Malaysia Airline (MAS) menyifatkan pendekatan menambah had kebenaran tambahan bagasi 10 kilogram percuma bagi setiap kelas penerbangannya adalah satu usaha untuk lebih kompetetif berbanding syarikat penerbangan lain.
Menurut ketua perkhidmatan lapangan terbang bahagian perkhidmatan pelanggannya, Jaafar Derus, perkhidmatan yang diperkenalkan mulai 15 Februari itu adalah sebahagian daripada strategi syarikat menghadapi persaingan sengit dalam industry.
Menurut Jaafar dalam satu sidang media, tambahan 10 kilogram bagasi percuma itu dijangka memberi kelebihan kepada MAS berbanding pesaing, khususnya syarikat tambang murah yang mengenakan bayaran untuk setiap bagasi didaftar masuk.
Di bawah garis panduan bagasi baru itu, kelas ekonomi dibenarkan membawa 30 kilogram, kelas bisnes 40 kilogram dan kelas pertama 50 kilogram berat bagasi percuma.
Selain itu MAS turut memperkenalkan kadar baru caj untuk lebihan bagasi.
Ia dikira mengikut blok dengan setiap blok mengandungi 5 kilogram dan kadar bayaran pula akan dikira mengikut zon penerbangan.
Bagi zon satu melibatkan destinasi dalam Malaysia dan negara ASEAN, caj yang akan dikenakan ialah Rm30 bagi lebihan satu blok 5 kilogram.
Kadar Rm60 dikenakan kepada sektor luar Malaysia dan ASEAN, iaitu India, China, Sri Lanka, Maldives, Hong Kong, China, Taiwan, Bangladesh, Nepal, Jepun, Korea, New Zealand dan Australia.
Kadar antara benua iaitu Rm90 pula dikenakan kepada semua penerbangan di antara Malaysia dan Jeddah, London, Amsterdam, Paris, Frankfurt dan Istanbul.
Astro Awani
Sat Feb 16 2013
Pengebumian jenazah Tan Sri Datuk Seri Ahmad
Pengebumian jenazah Tan Sri Datuk Seri Ahmad Nawab di Tanah Perkuburan Raudathul Sakinah.
Mengenang Legasi Seniman Negara Tan Sri Ahmad Nawab
Di jam ini kita bersama dengan penerbit dan penulis lirik Datuk Habsah Hassan untuk kita singkap pandangan peribadi terhadap Allayarham dan bagaimana legasi ditinggalkan arwah memberi kesan.
Ribut Bert landa UK, tiga maut
Kesemua mangsa maut dalam insiden jalan raya ketika ribut melanda di Hampshire, Lancashire dan Trefriw, North Wales.
"His name is gonna be there forever, tak akan pudar" - Datuk DJ Dave
Kebanyakan lagu-lagu raya yang hit adalah dari hasil karya Allahyarham Tan Sri Ahmad Nawab. Nama dan lagu beliau tidak akan dilupakan dan sentiasa akan berkumandang dicorong-corong radio dan televisyen.
#AWANInews
#AWANInews
"Arwah selalu nasihatkan saya, disiplin itu penting" - Datuk DJ Dave
Penyanyi veteran dan Pengerusi Yayasan Artis Veteran (YKAT), Datuk DJ Dave berkongsi pengalaman dan kenangan ketika bekerja dengan Allahyarham Tan Sri Ahmad Nawab.
#AWANInews
#AWANInews
"Allahyarham seperti bapa dan ajar tentang hidup di KL" - Ramlah Ram
"Dialah guru, bapa saya, ambil berat mengenai saya. Lagu saya dari awal memang daripada arwah. Saya belajar hidup di Kuala Lumpur pun dengan arwah," kata Ramlah Ram.
COP29: Perumahan sosial di Kemboja tangani perubahan iklim
Dalam temu bual eksklusif bersama Mao Vibal,Timbalan Setiausaha Kementerian Negeri Kemboja, kita mendalami bagaimana projek perumahan sosial di negara ini membantu menangani cabaran perubahan iklim. Mao Vibal berkongsi pandangannya mengenai pendekatan inovatif yang digunakan untuk membangunkan perumahan yang tahan terhadap kesan perubahan iklim, termasuk penggunaan bahan mesra alam dan reka bentuk yang lebih mampan. Temu bual ini memberi tumpuan kepada impak sosial dan ekonomi dari inisiatif ini, serta bagaimana ia memberi peluang kepada komuniti yang paling terdedah kepada perubahan iklim di Kemboja.
Jenazah Ahmad Nawab selesai disolatkan, akan dikebumi sebelum tengah hari
Jenazah tiba kira-kira jam 9 pagi tadi dan disambut ahli keluarga, saudara-mara dan rakan-rakan artis.
Jiwa SME: Merintis perniagaan sepenuhnya milik rakyat Malaysia di Korea Selatan
Ikuti cerita Kim Seri dan Aira Saraan yang menjadi perintis kepada peniagaan sepenuhnya milik rakyat Malaysia di Korea Selatan.
Kontrak niaga hadapan MSM dijangka meningkat minggu ini
Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dalam kecenderungan meningkat minggu ini, didorong oleh aktiviti pembelian semasa harga murah selepas penjualan menurun baru-baru ini. Peniaga minyak sawit David Ng menjangkakan harga akan meningkat antara RM4,600 dan RM4,900 setiap tan minggu ini.
MAS kenalkan kadar baru untuk lebihan bagasi
Tambahan 10 kilogram bagasi percuma dijangka memberi kelebihan kepada MAS berbanding pesaing, khususnya syarikat tambang murah.