KUALA LUMPUR: Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) menjangka mencapai eksport digital bernilai RM100 juta menerusi program DEX Connex di Vietnam.
MDEC dalam satu kenyataan berkata, program tersebut merupakan platform yang menyediakan sokongan penting kepada syarikat teknologi Malaysia bagi merangsang pengembangan dan pembangunan mereka di pasaran Vietnam.
"Ia menyediakan medan kepada peserta dari kedua-dua negara untuk berhubung, mengembangkan pasaran mereka, mempamerkan kepakaran teknologi Malaysia, dan membina pertumbuhan perniagaan yang menyumbang kepada pecutan ekonomi digital," katanya.
Program itu yang disertai 20 syarikat teknologi Malaysia merupakan kerjasama bersama Konsulat Jeneral Malaysia di Ho Chi Minh City, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), Ho Chi Minh City, InnoLab Asia dan Saigon Innovation Hub.
Pertukaran memorandum persefahaman (MoU) antara syarikat teknologi Malaysia dan Vietnam juga diadakan iaitu antara ServeDeck Innovation, syarikat teknologi penyelesaian kemudahan pintar Malaysia dan rakan kongsinya dari Vietnam termasuk AHT Tech Joint Stock Company dan 24Group Investment Company Ltd.
Pertukaran MoU itu adalah bertujuan mengukuhkan lagi kerjasama antara kedua-dua negara.
Sementara itu, MDEC sedang menganjurkan Malaysia Digital Expo 2023 (MDX 2023) yang bermula dari 25 Sept sehingga 8 Nov, 2023.
Ekspo yang berlangsung selama enam minggu itu bertujuan untuk menampilkan ekonomi digital Malaysia dan memperkasakan semua acara teknologi dengan penyertaan penceramah dan ahli panel antarabangsa dan tempatan daripada organisasi terkemuka.
Sementara itu, MDEC dalam satu kenyataan berasingan berkata, ia memeterai MoU dengan Australian Trade and Investment Commission (Austrade) untuk mengukuhkan lagi hubungan diplomatik dan komersial yang telah lama terjalin antara Malaysia dan Australia.
Menurutnya, Australia telah mengenal pasti empat sektor utama iaitu pertanian dan makanan, sumber, pendidikan dan kemahiran dan ekonomi digital untuk mengukuhkan lagi kerjasama ekonomi dengan Malaysia menerusi inisiatif 'Invested: Australia’s Southeast Asia Economic Strategy to 2040'.
“Perkongsian MDEC-Austrade bukan sahaja bukti hubungan dua hala yang kukuh antara Malaysia dan Australia tetapi juga menjanjikan prospek yang besar bagi keseluruhan rantau ASEAN dan Australia.
“Kerjasama ini akan merangsang pertumbuhan ekonomi, memacu inovasi dan membuka peluang yang besar bagi perniagaan dan juga individu,” katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 27 2023
Program DEX Connex di Vietnam disertai 20 syarikat teknologi Malaysia dan merupakan kerjasama bersama Konsulat Jeneral Malaysia di Ho Chi Minh City, Matrade, Ho Chi Minh City, InnoLab Asia dan Saigon Innovation Hub. - Foto MDEC
Pelajar tahfiz perlu teroka bidang teknologi
Kira-kira 200,000 pelajar tahfiz di negara ini, perlu dipastikan untuk mempunyai kemampuan dan peluang menjadi tenaga penggerak kepada umat Islam Malaysia dalam meneroka bidang yang dahulu dilihat sebagai asing., tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perpaduan rakyat prasyarat ekonomi mampan
Tidak semua negara Islam mempunyai ruang dan kesempatan untuk terus aman dan damai, dan mempunyai peluang untuk menikmati ekonomi yang kukuh dan berkembang seperti Malaysia, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Tidak perlu tergesa-gesa tukar ke lesen B - JPJ
Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 dan B1 tidak perlu tergesa-gesa mendaftar Program Khas Peralihan LLM Kelas B2/B1 Kepada LMM Kelas B kerana tiada had masa ditetapkan untuk permohonan.
KPWKM teruskan lapan inisiatif bantu warga emas
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan terus menggerakkan lapan inisiatif utama dalam memenuhi keperluan jagaan dan sistem sokongan terhadap warga emas.
Warga emas maut ditikam anak kandung yang berhalusinasi
Seorang pesara guru maut ditikam anak kandungnya sendiri di sebuah rumah dekat Kampung Senaling, di sini, petang Sabtu.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 5 Oktober 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hezbollah lancar serangan peluru berpandu ke atas kompleks industri ketenteraan di utara Israel
Pergerakan Hezbollah di Lubnan berkata mereka telah melancarkan serangan peluru berpandu ke atas kemudahan ATA Defence Industries.
Tiada kaitan dengan pelantikan CEO MDEC, Anuar Fariz bukan adik saya - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyangkal dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Anuar Fariz Fadzil merupakan adiknya.
Israel lakukan persiapan untuk serang Iran - Laporan
Tentera Israel sedang bersiap untuk "tindakan balas besar-besaran dan ekstrem" terhadap Iran.
Tiada kaitan dengan pelantikan CEO MDEC, Anuar Fariz bukan adik saya - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyangkal dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Anuar Fariz Fadzil merupakan adiknya.
Anuar Fariz Fadzil sah dilantik CEO MDEC
Pelantikan diumumkan Syed Ibrahim, yang memperkenalkan Anuar pada acara Festival Kandungan Digital Malaysia 2024 di Kuala Lumpur hari ini.
MDEC, MATRADE mudah cara lebih 150 padanan perniagaan berpotensi di Tokyo Game Show 2024
MDEC dan MATRADE telah memudah cara lebih 150 padanan perniagaan yang berpotensi untuk 10 studio dan syarikat Malaysia semasa Tokyo Game Show (TGS) 2024.
Ekonomi digital dijangka capai unjuran sumbangan 25.5 peratus kepada KDNK akhir 2025
Dasar Malaysia yang mesra perniagaan dan pengukuhan ringgit berbanding dolar AS kebelakangan ini menyumbang kepada prospek positif ekonomi.
Aplikasi seeNi dan Kliik pacu negara jadi pusat kandungan digital tempatan
Aplikasi seeNi dan Kliik menjadi platform terbaharu yang dilancarkan sebuah syarikat tempatan, Nu Ideaktiv bertujuan memacu industri kreatif dan digital.
CEO MDEC tamat perkhidmatan 31 Ogos
Mahadhir Aziz akan menamatkan perkhidmatan beliau pada 31 Ogos 2024 selepas tiga tahun menerajui MDEC.
5,000 rakyat Malaysia bakal dilatih, digaji di bawah perkongsian MDEC, NASSCOM
Tujuh syarikat antarabangsa India di Malaysia komited untuk melatih dan menggaji 5,000 rakyat Malaysia dengan termeterainya MoU antara MDEC dan NASSCOM.
SC digesa perluaskan platform GROWMatch ke semua sektor - Gobind
Kementerian Digital menggesa SC untuk memperluaskan platform padanan GROWMatch kepada semua industri bagi menangani jurang pembiayaan yang dihadapi oleh perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).
Garis panduan tingkat pelaburan pusat data akan dikeluarkan pada suku ketiga - Tengku Zafrul
Kerajaan akan mengumumkan garis panduan untuk keberkesanan penggunaan kuasa (PUE) dan keberkesanan penggunaan air (WUE) di pusat data menjelang suku ketiga tahun ini untuk meningkatkan pelaburan.
Pelaburan digital Malaysia meningkat kepada RM66.22 bilion pada separuh pertama 2024
Pelaburan digital Malaysia meningkat kepada RM66.22 bilion pada separuh pertama tahun ini, menunjukkan pertumbuhan kukuh dan daya tahan ekonomi digital walaupun terdapat ketegangan geopolitik global.