SINGAPURA: Maybank Securities Pte Ltd menaikkan sedikit unjuran inflasi 2022 untuk inflasi teras Singapura kepada 4.2 peratus daripada 4.0 peratus dan inflasi keseluruhan kepada 6.2 peratus daripada 6.0 untuk mengambil kira kenaikan yang lebih besar daripada jangkaan dalam kos makanan dan perkhidmatan.
"Pengembara yang keluar dari Lapangan Terbang Changi juga perlu membayar caj lapangan terbang yang lebih tinggi, ia meningkat sebanyak S$6.9 kepada $59.2 mulai 1 November 2022 dan sebanyak S$3 lagi pada April 2023 dan S$3 lagi pada April 2024," kata penganalisis dalam nota penyelidikan mereka.
Mereka menjangkakan Pihak Berkuasa Monetari Singapura (MAS) akan mengetatkan dasar monetari sekali lagi pada bulan Oktober dengan memusatkan semula kadar pertukaran efektif nominal dolar Singapura (S$NEER) ke paras semasa.
"S$NEER kini didagangkan sekitar +1.5 peratus melebihi paras pertengahan, berdasarkan anggaran kami. Kami tidak menjangkakan gerakan berganda (kedua-duanya memusatkan semula dan turun) kerana peningkatan kemelesetan teknikal mungkin akan berlaku," kata mereka.
Mereka juga menjangkakan MAS akan menaikkan unjuran inflasi keseluruhannya kepada 5.5 peratus-6.5 peratus daripada 5.0 peratus-6.0 peratus dan unjuran inflasi teras kepada 3.5 peratus-4.5 peratus daripada 3.0 peratus -4.0 peratus.
Firma penyelidikan itu juga menjangkakan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) akan menaikkan kadar sebanyak 125 mata asas (bps) lagi dalam baki dua mesyuarat November dan Disember tahun ini dan sebanyak 25 mata asas lagi pada 2023.
"Unjuran Fed yang dilihat akan menaikkan kadar faedah boleh memacu kadar gadai janji Singapura kepada 4.5 peratus menjelang akhir tahun ini dan 5.0 peratus menjelang pertengahan tahun depan, ia akan menghampiri paras tertinggi dalam tempoh 20 tahun," kata penganalisis itu.
Ia diumumkan bersama oleh MAS dan Kementerian Perdagangan dan Industri Singapura pada Jumaat (23 September) bahawa inflasi teras Singapura melonjak kepada 5.1 peratus pada Ogos berbanding 4.8 peratus pada Julai dengan IHP meningkat sebanyak 0.5 peratus pada asas bulan ke bulan berbanding 0.6 peratus pada bulan Julai.
Sementara itu, inflasi keseluruhan meningkat kepada 7.5 peratus daripada 7.0 peratus pada Julai manakala IHP meningkat 0.9 peratus daripada bulan sebelumnya sebanyak 0.2 peratus.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 24 2022

Unjuran inflasi mengambil kira kenaikan yang lebih besar daripada jangkaan dalam kos makanan dan perkhidmatan. - Gambar fail
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.

Jojo sedia kongsi ilmu di Wilayah Pahlawan 2025
Jojo berkata beliau memikul tanggungjawab besar untuk menjadi lebih matang dan berdisiplin, demi menjadi inspirasi baik buat anak muda.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar US
Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.6785/6830 berbanding dolar US daripada 4.6830/6875 sewaktu ditutup pada Jumaat.

Maybank Securities naikkan unjuran inflasi Singapura bagi 2022
Unjuran inflasi mengambil kira kenaikan yang lebih besar daripada jangkaan dalam kos makanan dan perkhidmatan.