KUALA LUMPUR: Sebagai tanggungjawab korporat syarikat, McDonald’s Malaysia pada Jumaat telah menyerahkan zakat perniagaan bernilai RM500,000 kepada Pusat Pungutan Zakat - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP).
Naib Presiden Sumber Manusia dan Pengerusi Jawatankuasa Halal Dalaman McDonald’s Malaysia, Azhar Darbi berkata, bayaran zakat perniagaan tersebut merupakan salah satu daripada inisiatif syarikat dalam menyumbang kembali kepada masyarakat yang memerlukan.
Tambahnya, usaha itu juga merupakan salah satu daripada nilai teras McDonald’s Malaysia.
“Bulan Ramadan ini merupakan masa terbaik untuk kita melipatgandakan ibadah. Oleh itu, ambillah kesempatan pada bulan ini untuk berbuat kebaikan dengan berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan sebagai tanda kita mensyukuri nikmat diberi oleh Allah SWT.
“Sebagai satu nama besar, kami yakin McDonald’s Malaysia mampu memberi contoh agar lebih banyak syarikat di luar sana untuk menunaikan zakat perniagaan sekali gus dapat membantu meningkatkan ekonomi asnaf,” katanya pada sidang media selepas majlis penyerahan zakat perniagaan kepada PPZ-MAIWP di restoran McDonald’s Danau Kota di sini.
Pembayaran zakat tersebut diserahkan Azhar Darbi kepada Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Abdul Hakim Amir Osman sambil disaksikan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Mohd Nizam Yahya.
McDonald’s Malaysia turut menyantuni seramai 50 keluarga asnaf dengan menyumbang wakalah agihan bersempena bulan Ramadhan ketika program Ziarah Komuniti Asnaf McDonald’s.
McDonald's Malaysia mula membayar zakat perniagaan sejak lima tahun lalu, selepas syarikat itu diambil alih Lionhorn Pte Ltd, sebuah anak syarikat Kumpulan Reza dari Arab Saudi dan pada tahun ini syarikat itu akan membayar zakat perniagaan sebanyak RM9.85 juta, untuk negeri-negeri di seluruh Malaysia.
Sementara itu, Abdul Hakim berkata, sebagai pengiktirafan kepada McDonald's Malaysia yang berterusan menjalankan tanggungjawab mereka sebagai sebuah entiti perniagaan milik umat Islam, pihaknya menyerahkan Sijil Pembayar Zakat Perniagaan kepada syarikat itu yang akan dipamerkan di lebih 40 restoran McDonald's di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
"Tahniah diucapkan kepada McDonald's Malaysia kerana menjadi satu syarikat contoh yang boleh diikuti oleh syarikat lain.
"Sebagai satu nama besar, saya yakin McDonald's Malaysia mampu mempengaruhi lebih banyak syarikat di luar sana dalam menunaikan zakat perniagaan sekali gus dapat membantu meningkatkan ekonomi asnaf," katanya.
Tambahnya, rekod kutipan zakat perniagaan dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini menunjukkan peningkatan sebanyak 28 peratus berbanding tempoh sama tahun sebelumnya.
"Kutipan zakat perniagaan pada tiga bulan pertama meningkat kepada RM21.99 juta berbanding RM17.12 juta tahun lalu.
"Bagi kutipan zakat secara keseluruhan pula meningkat sebanyak 12 peratus untuk tempoh sama iaitu RM163 juta berbanding RM145 juta tahun sebelumnya,” jelasnya lagi.
Haikal Raman
Sat Apr 09 2022
McDonald's Malaysia pada Jumaat telah menyerahkan zakat perniagaan bernilai RM500,000 kepada PPZ-MAIWP. - Foto McDonald's Malaysia
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
FGV sempurnakan agihan dan pembayaran zakat bagi 2024 berjumlah RM19.9 juta
Sesi kesembilan program FGV Seikhlas Hati bagi tahun 2024 memberi manfaat kepada kira-kira 1,900 orang asnaf seluruh negara.
PPZ-MAIWP anjur kempen YEZ seru umat Islam tunai zakat sebelum 31 Dis 2024
Bertemakan "Bahagia Memberi", kempen YEZ tahun ini ingin mendidik masyarakat untuk saling memberi dan berkongsi rezeki.
PPZ-MAIWP catat RM511 juta kutipan zakat tahun ini, naik 10 peratus
PPZ-MAIWP mencatat kutipan zakat sebanyak RM511 juta dari Januari hingga Jun tahun ini dengan peningkatan sebanyak 10 peratus berbanding tempoh sama pada 2023.
Amrin dilantik Pengerusi baharu PPZ-MAIWP
PPZ-MAIWP memaklumkan bahawa Datuk Seri Amrin Awaluddin dilantik sebagai Pengerusi PPZ-MAIWP berkuatkuasa 23 April 2024.
PPZ-MAIWP sasar kutipan zakat RM195.5 juta melalui Kempen Ramadan 2024
Pusat Pungutan Zakat-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) menyasarkan kutipan zakat RM195.5 juta melalui Kempen Ramadan 2024.
PPZ-MAIWP lancar kempen YEZ 2023, seru pembayar segerakan zakat
Pusat Pungutan Zakat-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) mengajak orang ramai untuk melaksanakan atau melunaskan kewajipan menunaikan zakat sebelum 31 Dis ini.
Agong berkenan terima zakat perniagaan lebih RM65 juta
Yang di-Pertuan Agong berkenan menerima bayaran zakat perniagaan berjumlah lebih RM65 juta bagi pihak Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP).
Kakitangan agensi media tempatan terima sumbangan 'wakalah' PPZ-MAIWP berjumlah RM120,000
Agensi berkenaan adalah Bernama, RTM, TV Alhijrah, IKIM, Media Prima Berhad, Astro, Malaysia Gazette, Star Media Group dan Awesome TV.
Kutipan zakat Wilayah Persekutuan meningkat 13 peratus pada 2022
Jumlah pembayar zakat harta pada tahun lepas adalah 240,630 orang manakala zakat fitrah pula 1.59 juta orang.
McDonald's Malaysia bayar zakat perniagaan RM500,000, santuni golongan asnaf
Bayaran zakat perniagaan tersebut merupakan salah satu daripada inisiatif syarikat dalam menyumbang kembali kepada masyarakat yang memerlukan.