah meluluskan dividen yang dikecualikan cukai satu peringkat 1.5 sen sesaham bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2022 yang berjumlah RM24 juta.
Dividen yang dicadangkan tersebut akan dibayar pada 24 Mac, 2023 kepada pemegang saham yang berdaftar pada penutupan perniagaan 27 Feb, 2023.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 11 2023
Kumpulan itu mencatatkan pendapatan RM1.65 bilion pada tahun semasa, kenaikan sebanyak RM184.3 juta daripada pendapatan tahun sebelumnya. -Bernama
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 22 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kepengerusian ASEAN 2025: Malaysia sediakan ruang dialog pertahanan konstruktif, progresif
Malaysia berhasrat menyediakan platform serta ruang perbincangan mengenai pertahanan yang konstruktif, terbuka dan progresif untuk rakan-rakan dialog strategik semasa tempoh kepengerusian ASEAN.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
Buli siber: OSAG gesa kerajaan seimbangkan hak dan perlindungan
OSAG mengesyorkan penubuhan suruhanjaya bebas untuk memantau dan menguatkuasakan Akta Keselamatan Dalam Talian, mengimbangi keselamatan awam dengan perlindungan hak asasi manusia.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bursa Malaysia ditutup tinggi
Bursa Malaysia mengakhiri minggu ini dengan prestasi tinggi pada Jumaat, didorong oleh pembelian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih.
Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki kenaikan di Wall Street dalam tempoh semalaman
Pada pukul 9.11 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 3.00 mata kepada 1,591.68 daripada 1,588.68 ketika ditutup semalam.
Anak Malaysia pertama dinobat Juara Trader Dunia 2024 Kejohanan Dunia
Kejayaan ini bukan sahaja mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa tetapi juga memberikannya pengiktirafan dari The Malaysia Book of Records.
Bursa Malaysia ditutup pada paras terendah harian
Bursa Malaysia ditutup pada paras terendah harian pada Khamis susulan penurunan pasaran serantau.
Mahkamah arah Tokio Marine beri jawapan kepada tawaran terbaik RHB dalam tempoh 14 hari
Tokio Marine masih mempunyai hak penolakan pertama di bawah perjanjian pengaturan bankasurans 10 tahun dengan RHB, yang akan tamat pada 31 Disember 2024.
Bursa Malaysia dibuka rendah ketika Wall Street catat prestasi bercampur-campur
Setakat 9.10 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berkurangan sebanyak 1.60 mata kepada 1,596.58 berbanding pada paras 1,598.18, semalam.
Kehakiman interim: Bursa tarik balik penggantungan saham Sarawak Cable sambil dapatkan penjelasan mahkamah
Saham syarikat itu digantung daripada dagangan pada Selasa, dan bursa membenarkan saham itu disambung semula dagangan pada 21 November 2024.
Permodalan pasaran ekuiti meningkat bukti pemulihan ekonomi Malaysia - PM Anwar
Peningkatan permodalan pasaran ekuiti Malaysia tahun ini, yang melepasi RM2 trilion, adalah bukti pemulihan ekonomi negara ini.
Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki prestasi bercampur-campur di Wall Street
Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini dalam persekitaran prestasi bercampur-campur di Wall Street.
Bursa Malaysia akhiri kenaikan awal untuk ditutup tidak menentu
Bursa Malaysia mengakhiri kenaikan yang dicatatkan lebih awal dengan ditutup tidak menentu pada Selasa, dalam keadaan pasaran serantau yang lebih positif.