KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar US berbanding Jumaat lepas, menjelang data inflasi Perbelanjaan Penggunaan Peribadi (PCE) Amerika Syarikat (AS) yang dijadual akan diumumkan hujung minggu ini.
Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.6785/6830 berbanding dolar US daripada 4.6830/6875 sewaktu ditutup pada Jumaat.
Rakan Kongsi Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata ringgit kini sedang mengalami penyatuan dalam julat yang lebih tinggi menjelang pengumuman data PCE.
Hasil data ini berpotensi mempengaruhi keputusan Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) untuk menurunkan kadar faedah pada suku kedua 2024 terutamanya jika angka itu lebih rendah daripada jangkaan pasaran dan apa yang paling penting, ia tidak memenuhi unjuran inflasi ditetapkan Fed AS," katanya kepada Bernama.
Beliau juga berkata pergerakan mata wang seiring dengan trend lemah yang dilihat dalam dolar US pada awal minggu ini.
Pada penutupan dagangan, ringgit didagangkan rendah berbanding beberapa mata wang utama.
Unit tempatan merosot berbanding euro kepada 5.1220/1269 daripada paras penutup 5.1059/1108 pada Jumaat, berkurangan berbanding yen Jepun kepada 3.1334/1366 daripada 3.1295/1327 dan menguncup berbanding pound Britain kepada 5.8963/9020 daripada 5.8767/8823.
Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding mata wang ASEAN lain.
Ringgit turun berbanding dolar Singapura kepada 3.4961/5000 daripada 3.4903/4940 dan merosot berbanding baht Thai kepada 13.3181/3381 daripada 13.1949/2139 dan berkurangan berbanding rupiah Indonesia kepada 301.9/302.3 from 300.8/301.3 ketika ditutup pada Jumaat.
Bagaimanapun, unit tempatan jatuh berbanding peso Filipina kepada 8.43/8.45 daripada 8.45/8.46 sebelumnya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 27 2023

Pada penutupan dagangan, ringgit didagangkan rendah berbanding beberapa mata wang utama. - Gambar fail/Bernama
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar US
Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.6785/6830 berbanding dolar US daripada 4.6830/6875 sewaktu ditutup pada Jumaat.