Dua syarikat kereta besar yang beroperasi secara global sedang berlumba-lumba untuk membida saham majoriti dalam Proton dengan kedua-duanya menawarkan banyak tawaran menarik untuk menawan hati pembuat kereta Malaysia itu.
Ini agak pelik bagi rakyat Malaysia yang biasa mendengar certia tentang kerugian yang dialami Proton Holdings Berhad, tetapi bagi para pembida ini, Proton merupakan syarikat pengeluar kereta yang amat berharga dalam konteks global, demikian menurut para analisis.
Dua pembida antarabangsa Proton -- Zhejiang Geely Holdings Group daripada China dan PSA Group daripada Perancis -- melihatnya dari sudut lain dan menganggap ia sebagai strategi yang sesuai dalam rancangan global yang lebih besar untuk dominasi industri automotif yang sedang dimainkan di seluruh global oleh pemain automotif utama.
Proton juga penting kepada mereka dalam merealisasi strategi yang telah Proton labuhkan dalam jejak automotif pelbagai benua di Asia, kata penganalisis tersebut yang biasa dengan suasana berkenaan.
Dan sebaba untuk ini adalah mudah, Buat Permulaan, Proton sehingga kini kekal sebagai satu-satunya pembuat kereta ASEAN yang melakukan kajian dan pembangunan, rekacipta, pengeluaran, pengedaran dan penjualan kereta.
Tiada negara lain dalam kalangan 10 negara anggota ASEAN yang mempunyai pengeluar penuh kereta buatan sendiri.
Pasaran kuat
Ini menjadikan Proton itu sendiri unik kerana ASEAN sedang muncul sebagai pasaran yang kuat dengan mempunyai 600 juta orang penduduk beserta pendapatan yang semakin meningkat untuk menarik mereka ke bilik-bilik pameran bagi membeli kereta pertama mereka.
Proton adalah strategik dalam pelbagai cara -- pertama merupakan satu-satunya pengeluar kereta di ASEAN dan kedua, operasinya boleh segera diserapkan kepada pemain global yang lebih besar seperti Geely dan PSA, sementara yang ketiga, ia terletak di tengah-tengah Asia selaku wilayah ekonomi dunia yang sedang pesat membangun.
Kilang pemasangan Proton di Shah Alam dan Tanjung Malim mempunyai kapasti pengeluaran sehingga 400,000 kereta setahun.
Pemain automotif asing yang besar menyedari Proton merupakan ekosistem dan infrastruktur automotif sedia wujud. Ia hanya perlu 'dicucuk dan dimainkan' bagi mana-mana pemain automotif yang mahu berkembang ke wilayah ASEAN.
Ya, pernah dibahaskan bahawa sama ada Geely atau PSA boleh dengan mudah memulakan 'operasi greenfield' yang baharu, contohnya di Indonesia yang mempunyai tenaga kerja yang banyak, tanah dan populasi domestik seramai 250 juta.
Para penganalisis berhujah bahawa perkiraan dalam melakukan operasi pengeluaran kereta greenfield boleh mencecah AS$2 bilion dan mengambil masa antara tiga hingga lima tahun untuk siap.
Tenaga kerja
Keseluruhan ribuan tenaga kerja juga perlu dilatih dari peringkat awal dan membangunkan ekosistem vendor yang belum wujud, dengan senarai yang perlu dilakukan adalah berpanjangan.
Pilihan greenfield ini sebenarnya dicetuskan oleh PSA sebagai pilihan pertamanya untuk mewujudkan jejak langkah pengeluran di Asia, sehingga Proton datang untuk mencari Rakan Strategik Asing. Ia merupakan titik mula apabila PSA mengambil keputusan untuk memfokus kepada Proton, pengeluar kereta yang mempunyai 30 tahun pengalaman yang ekosistem vendornya memanjang dari A hingga Z dalam pengeluaran kereta.
Laluan Proton lebih disukai oleh PSA yang menyifatkan tindakan itu sebagai cara lebih jelas 'untuk mengelak kesilapan orang baru' apabila memasuki ASEAN.
PSA patut mengetahuinya. Lagipun dengan pembeliannya ke atas Vauxhall di United Kingdom dan Opel di Jerman daripada General Motors bulan ini, ia telah menjadi pengeluar kereta kedua terbesar Eropah.
Namun, pertumbuhan di Eropah adalah antara perlahan dan lembab, sementara Asia adalah pantas dan cergas dan di Asialah yang PSA kekurangan kemudahan pengeluaran automotif sepenuhnya.
"Jika PSA sebagai pengantin lelaki berjaya memikat pengantin perempuan Proton, maka jenama Malaysia tersebut akan menyertai jenama global seperti Peugeot, Citroen, DS Automobiles, Vauxhall dan Opel," tambah para penganalisis.
Usaha memikat
Pemain kereta lain yang sedang memikat Proton ialah Geely, prodigi dalam industri automotif yang menghasilkan kereta pertama dalam tahun 1998 dan dengan langkah berani memiliki Volvo daripada Sweden yang sedang tenat daripada Ford pada 2010 dan dalam tempoh masa yang amat singkat menukar jenama tersebut menjadi pesaing global yang sihat.
Geely juga membeli pembuat teksi British, The London Taxi Company.
Menerusi Volvo, Geely memiliki jenama global yang mantap tetapi tidak memiliki kemudahan pengeluaran dalam ASEAN, menjadikannya kuat di China tetapi lemah di ASEAN yang sedang pesat membangun. Maka Proton boleh mengisi jurang ini.
Penganalisis RHB Research, Alexander Chia baru-baru berkata ini apa yang Proton perlukan ialah rakan strategik asing yang boleh membantunya dengan pembangunan model baharu, pemindahan teknologi, pengurusan kos pembangunan, pelaksanaan proses pengeluaran yang lebih berbaloi, penembusan pasaran baharu dan memulihkan jenama Proton.
"Produk Proton secara tipikal mempunyai kitaran hayat yang panjang ekoran kekurangan skala ekonomi yang memerlukan masa lebih lama untuk unit yang diperlukan dijual bagi mencukupi untuk melunaskan kos pembangunan," katanya.
Dengan Rakan Strategik Asing, gambaran masa depan Proton akan hampir tidak dikenali.
Dalam tempoh tiga tahun, para penganalisis menjangka Proton akan muncul dengan model baharu yang banyak menerusi perkongsian teknologi dan platform selain keseluruhan barisan baharu SUV yang tidak wujud ketika ini.
Jenama ASEAN
Para penganalisis turut berpendapat dalam tempoh tiga tahun, Proton akan menjadi jenama ASEAN yang sebenar dengan jualan sekitar 300,000 atau tiga kali ganda daripada jumlah semasa dan dalam tempoh lima tahun, angka itu akan meningkat kepada 500,000 kerana Proton mengeksport keretanya di luar ASEAN ke
dalam Asia yang lebih besar.
Dan menjelang 2020, Tanjung Malim akan muncul sebagai hab automotif utama dengan populasinya bertambah untuk menempatkan ribuan pekerja baharu yang perlu diambil bekerja bagi mengeluarkan tiga kali dan kemudian lima kali ganda daripada jumlah yang Proton keluarkan ketika ini.
Tidak syak lagi DRB-Hicom Berhad akan menerima ganjaran kerana membeli Proton pada 2012, mengharungi seketika beberapa tempoh masa yang sukar dan akhirnya melihat Proton 'berkahwin' dengan pelamar antarabangsa.
DRB adalah betul selama ini bahawa Proton adalah syarikat Malaysia yang bernilai dan kini dua syarikat antarabangsa telah mengesahkan perkara itu dengan mempertaruh dollar mereka untuk menjadi rakan Proton dan mengembangkannya kepada jenama global.
Dalam tempoh tiga tahun, melihat kembali pada tahun 2017, ia akan menjadi jelas perkongsian bagi Proton dengan pemain global telah meletakkannya dalam laluan betul kepada kejayaan antarabangsa, berlawanan untuk sekadar mengekal milik penuh Malaysia dalam pasaran tempatan.
Bernama
Sun Mar 19 2017
Tiada negara lain dalam kalangan 10 negara anggota ASEAN yang mempunyai pengeluar penuh kereta buatan sendiri. - Gambar fail
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Lawatan PM Anwar kukuh perkongsian global Malaysia di sebalik ketidaktentuan geopolitik
Chong berkata usaha Anwar untuk mengukuhkan kedudukan Malaysia wajar dihargai.
Kepengerusian ASEAN 2025: Perkukuh komuniti dan tangani cabaran serantau - Mohamad
Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia berperanan penting dalam memperkukuhkan komuniti ASEAN dan menangani cabaran serantau yang semakin kompleks, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.
Kepengerusian ASEAN 2025: Malaysia sediakan ruang dialog pertahanan konstruktif, progresif
Malaysia berhasrat menyediakan platform serta ruang perbincangan mengenai pertahanan yang konstruktif, terbuka dan progresif untuk rakan-rakan dialog strategik semasa tempoh kepengerusian ASEAN.
Ringgit ditutup rendah selepas kenaikan selama tiga hari
Ringgit mengakhiri urus niaga Jumaat dengan lebih rendah susulan aktiviti pengambilan untung selepas mencatat kenaikan selama tiga hari berturut-turut, sebelum ini.
Ringgit meningkat berbanding dolar AS pada hari ketiga berturut-turut
Ringgit mengukuh berbanding dolar AS pada hari ketiga berturut-turut walaupun kebimbangan meningkat terhadap perkembangan geopolitik di Ukraine, kata penganalisis.
Sektor pengangkutan pemacu utama peluang kerja, pertumbuhan ASEAN - TPM Fadillah
Sektor pengangkutan muncul sebagai pemacu utama penciptaan peluang pekerjaan dan pertumbuhan ekonomi di rantau ASEAN, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
PM Anwar selamat tiba di tanah air selepas lawatan ke empat negara
Dalam lawatan empat negara tersebut, Anwar turut bertemu pemimpin dunia serta menyatakan komitmen Malaysia dalam memacu pertumbuhan mampan termasuk semasa menjadi Pengerusi ASEAN 2025.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia bersedia pimpin suara ASEAN dalam tindakan iklim di COP30
Malaysia bersedia untuk memainkan peranan penting dalam usaha ASEAN menyatakan pandangan yang lebih menyeluruh bagi tindakan iklim di COP30 di Brazil tahun hadapan.
Kerjasama ASEAN, APEC kekal agenda utama pastikan pembangunan mampan, integrasi ekonomi
Komitmen tersebut akan terus memperkukuh kedudukan negara dalam membentuk masa depan ekonomi Asia-Pasifik yang lebih inklusif, mampan dan berdaya saing.