KUALA LUMPUR : Malaysia tidak boleh berfungsi secara silo dalam memastikan semua penduduk mendapat akses kepada jaringan perhubungan antara satu sama lain.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SIRIM Berhad, Datuk Ahmad Sabirin Arshad berkata, ia berikutan negara kini sudah menjadi sebahagian daripada komuniti global yang dihubungkan melalui sistem satelit.
"Hari ini saya rasa budak sekolah sudah tahu apa itu satelit dan kita tidak perlu jelaskan lagi kepada mereka kerana pengetahuan mereka sudah melangkaui.
"Ia menjadi lebih penting apabila kita mempunyai keseluruhan insfrastrutur ruang untuk negara kerana Malaysia kena beroperasi bukan secara silo lagi kerana kita sebahagian daripada perkampungan global, dan apa yang menghubungkan kita ialah jaringan perhubungan.
"Jadi ia bukan satu lagi pilihan tetapi kemestian kepada negara," katanya semasa menjadi tetamu Buletin AWANI Khas sempena pelancaran satelit MEASAT-3d di ibu negara, pada Khamis.
Dalam pada itu, masalah akses kepada internet yang lebih pantas dijangka tidak menjadi satu isu lagi dalam memastikan semua orang mampu memasuki pasaran global.
"Malaysia sekarang memasuki pasaran global , menjual banyak produk dan barangan. Kita boleh menjual kaftan misalnya di Amerika Syarikat dengan harga tinggi.
"Jadi ini akan menjadi sumber kewangan juga kepada negara. Ini yang suatu yang baharu yang kita tak pernah terfikir dulu," ujarnya.
Justeru katanya, pelancaran MEASAT-3d akan menambahkan kapasiti internet bagi orang ramai yang sekali gus akan saling menghubungkan negara dengan masyarakat global.
"Kecanggihan teknologi itu membolehkan kita untuk membolehkan kita bertelekomunikasi. Dulu, kita tidak mempunyai jaringan internet dan apabila kita tidak mempunyai satelit, kita tidak boleh akses kepada banyak perkara.
"Namun hari ini kita sudah ada teknologi aeroangkasa satelit. Ramai sudah boleh berhubung di hujung jari. Satelit memberi kelebihan berbanding sistem lain dan tiada limitasi jarak, di mana ia boleh jadi remote area di Malaysia.
"Itu manfaat paling besar kepada negara kerana ia juga memberi faedah kepada penduduk Sabah dan Sarawak," tambahnya.
Rahimah Abdullah
Wed Jun 22 2022
![MEASAT-3d : Malaysia tidak boleh berfungsi secara silo MEASAT-3d : Malaysia tidak boleh berfungsi secara silo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/71655932024_SIRIM.jpg)
Ahmad Sabirin berkata, Malaysia tidak boleh berfungsi secara silo dalam memastikan semua penduduk mendapat akses kepada jaringan perhubungan antara satu sama lain. - Gambar Astro AWANI
![LHDN berjaya kutip RM512.6 juta melalui PKPS 2.0 - Amir Hamzah LHDN berjaya kutip RM512.6 juta melalui PKPS 2.0 - Amir Hamzah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61719994976_TBAMIRHAMZAHjpg.jpg)
LHDN berjaya kutip RM512.6 juta melalui PKPS 2.0 - Amir Hamzah
LHDN telah mengutip RM512.6 juta daripada keseluruhan taksiran cukai berjumlah RM1.29 billion sepanjang tempoh PKPS 2.0.
Positif COVID-19 tidak perlu kemaskini MySejahtera
Jika didapati positif Covid-19, para pesakit tidak lagi perlu untuk mengemaskini status kesihatan terkini di aplikasi Mysejahtera, kerana covid seharusnya dirawat sama seperti jangkitan saluran penafasan yang lain.
Kandungan video promosi Georgetown Festival diturunkan
Pasukan George Town Festival 2024 telah menurunkan semua siaran berkaitan video promosi sambutan 'George Town Festival 2024' atas dakwaan menyinggung perasaan budaya Melayu di Pulau Pinang yang seperti dilupai.
Ia berikutan tular penyiaran video promosi sambutan 'George Town Festival 2024' yang didakwa hanya mempromosikan kebudayaan kaum Cina dan India.
Ia berikutan tular penyiaran video promosi sambutan 'George Town Festival 2024' yang didakwa hanya mempromosikan kebudayaan kaum Cina dan India.
![KPM akan teliti sukarelawan dari Singapura, alu-alukan pesara guru Bahasa Inggeris di Malaysia KPM akan teliti sukarelawan dari Singapura, alu-alukan pesara guru Bahasa Inggeris di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717914416_TBfadhlinasidek.jpg)
KPM akan teliti sukarelawan dari Singapura, alu-alukan pesara guru Bahasa Inggeris di Malaysia
KPM sentiasa terbuka dan mengalu-alukan pesara guru bahasa Inggeris dalam negara untuk terlibat dalam PdP bagi meningkatkan penguasaan bahasa tersebut.
Pengajar Bahasa Inggeris dari Singapura, antara tumpuan
Penglibatan tenaga pengajar dari Singapura antara yang menjadi tumpuan di Dewan Rakyat pada Isnin.
Negara kekurangan tekong, beri kesan kekurangan ikan
Malaysia berhadapan kekurangan tekong tempatan berpengalaman yang ketara untuk kapal nelayan tempatan, terutama bagi perikanan laut dalam.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata lebih ramai tekong tempatan perlu dilahirkan, kerana pada ketika ini orang luar terpaksa digunakan dan diberi peluang untuk berkhidmat sebagai tekong kapal nelayan tempatan di negara ini.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata lebih ramai tekong tempatan perlu dilahirkan, kerana pada ketika ini orang luar terpaksa digunakan dan diberi peluang untuk berkhidmat sebagai tekong kapal nelayan tempatan di negara ini.
Jenayah: Polis sahkan suspek teman lelaki Nur Farah Kartini
Lelaki yang ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, adalah teman lelakinya.
Suspek kes kematian Nur Farah Kartini direman tujuh hari
Seorang penjawat awam yang dikaitkan dengan penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes tersebut.
[TERKINI] Pan Gon bakal umum letak jawatan hari ini?
Tidak ada maklumat lanjut berkaitan sidang media berkenaan walaupun desas desus mengatakan ia melibatkan kepimpinan tertinggi FAM atau barisan kejurulatihan skuad Harimau Malaya?
Bukan masa sesuai untuk perkenalkan semula GST - Amir Hamzah
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata bukan masa sesuai untuk perkenal semula GST. Katanya, kerajaan hanya akan perkenalkan cukai yang tidak memberi kesan kepada golongan rentan.
#AWANInews #SisiTVParlimen
#AWANInews #SisiTVParlimen
![MEASAT-3d: Malaysia mungkin capai 100 peratus liputan jalur lebar - Annuar Musa MEASAT-3d: Malaysia mungkin capai 100 peratus liputan jalur lebar - Annuar Musa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/51655947302_annuarmusa.jpg)
MEASAT-3d: Malaysia mungkin capai 100 peratus liputan jalur lebar - Annuar Musa
Pelancaran satelit MEASAT-3d memungkinkan negara untuk mencapai liputan jaringan jalur lebar sehingga 100 peratus sebelum tahun 2025, ujar Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa.
![Isyarat pertama MEASAT-3d berjaya diterima Isyarat pertama MEASAT-3d berjaya diterima](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/81655776588_measat.jpg)
Isyarat pertama MEASAT-3d berjaya diterima
Ini sekali gus menandakan pelancaran satelit itu berjaya sepenuhnya.
![MEASAT-3d mampu tingkat keupayaan capaian internet di bandar, sub-luar bandar - PM MEASAT-3d mampu tingkat keupayaan capaian internet di bandar, sub-luar bandar - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/71655944059_DatukSeriIsmailSa.jpg)
MEASAT-3d mampu tingkat keupayaan capaian internet di bandar, sub-luar bandar - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yakin pelancaran satelit MEASAT-3d akan meningkatkan keupayaan capaian internet di kawasan bandar dan sub-luar bandar.
![WTC meriah, ramai teruja saksi pelancaran MEASAT-3d WTC meriah, ramai teruja saksi pelancaran MEASAT-3d](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/51655940310_DatukSeriIsmailSa.jpg)
WTC meriah, ramai teruja saksi pelancaran MEASAT-3d
Biarpun tidak berada di Kouru, French Guaina, Amerika Selatan, orang ramai yang hadir di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini tetap teruja untuk menyaksikan pelancaran satelit MEASAT-3d awal pagi ini.
![Satelit MEASAT-3d berjaya dilancarkan Satelit MEASAT-3d berjaya dilancarkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/51655935442_TBMEASAT.jpg)
Satelit MEASAT-3d berjaya dilancarkan
Satelit terbaharu MEASAT-3d berjaya dilancarkan awal pagi ini yang bakal membuka ruang kepada usaha menambah baik sistem sedia ada.
![MEASAT-3d : Malaysia tidak boleh berfungsi secara silo MEASAT-3d : Malaysia tidak boleh berfungsi secara silo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/71655932024_SIRIM.jpg)
MEASAT-3d : Malaysia tidak boleh berfungsi secara silo
Malaysia tidak boleh berfungsi secara silo dalam memastikan semua penduduk mendapat akses kepada jaringan perhubungan antara satu sama lain.
![MEASAT-3d bakal tingkat faktor kebolehpercayaan, tampung lebih ramai pengguna MEASAT-3d bakal tingkat faktor kebolehpercayaan, tampung lebih ramai pengguna](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/81655929844_TBMEASAT.jpg)
MEASAT-3d bakal tingkat faktor kebolehpercayaan, tampung lebih ramai pengguna
Melalui pelancaran satelit ini membolehkan penduduk di pedalaman menikmati rangkaian yang stabil.
![MEASAT-3d: Tarik lebih ramai anak muda ceburi bidang aeroangkasa MEASAT-3d: Tarik lebih ramai anak muda ceburi bidang aeroangkasa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/61655885112_TBmeasat.jpg)
MEASAT-3d: Tarik lebih ramai anak muda ceburi bidang aeroangkasa
Pendedahan terhadap ilmu aeroangkasa adalah sesuatu yang perlu dilihat secara serius dalam usaha menjadikan Malaysia sebuah negara maju.
![MEASAT-3d pelengkap usaha telco sedia jalur lebar kelajuan tinggi ke seluruh negara MEASAT-3d pelengkap usaha telco sedia jalur lebar kelajuan tinggi ke seluruh negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/81655776588_measat.jpg)
MEASAT-3d pelengkap usaha telco sedia jalur lebar kelajuan tinggi ke seluruh negara
Satelit MEASAT-3d akan melengkapkan lagi usaha syarikat telekomunikasi tempatan sedia ada menyediakan perkhidmatan ketersambungan jalur lebar berkelajuan tinggi.
![MEASAT-3d bakal tambah baik perkhidmatan internet negara MEASAT-3d bakal tambah baik perkhidmatan internet negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/81655776588_measat.jpg)
MEASAT-3d bakal tambah baik perkhidmatan internet negara
Ia membolehkan MEASAT mewujudkan masyarakat inklusif digital dan menyokong aplikasi jalur lebar berkelajuan tinggi