KUALA LUMPUR: Malaysia akan meneruskan usaha untuk mempelbagaikan destinasi eksport negara terutamanya ke pasaran bukan tradisional seperti Asia Tengah dan Latin Amerika, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata kawasan pasaran tersebut menunjukkan potensi tinggi yang mana pada tempoh sembilan bulan pertama 2023, eksport ke rantau itu mencatatkan pertumbuhan positif masing-masing sebanyak 24.7 peratus dan 2.3 peratus.
"Antara program yang dijalankan adalah termasuk program penyumberan antarabangsa (INSP)," katanya pada sesi Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.
Anwar berkata ia merupakan antara usaha Kerajaan bagi memitigasi nilai eksport yang menurun berikutan persekitaran global yang tidak menentu.
"Kerajaan juga melaksanakan program Misi Galakan Perdagangan dan Pelaburan (MGPP) ke luar negara yang bertujuan mempromosi Malaysia sebagai destinasi pilihan untuk pelaburan langsung asing (FDI) serta barangan dan perkhidmatan keluaran negara bagi meningkatkan eksport, menggalakkan kerjasama pelaburan dan perdagangan dua hala antara Kerajaan, dan seterusnya menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara," katanya.
Sementara itu, beliau berkata, menerusi lawatan kerja ke New York, baru-baru ini, Malaysia memperoleh komitmen pelaburan berpotensi daripada tiga syarikat Amerika Syarikat berjumlah RM4.74 billion dalam sektor peranti perubatan, sektor elektrik dan elektronik dan sektor jentera dan peralatan.
"Dua projek sektor elektrik dan elektronik dan sektor jentera dan peralatan dengan potensi nilai pelaburan RM2.74 bilion dijangka siap menjelang akhir 2024.
"Manakala satu projek peranti perubatan berjumlah RM2.0 bilion disasar diperoleh sehingga 2031 secara berperingkat yang mana fasa pertama berjumlah RM545 juta sebagai pelaburan awal telah diluluskan oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA)," katanya.
Manakala menerusi lawatan kerja ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) baru-baru ini Anwar berkata Kerajaan berjaya mendapatkan komitmen pelaburan dari negara itu berjumlah RM40.6 bilion yang melibatkan sektor tenaga boleh baharu (MASDAR dengan jumlah RM38.1 bilion) dan aeroangkasa (penyenggaraan, pembaikan dan baik pulih bagi jet perniagaan berjumlah RM710.25 juta).
"Syarikat MASDAR telah mengadakan lawatan (kajian terperinci) untuk mengenal pasti beberapa rakan kongsi dalam kalangan syarikat tempatan bagi menjalankan projek tenaga boleh baharu secara berfasa dalam tempoh 10 tahun.
"MASDAR juga telah menandatangani memorandum persefahaman bersama CitaGlobal Sdn Bhd bagi menjalinkan kerjasama dalam projek tenaga boleh baharu seperti solar dan turbin angin.
"Melangkah ke hadapan MASDAR dan MIDA akan menubuhkan jawatankuasa pemandu bagi memudahkan projek kerjasama antara MASDAR dan syarikat tempatan dapat direalisasikan di Malaysia," katanya.
Perdana Menteri berkata Ketua Pegawai Eksekutif dan delegasi MASDAR akan berada di Malaysia pada minggu ini untuk berjumpa rakan kongsi berpotensi mereka yang telah diatur oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dan MIDA.
UAE ketika ini merupakan pelabur terbesar di Malaysia dari rantau Asia Barat dan kedua terbesar dalam kalangan negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).
Sehingga kini, pelaburan UAE dalam pelbagai projek pembuatan yang dilaksanakan di Malaysia berjumlah US$388.8 juta (RM1.48 bilion).
Anwar berkata semasa lawatan kerja ke Arab Saudi pula beliau telah bertemu dengan syarikat terkemuka negara berkenaan seperti Public Investment Fund (PIF) dan Saudi Arabian Oil. Co (Aramco).
Menurutnya, Aramco telah menunjukkan minat untuk meningkatkan lagi pelaburan di Malaysia dalam sektor perkilangan iaitu industri hiliran dan peruncitan petrokimia.
"Setakat ini, Aramco merupakan rakan kongsi Petronas bagi projek penapisan dan petrokimia di Kompleks Petroleum Integrasi Pengerang (PIPC) di Selatan Johor.
"Namun demikian buat masa ini, Aramco sedang memperhalusi rancangan pelaburan mereka. Kerajaan amat komited untuk menyediakan fasilitasi secara menyeluruh bagi merealisasikan projek pelaburan ini," katanya.
Menurutnya, dalam usaha memastikan potensi pelaburan strategik hasil daripada Misi Penggalakan Perdagangan dan Pelaburan dan Sesi Lawatan Kerja Rasmi Perdana Menteri dapat dilaksanakan, Kerajaan telah mengambil pendekatan menubuhkan Jawatankuasa Tindakan Penyelarasan Pelaburan dan Perdagangan (JTPPP) di bawah MITI.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 31 2023
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan ketika Sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto BERNAMA
176 warga asing ditahan di Bukit Bintang
Pengarahnya Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata operasi yang bermula 7.15 malam itu dilaksanakan dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berdasarkan aduan orang awam serta risikan.
Polis siasat kes gambar wanita disunting tanpa pakaian
Polis membuka kertas siasatan berkaitan seorang wanita warga tempatan mendakwa gambarnya telah disunting dalam keadaan tidak berpakaian dan dijual di laman sosial.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja'afar dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kes itu pada jam 4.13 petang Isnin.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja'afar dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kes itu pada jam 4.13 petang Isnin.
Jakim akan panggil Harith Iskander
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan memanggil Harith Iskander bagi mendapatkan perincian berhubung isu kontroversi dikaitkan dengan pelawak dan pelakon itu.
Ketua Pengarah Jakim, Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee berkata, pihaknya juga telah membuat laporan polis bagi siasatan dan tindakan lanjut kerana telah menimbulkan keresahan umat Islam.
Ketua Pengarah Jakim, Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee berkata, pihaknya juga telah membuat laporan polis bagi siasatan dan tindakan lanjut kerana telah menimbulkan keresahan umat Islam.
Kementerian Perpaduan mohon peruntukan tingkat relevansi perpustakaan dalam RMK13
Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang berkata peruntukan itu perlu bagi memberi keupayaan kepada PNM menyesuaikan perkhidmatan mereka dengan kehendak generasi baharu dalam dunia yang pantas berubah.
Sambutan Tahun Baharu Cina Selangor di Jenjarom jangka tarik 30,000 pengunjung
Kerajaan Negeri Selangor melalui Invest Selangor Berhad akan menganjurkan Sambutan Perayaan Tahun Baru Cina Peringkat Negeri Selangor pada 8 Februari 2025 di pekarangan Fo Guang Shan Dong Zen Temple, Jenjarom.
WEF 2025: Open Forum - Balancing the Scales
According to the IMF, income inequality is high or increasing in 60% of low- and middle-income countries, with the highest impact being felt on marginalized groups. With rising income inequality threatening growth worldwide, what can be done to bridge this gap?
Tokong lama Swee Nyet Keung mula dihias, hidupkan suasana perayaan
Tokong Swee Nyet Keung yang berusia hampir 100 tahun di Gua Musang, Kelantan mula dihias cantik dengan perhiasan menarik bagi menghidupkan suasana perayaan Tahun Baru Cina yang akan disambut tidak lama lagi.
SHP Batang Kali petanda sokongan agenda tenaga lestari
Loji hidrokuasa kecil Batang Kali (SHP Batang Kali) menjadi bukti usaha berterusan kerajaan negeri dan sektor swasta mengurangkan jejak karbon dan menyokong agenda tenaga lestari negara.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pembinaan loji hidrokuasa kecil ini membuktikan kemampuan negeri memimpin usaha menghasilkan penyelesaian tenaga yang lebih bersih dan hijau.
Laporannya bersama rakan setugas Faida Rahim di Batang Kali.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pembinaan loji hidrokuasa kecil ini membuktikan kemampuan negeri memimpin usaha menghasilkan penyelesaian tenaga yang lebih bersih dan hijau.
Laporannya bersama rakan setugas Faida Rahim di Batang Kali.
[TERKINI] Sidang media Perdan Menteri selepas WEF 2025 berakhir
Perdana Menteri dan Pengerusi asean, Datuk Seri Anwar Ibrahim, memberi impak besar di Forum Ekonomi Dunia (wef) 2025 di Davos, Switzerland, berakhir semalam/
Antara lain, beliau menyertai perbincangan daripada perbualan santai mengenai kelab bola sepak kegemarannya hingga kepada hubungan antarabangsa yang dinamik dan rumit serta cabaran dan kejayaan integrasi serantau.
Ikuti sidang media Perdana Menteri selepas WEF 2025, berakhir.
Antara lain, beliau menyertai perbincangan daripada perbualan santai mengenai kelab bola sepak kegemarannya hingga kepada hubungan antarabangsa yang dinamik dan rumit serta cabaran dan kejayaan integrasi serantau.
Ikuti sidang media Perdana Menteri selepas WEF 2025, berakhir.
Trump kerah 1,500 tentera ke sempadan AS-Mexico
Presiden Donald Trump pada Rabu mengarahkan pergerakan 1,500 anggota tentera ke sempadan Amerika Syarikat-Mexico (AS-Mexico) selepas menandatangani perintah eksekutif baharu yang melarang kemasukan ap
Malaysia terus pelbagaikan destinasi eksport ke pasaran bukan tradisional - PM Anwar
Malaysia akan meneruskan usaha untuk mempelbagaikan destinasi eksport negara terutamanya ke pasaran bukan tradisional seperti Asia Tengah dan Latin Amerika.
Perdagangan dua hala Turki-Malaysia melonjak dengan protokol FTA terkini
Hubungan dua hala yang sudah mantap boleh dipertingkatkan lagi selain terdapat potensi besar dalam perdagangan dan pelaburan antara kedua-dua negara.
Orkid Mokara Malaysia tembusi pasaran Dubai
Permintaan bunga Orkid spesies Mokara dan nilai jualan yang tinggi di Dubai membuka peluang pasaran baharu untuk industri orkid negara.