Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) telah memulakan Misi Peningkatan Eksport (EAM) ke Uzbekistan dan Kazakhstan bagi memperkukuhkan kehadiran syarikat-syarikat Malaysia di rantau Asia Tengah.
Misi yang bermula Isnin (14 Oktober) sehingga 19 Oktober, juga bertujuan meningkatkan hubungan strategik perniagaan antara syarikat-syarikat Malaysia dengan komuniti perniagaan di kedua-dua negara.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Peningkatan Eksport) Matrade, Mohd Mustafa Abdul Aziz berkata misi tersebut tepat pada masanya berikutan perkembangan pesat ekonomi yang dinikmati oleh wilayah tersebut.
"Selain itu, agenda pembaharuan ekonomi sedia ada serta impak daripada Inisiatif Jaluran dan Laluan China telah meningkatkan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) rantau itu, iklim perniagaan serta kepesatan ekonominya secara menyeluruh," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Sebanyak 18 syarikat Malaysia mewakili pelbagai sektor seperti makanan dan minuman, peranti perubatan, farmaseutikal, kosmetik, pembinaan dan perkhidmatan perniagaan menyertai EAM tersebut.
Mohd Mustafa berkata beberapa siri perbincangan meja bulan dan mesyuarat perniagaan kepada perniagaan akan diadakan bersempena misi itu.
Malah, Matrade akan turut mempromosikan acara Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2020 yang dijadualkan pada April tahun depan.
Beliau berkata produk dan perkhidmatan halal mempunyai potensi besar di Uzbekistan dan Kazakhstan berikutan bilangan penduduk Muslimnya yang ramai.
"Kami berharap kalangan pembeli di rantau ini akan memilih Malaysia dari segi mendapatkan bekalan halal dan menjadikan MIHAS sebagai platform itu," katanya.
Bagi tempoh Januari sehingga Ogos 2019, jumlah perdagangan Malaysia dengan Uzbekistan meningkat 47.1 peratus kepada RM228.3 juta merangkumi eksport bernilai RM216.5 juta manakala import pada RM11.8 juta.
Jumlah perdagangan Malaysia dengan Kazakhstan bagi tempoh sama pula berjumlah RM180.6 juta dengan nilai eksport RM170.2 juta dan import bernilai RM10.5 juta.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 14 2019
Sempena Misi Peningkatan Eksport ke Uzbekistan dan Kazakhstan, Matrade akan turut mempromosikan acara Pameran Halal Antarabangsa Malaysia 2020 yang dijadualkan pada April tahun depan.
AIR 2040 perkukuh pengurusan air negara, transformasi sektor air lebih mampan
Empat fasa dalam pelaksanaan agenda AIR 2040 berpandukan Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK12) hingga Rancangan Malaysia Kelima Belas (RMK15).
AWANI Ringkas: Gangguan Seksual | Mahkamah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Ringgit mencatat pemulihan kukuh apabila ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS pada Isnin berikutan kenaikan harga komoditi dan bacaan inflasi Amerika Syarikat (AS) yang lebih rendah.
AWANI 7:45 [23/12/2024] - Hab Digital Asia Tenggara | Kos rawatan kena munasabah | 47 peratus kurang puas hati | Ikut undang-undang
Malaysia tumpuan utama dunia, pelaburan digital lebih RM141 bilion tahun ini.
Wujudkan akta khusus kawal caj rawatan swasta terlalu tinggi.
Kajian dapati 51 peratus responden pusat hati prestasi kerajaan.
UM henti tugas pensyarah kaitan gangguan seksual.
Wujudkan akta khusus kawal caj rawatan swasta terlalu tinggi.
Kajian dapati 51 peratus responden pusat hati prestasi kerajaan.
UM henti tugas pensyarah kaitan gangguan seksual.
Polis analisis rekod telefon Presiden Yoon
Polis menganalisis rekod telefon peribadi Presiden Yoon Suk Yeol selepas mendapatkannya sebagai sebahagian daripada siasatan mereka terhadap pengisytiharan undang-undang tentera yang gagal awal bulan ini, kata pegawai.
Agenda AWANI: Pelan hala tuju transformasi AIR 2040
Ketahui cabaran pengurusan dan usaha mentransformasi sektor air negara menerusi pelan hala tuju transformasi AIR 2040 bersama YB Akmal Nasrullah Mohd Nasir, Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) dalam Agenda AWANI 9 malam ini
Pasaran getah tempatan ditutup rendah
Pasaran getah tempatan ditutup rendah hari ini sejajar dengan aliran menurun di pasaran niaga hadapan getah serantau, kata seorang peniaga.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi "untuk sementara waktu", kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
PTPTN lancar kempen LESTARIPendidikan, usaha menjamin dana pendidikan negara
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melancarkan kempen LESTARIPendidikan bagi memastikan pendidikan tinggi di Malaysia kekal inklusif, mampan, dan relevan untuk generasi akan datang.
[TERKINI] Polis tahan seorang lelaki bakar wanita
Polis New York menahan seorang lelaki ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Lawatan Anwar ke Asia Tengah, misi Malaysia cari lebih ramai sahabat setia
Kunjungan ke negara Asia Selatan mungkin tidak memberikan kesan ketara kepada kemajuan ekonomi.
Malaysia lihat Kazakhstan sebagai rakan strategik dalam rapatkan hubungan Asia Tengah dan Asia Tenggara
Malaysia menyifatkan Kazakhstan sebagai rakan strategik dalam membina hubungan rapat antara Asia Tengah dan Asia Tenggara.
AirAsia X mulakan penerbangan terus ke Kazakhstan hari ini
AirAsia X (AAX) yang melebarkan sayapnya ke Asia Tengah melancarkan penerbangan terus pertamanya ke Almaty, Kazakhstan hari ini.
Malaysia terus pelbagaikan destinasi eksport ke pasaran bukan tradisional - PM Anwar
Malaysia akan meneruskan usaha untuk mempelbagaikan destinasi eksport negara terutamanya ke pasaran bukan tradisional seperti Asia Tengah dan Latin Amerika.
Malaysia digesa manfaatkan Azerbaijan sebagai hab masuk pasaran Asia Tengah, Eropah Timur
Ahli perniagaan dan syarikat Malaysia digalakkan untuk memanfaatkan lokasi strategik Azerbaijan sebagai hab bagi menembusi pasaran ke negara jiran di Asia Tengah dan Eropah Timur.
Pesilat negara pulang dari Kyrgyzstan positif COVID-19
Atlet yang identitinya tidak didedahkan itu kini berada di Pusat Rawatan dan Kuarantin Berisiko Rendah (PKRC) MAEPS Serdang.
Bekas Presiden Kazakhstan positif COVID-19
Bekas Presiden Kazakhstan, Nursultan Nazarbayev disahkan positif COVID-19.
Turkmenistan bebas COVID-19, nafi dakwaan sorok data rasmi
Turkmenistan pada Rabu menafikan dakwaan berhubung kerajaannya menyembunyikan data rasmi kes jangkitan COVID-19.
Matrade anjur misi pacu eksport ke Uzbekistan, Kazakhstan
Misi yang bermula Isnin (14 Oktober) sehingga 19 Oktober, juga bertujuan meningkatkan hubungan strategik perniagaan antara syarikat-syarikat Malaysia dengan komuniti perniagaan di kedua-dua negara.
Hamparan gunung, tasik membiru melambung pesona Tajikistan
Landskap pergunungan dari setiap sudut Tajiistan menyajikan pemandangan yang unik ibarat syurga dunia buat pengunjung ke negara itu.