KUALA LUMPUR:Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) akan membantu usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam memperkasakan perniagaan mereka melalui platform e-dagang.
Menterinya Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata platform tersebut dapat memberi impak positif terhadap pertumbuhan ekonomi usahawan PKS dan mikro.
"Antaranya ialah memperluas akses usahawan kepada RM150 juta dalam dana sumber pembiayaan alternatif dan membantu usahawan PKS serta mikro tempatan yang terkesan ekoran daripada wabak COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk bangkit semula memulihkan perniagaan mereka.
"Membantu usahawan PKS dan mikro tempatan yang ditawarkan Geran SME Corp seperti Program Peningkatan Enterpris Bumiputera (BEEP) untuk memulakan projek sebagai 'bridging fund'," katanya dalam satu kenyataan, pada Selasa.
Menurut statistik Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan Jabatan Perangkaan Malaysia sektor e-dagang negara telah menyumbang sebanyak RM127 billion daripada keseluruhan jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun 2019.
Sektor itu juga telah menunjukkan trend peningkatan dari segi prestasinya, berbanding 2015 yang mencatat RM89 billion, katanya.
Sehubungan itu, Wan Junaidi berkata MEDAC telah mengadakan perjumpaan bersama syarikat dan operator pasaran dalam talian untuk mewujudkan kerjasama membantu usahawan meningkatkan keupayaan perniagaan dalam kalangan peniaga, penjaja kecil, mikro dan pekerja bukan formal tempatan secara dalam talian.
"Seramai 13 orang wakil syarikat-syarikat utama e-dagang yang beroperasi di Malaysia telah hadir di dalam sesi perbincangan itu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 24 2020
WAN JUNAIDI: MEDAC telah mengadakan perjumpaan bersama syarikat dan operator pasaran dalam talian untuk mewujudkan kerjasama membantu usahawan. - Gambar fail
Rakyat AS taruh harapan ketika pemilihan presiden memuncak
Para pengundi di negeri Maryland menyuarakan harapan tinggi ketika mereka menyertai jutaan rakyat AS yang mengundi dalam pemilihan presiden.
Parlimen Jepun mulakan sidang khas Isnin, Ishiba dijangka dilantik semula sebagai PM
Parlimen Jepun akan mengadakan sidang khas bermula Isnin depan selepas pilihan raya umum.
Selepas berbulan bersengketa, akhirnya Netanyahu pecat Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant
Pemecatan berlaku selepas Netanyahu hilang kepercayaan ke atas Gallant yang disifatkannya tidak sependapat dengan beliau dalam banyak hal.
Wanita maut, anak cedera dalam kemalangan libatkan dua lori
Kemalangan melibatkan lori tiga tan membawa kasut yang dinaiki mangsa melanggar belakang lori lima tan membawa muatan kayu.
Ahli radiologi petugas barisan hadapan pengesanan awal penyakit
Mereka memainkan peranan penting di sebalik tabir dalam setiap aspek penjagaan pesakit, daripada pengesanan awal penyakit, diagnosis sehingga pelan rawatan dan pengurusan berterusan.
PRR akan kuat kuasa penggunaan kad akses penghuni, pastikan kos penyelenggaraan dibayar - Nga
Program Residensi Rakyat (PRR) akan kuat kuaskan penggunaan kad akses kepada penghuni untuk pastikan kos penyelenggaraan dilangsaikan.
Tun M kecam "kemunafikan" Eropah berhubung konflik di Gaza
"Saya dahulu menganggap orang Eropah sebagai perintis hak asasi manusia. Kini saya tahu mereka hipokrit. Saya sudah hilang rasa hormat terhadap mereka."
Setiausaha Agung ASEAN, PM Thailand bincang jenayah rentas sempadan, inisiatif pendidikan banduan
Setiausaha Agung ASEAN, Dr. Kao Kim Hourn melakukan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra pada Selasa.
Pilihan Raya AS: Apa itu electoral college/electoral vote?
Electoral College merujuk kepada institusi dan proses yang digunakan untuk memilih Presiden Amerika Syarikat setiap empat tahun.
WHO bakal pindahkan lebih 100 pesakit dari Gaza
WHO merancang untuk memindahkan lebih 100 pesakit dari Semenanjung Gaza pada Rabu, dalam operasi pertama seumpamanya di Wilayah Palestin.
50 PMKS bakal diiktiraf dalam Anugerah Enterprise 50 malam ini
Pencapaian 50 Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) terbaik di Malaysia bakal diiktiraf dan diumumkan sebagai pemenang Anugerah Enterprise 50 (E50) bagi tahun 2024 pada malam ini.
Akta Koperasi 1993 akan dipinda - Ewon
Akta Koperasi 1993 akan dipinda melibatkan 96 peruntukan asal dalam akta tersebut yang akan disusun semula dan ditambah baik.
14 daripada 36 pembangunan premis Tamu Desa di Sabah siap sepenuhnya - Ewon
Sebanyak 14 daripada 36 projek Program Pembangunan Premis Tamu Desa di Sabah bagi fasa pertama siap sepenuhnya pada bulan lepas.
INSKEN sasar latih 10,000 usahawan tahun ini - Ewon
INSKEN sasar untuk melatih 10,000 usahawan tahun ini berbanding 9,700 usahawan yang telah dilatih di seluruh negara pada tahun lepas.
KUSKOP fokus kukuhkan rangkaian koperasi Coop Mart
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi akan memberi fokus kepada usaha mengukuhkan rangkaian kedai koperasi Coop Mart sedia ada.
Kerajaan sentiasa ada bantuan kewangan untuk usahawan - Ramanan
Usahawan kecil tidak perlu risau mengenai aspek modal kerana kerajaan sentiasa mempunyai skim bantuan kewangan khusus untuk mereka.
KUSKOP jamin bantu mudahkan usahawan PKS kembangkan perniagaan - Ramanan
KUSKOP memberi jaminan untuk membantu memudahkan pemain industri PKS mengembangkan lagi perniagaan mereka termasuk dari aspek pembiayaan kewangan.
Kuskop lahirkan 83,361 usahawan baharu seluruh negara tahun ini - Ewon
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi berjaya melahirkan seramai 83,361 usahawan baharu di seluruh negara sepanjang tahun ini.
Jelajah Jiwa SME: Ramai usahawan dilahirkan, bukti kejayaan 'Santai Namun Sampai 2023'
Kejayaan program santai namun sampai termasuk di tiga lokasi penganjuran jelajah jiwa SME di Kota Bharu, Bukit Mertajam & Kuala Lumpur bukti lebih usahawan dilahirkan.
1,200 peniaga berjaya mendigitalkan perusahaan menerusi program pemantapan - Menteri KUSKOP
1,200 peniaga berjaya mendigitalkan perusahaan menerusi program pemantapan yang dilaksanakan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.