Harga makanan yang semakin tinggi terus menjadi faktor peningkatan bebanan kos sara hidup buat isi rumah di negara.
Laporan terbaru keadaan isi rumah Khazanah Research Insitute (KRI) menunjukkan bahawa makanan kekal sebahagian besar perbelanjaan kebanyakan isi rumah dengan kadar peningkatan harga makanan berada di tahap yang membimbangkan.
Pada 2014, lebih 94 peratus isi rumah berbelanja lebih untuk makanan dari perbelanjaan lain dan mereka yang berpendapatan rendah dari RM2,000 telah membelanjakan lebih 38 peratus dari perbelanjaan bulanan mereka untuk makanan.
Jelas, kenaikan harga makanan mempunyai kesan langsung kepada kos sara hidup.
Malah kos makanan yang semakin tinggi menyebabkan ramai rakyat Malaysia, terutamanya isi rumah berpendapatan rendah tidak mampu berbelanja untuk makanan berkhasiat yang selaras dengan Panduan Diet Malaysia.
Kaji selidik yang dibuat mengenai keselamatan makanan di kalangan isi rumah berpendapatan rendah di Kuala Lumpur menunjukkan bahawa lebih 65 peratus isi rumah mempunyai isu dalam mengekalkan keselamatan makanan.
Ia selaras dengan laporan yang dikeluarkan Food and Agriculture Organization of the United Nations (FAO) mengenai isu ketidakselarasan dan ketidakadilan dalam pengambilan makanan berkhasiat dikalangan isi rumah mengikut keadaan sosio-ekonomi masing-masing.
Selain itu, harga makanan yang dikatakan semakin naik juga terbukti melalui perkiraan Consumer Price Index atau Indeks Harga Pengguna (IHP), dimana makanan dan minuman merupakan salah satu komposisi indeks tersebut.
Ternyata, harga makanan semakin naik melebihi paras normal indeks harga pengguna.
Kajian yang dibuat menunjukkan bahawa inflasi harga makanan dalam negara dipengaruhi harga makanan di rumah yang dikira melalui Indeks Makakan di Rumah.
Ikan dan makanan laut menyumbang 23.8 peratus dari keseluruhan indeks, diikuti bijiran pada kadar 23.2 peratus, daging, 15.5 peratus, sayur-sayuran, 11.3 peratus, produk tenusu dan telur, 9.4 peratus.
Setiap jenis produk makanan ini telah menunjukkan kenaikan harga yang ketara dari tahun 2010 hingga 2015.
Harga makanan laut dan ikan naik sehingga 30.9 peratus, produk tenusu dan telur sebanyak 23 peratus dan daging naik sehingga 18.7 peratus.
Memandangkan produk ini menyumbang 48 peratus total dalam Indeks Makanan di Rumah, kesimpulan yang boleh dibuat ternyata memberi kesan dalam indeks keseluruhan.
Selain produk tersebut, produk gula dan manisan juga semakin naik tinggi dari tahun ke tahun.
Menurut laporan tersebut, sebuah isi rumah dengan lima ahli keluarga akan membelanjakan minimum diantara RM25.21 dan RM38.45 setiap hari untuk diet yang berkhasiat.
Perkiraan ini hanya tertakluk untuk makanan yang dimasak di rumah sahaja dan tidak mengira kos memasak di rumah seperti kos pengangkutan untuk membeli barang masakan, caj eletrik, gas memasak, kos membina dan barangan dapur seperti peti sejuk dan periuk nasi.
Manakala perbelanjaan isi rumah median adalah antara RM2,946 sebulan.
Kota Kinabalu dan Kuching merekodkan kadar perbelanjaan individu paling tinggi untuk makanan berbanding negeri-negeri lain pada kadar RM6.61 dan dan RM7.69.
Kota Bharu mempunyai kadar perbelanjaan individu untuk makanan terendah pada kadar RM5.04 diikuti Alor Setar pada kadar RM5.23.
Secara purata, isi rumah di kawasan bandar berbelanja hanya 16.4 peratus dari perbelanjaan bulanan mereka untuk makanan yang dimakan di rumah manakala isi rumah di kawasan luar bandar berbelanja sekitar 24.8 peratus dengan kadar median seluruh negara pada tahap 17.1 peratus.
Isi rumah dengan pendapatan dari RM4,000 sehingga RM4,999 hanya berbelanja RM632 untuk makanan setiap bulan.
Sejak 10 tahun kebelakangan ini, bil import negara telah meningkat dengan tinggi, dengan kadar keseluruhan import makanan dan binatang hidup meningkat dari RM1.7 billion pada tahun 2005 ke RM45.4 billion pada tahin 2015.
Ini menunjukkan peningkatan setiap tahun sebanyak 9.8 peratus.
Malaysia mengimport input pengeluaran makanan seperti makanan binatang ternakan, mesin dan benih.
Manakala, bijiran merupakan bahan makanan paling tinggi diimport pada kadar 17.2 peratus atau RM7.8 billion. Selain itu, produk makanan lain yang juga diimport dengan banyak adalah sayur-sayuran dan buah-buahan.
Sejak 2005, import daging menunjukkan peningkatan paling tinggi pada kadar 228.2 peratus atau dari RM1.1 billion pada tahun 2005 ke RM3.4 billion pada tahun 2015.
Data menunjukkan Malaysia tidak mampu mengeluarkan makanan yang cukup kecuali untuk produk daging dan ikan.
Malah, pengeluaran makanan juga semakin menurun untuk beberapa produk termasuk buah-buahan dan sayur-sayuran.
Dalam 10 tahun yang lalu juga import produk tenusu Malaysia meningkat dua kali ganda dari RM1.3billion pada tahun 2005 ke RM2.6billion pada tahun 2014.
Kebanyakkan produk yang diimport dari beberapa negara spesifik. Sebagai contoh, 70 peratus dari daging lembu dalam negara diiimport dan daging ini diimport dari dua negara sahaja iaitu Australia dan India. 54 peratus dari produk tenusu dalam pasaran di Malaysia diimport dari New Zealand dan diikuti Amerika Syarikat.
Nuradilla Noorazam
Mon Aug 29 2016
![Masih ramai rakyat Malaysia terbeban dengan kos harga makanan tinggi Masih ramai rakyat Malaysia terbeban dengan kos harga makanan tinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-11/81447058027_KosSaraHidupBUDGET.jpg)
Jelas, kenaikan harga makanan mempunyai kesan langsung kepada kos sara hidup. - Gambar fail
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [18 Julai 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Farhan Hakimi
1. Telefon bimbit dipercayai milik Nur Farah Kartini ditemui dalam parit
2. Tiada keperluan tukar nama, George Town dikenali semua
3. ‘The Experts’ gegarkan 18 pawagam di Kemboja
1. Telefon bimbit dipercayai milik Nur Farah Kartini ditemui dalam parit
2. Tiada keperluan tukar nama, George Town dikenali semua
3. ‘The Experts’ gegarkan 18 pawagam di Kemboja
![Bangladesh tutup semua universiti susulan protes antikuota Bangladesh tutup semua universiti susulan protes antikuota](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721261833_tbquotasystem.jpg)
Bangladesh tutup semua universiti susulan protes antikuota
Sekurang-kurangnya enam maut dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh.
![Polis buru penunggang motosikal bonceng pocong Polis buru penunggang motosikal bonceng pocong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721260802_tbmemboncengpocong.jpg)
Polis buru penunggang motosikal bonceng pocong
Ini bagi menghilangkan rasa resah masyarakat selain bagi memastikan kejadian sebenar di sebalik rakaman CCTV itu.
![Isu pembelajaran digital AI antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini Isu pembelajaran digital AI antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51710125896_BangunanParlimen.jpg)
Isu pembelajaran digital AI antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Berdasarkan aturan mesyuarat, isu itu akan dibangkitkan dalam sesi soal jawab lisan, bagi hari terakhir sidang.
Kapal tentera laut AS, USS Blue Ridge (LCC19) berlabuh di Klang
Ketibaan kapal tentera laut Amerika Syarikat, USS Blue Ridge (LCC19) di Pelabuhan Klang pada Rabu menandakan komitmen Amerika Syarikat dalam memperkukuh hubungan dengan Malaysia.
Perkara itu disuarakan Pegawai Pemerintah Armada Ketujuhnya, Kapten Nicholas C. DeLeo, yang berkata aspek yang akan diperkasakan adalah ketenteraan dan keselamatan maritim yang terjalin dengan Malaysia sejak tahun 1957.
Perkara itu disuarakan Pegawai Pemerintah Armada Ketujuhnya, Kapten Nicholas C. DeLeo, yang berkata aspek yang akan diperkasakan adalah ketenteraan dan keselamatan maritim yang terjalin dengan Malaysia sejak tahun 1957.
Malaysia-Iran: Halu tuju kerjasama tidak akan dipengaruhi pihak asing
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata hala tuju kerjasama Malaysia-Iran tidak akan dipengaruhi campur tangan atau pengaruh pihak asing sebaliknya berpandu sepenuhnya kepada manfaat dan kemakmuran rakyat kedua-dua negara.
![Perniagaan, organisasi disaran teroka ketersambungan internet ultra laju - Gobind Perniagaan, organisasi disaran teroka ketersambungan internet ultra laju - Gobind](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41717664927_TBGobindSingh.jpg)
Perniagaan, organisasi disaran teroka ketersambungan internet ultra laju - Gobind
Ketersambungan Internet yang pantas dan boleh dipercayai menjadi tulang belakang untuk pembangunan ekonomi.
Malaysia hasrat tingkat ekonomi menerusi BRICS
Malaysia berharap dapat meningkatkan peluang kerjasama ekonomi melalui platform BRICS sebagai alternatif mengurangkan kebergantungan kepada pasaran tradisional.
BRICS yang ditubuhkan pada 2009, adalah platform kerjasama untuk ekonomi yang sedang pesat membangun merangkumi Brazil, Rusia, India dan China dengan Afrika Selatan menyertai kumpulan itu pada 2010.
BRICS yang ditubuhkan pada 2009, adalah platform kerjasama untuk ekonomi yang sedang pesat membangun merangkumi Brazil, Rusia, India dan China dengan Afrika Selatan menyertai kumpulan itu pada 2010.
Tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Isu embelajaran digital untuk kecerdasan buatan, AI, bantuan untuk usahawan bumiputera Sarawak dan kemudahan pelupusan sisa pepejal antara yang akan menjadi tumpuan di Dewan Rakyat hari ini
Bangladesh tutup semua universiti kerana protes antikuota
Bangladesh mengumumkan akan menutup semua universiti awam dan swasta susulan protes pelajar terhadap sistem kuota dalam pekerjaan sektor kerajaan semakin memuncak, minggu ini.
![Ringgit diniagakan dalam jajaran kecil berbanding dolar AS Ringgit diniagakan dalam jajaran kecil berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41710249071_TBringgitmalaysia.jpg)
Ringgit diniagakan dalam jajaran kecil berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.6765/6800 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.6805/6830 pada Isnin.
![Inflasi keseluruhan Malaysia diunjur 3.2-3.3 peratus tahun ini - Firma penyelidikan Inflasi keseluruhan Malaysia diunjur 3.2-3.3 peratus tahun ini - Firma penyelidikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81705960397_EkonomiMalaysia.jpg)
Inflasi keseluruhan Malaysia diunjur 3.2-3.3 peratus tahun ini - Firma penyelidikan
MIDF Research berkata persekitaran inflasi yang rendah itu berkemungkinan berlanjutan sehingga suku pertama 2024.
![Sate ayam 40 sen di Jitra Sate ayam 40 sen di Jitra](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81698551321_sate.jpg)
Sate ayam 40 sen di Jitra
Peniaga, Muhammad Khairul Fikri Abdu Kadirl, 30, berkata, dia menawarkan sate pada harga mampu milik di gerainya Sate Batas Ban yang dibuka sejak enam bulan lepas.
![Pelanggan terkejut sepotong kaki ayam goreng RM1 Pelanggan terkejut sepotong kaki ayam goreng RM1](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/41695114763_TBkakiayam.jpg)
Pelanggan terkejut sepotong kaki ayam goreng RM1
Seorang wanita terkejut apabila perlu membayar RM1 untuk sepotong kaki ayam goreng yang dibeli dari sebuah kedai di Kuala Nerus pada Selasa.
![Harga makanan dijangka terus naik pada Ramadan, Aidilfitri Harga makanan dijangka terus naik pada Ramadan, Aidilfitri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/41679206808_BazarRamadan.jpg)
Harga makanan dijangka terus naik pada Ramadan, Aidilfitri
Harga makanan dijangka terus meningkat semasa Ramadan dan perayaan Hari Raya Aidilfitri.
![Harga makanan di kantin sekolah tidak akan naik - KPM Harga makanan di kantin sekolah tidak akan naik - KPM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/81678877678_FadhlinaSidek.jpg)
Harga makanan di kantin sekolah tidak akan naik - KPM
Fadhlina menjelaskan, harga makanan di kantin sekolah adalah berdasarkan garis panduan dan perjanjian antara pengusaha dan pihak sekolah.
![KPDN cadang kedai makan perkenal Menu Rahmah bawah RM5 KPDN cadang kedai makan perkenal Menu Rahmah bawah RM5](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/41674800881_SalahuddinAyub.jpg)
KPDN cadang kedai makan perkenal Menu Rahmah bawah RM5
Menu Rahmah yang terdiri daripada nasi, ayam atau ikan dan sayur itu dijangka mendapat persetujuan daripada beberapa persatuan kedai makanan.
!['Mustahil nak turunkan harga makanan' 'Mustahil nak turunkan harga makanan'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/41674612570_HargaMakanan.jpg)
'Mustahil nak turunkan harga makanan'
Kebanyakan peniaga di gerai makan mengakui terpaksa menaikkan harga makanan sebanyak 40 peratus berbanding sebelum ini.
![Harga makanan, minuman di restoran masih tinggi walaupun harga bahan mentah telah turun - Rafizi Harga makanan, minuman di restoran masih tinggi walaupun harga bahan mentah telah turun - Rafizi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/71674290033_RafiziRamliKonven.jpg)
Harga makanan, minuman di restoran masih tinggi walaupun harga bahan mentah telah turun - Rafizi
Rafizi menegur sikap sesetengah peniaga restoran dan kedai makan yang masih enggan menurunkan harga makanan dan minuman mereka, meskipun harga bahan mentah di pasaran telah turun.
![Sumber luar dikenal pasti untuk tampung bekalan telur - Mat Sabu Sumber luar dikenal pasti untuk tampung bekalan telur - Mat Sabu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/81600840327_MatSabu.jpg)
Sumber luar dikenal pasti untuk tampung bekalan telur - Mat Sabu
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan telah mengenalpasti beberapa sumber dari luar negara untuk menampung keperluan bekalan telur ayam dalam negara sebagai pelan jangka pendek.