SHANGHAI: Kementerian Perladangan dan Komoditi yakin eksport minyak sawit dan produk-produk berkaitan minyak sawit Malaysia ke China akan terus meningkat tahun ini, dengan permintaan yang lebih tinggi terutamanya daripada sektor oleokimia dan makanan haiwan yang berkembang pesat di republik itu.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan Malaysia untuk mengukuhkan lagi hubungan perdagangan dengan China, negara itu secara proaktif meneroka cara-cara inovatif bagi memaksimumkan nilai dan fleksibiliti minyak sawit dan meluaskan jangkauannya ke pelbagai pasaran.
"Perdagangan ini mencerminkan intipati perkongsian kami - saling menghormati, persefahaman dan visi bersama untuk masa depan yang mampan dan makmur. Seperti yang diingatkan oleh satu pepatah Cina yang terkenal: 'Sebatang pokok tidak menjadikannya hutan; satu tali gitar tidak boleh menghasilkan muzik'.
"Ini (pepatah) secara indah merangkum semangat kerjasama dan pertumbuhan bersama yang dialami oleh kedua-dua negara ini. Sama seperti mencipta muzik dengan lebih daripada satu tali, kesinambungan dan kejayaan perdagangan minyak sawit ini terletak pada usaha bersama dan hubungan harmoni di antara kami," katanya dalam ucaptama di mesyuarat Meja Bulat Peringkat Tinggi bersama Pemegang Taruh Utama Minyak Sawit di sini, hari ini.
Fadillah memberitahu tahun lepas sahaja, eksport minyak sawit dan produk-produk berkaitan minyak sawit dari Malaysia ke China mencecah AS$3.72 bilion atau RM14.86 bilion.
Jumlah yang besar itu membentuk 11.4 peratus daripada jumlah eksport Malaysia bagi derivatif sawit di seluruh dunia, yang bersamaan dengan RM130.25 bilion.
Beliau menekankan bahawa perdagangan dua hala adalah kerjasama menang-menang kerana ia memberi manfaat kepada kedua-dua negara iaitu China dan Malaysia dan ini termasuklah institusi kewangan, syarikat logistik dan industri lain yang mempunyai kesan gandaan.
"Kita tidak seharusnya mengabaikan peluang pekerjaan yang dijana oleh sektor langsung dan tidak langsung berkaitan perdagangan minyak sawit. Dalam hal ini, kita mesti terus mencari jalan untuk menambah baik perdagangan minyak sawit, yang menguntungkan kedua-dua negara.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 14 2023
Fadillah memberitahu tahun lepas sahaja, eksport minyak sawit dan produk-produk berkaitan minyak sawit dari Malaysia ke China mencecah AS$3.72 bilion atau RM14.86 bilion. - Foto BERNAMA
Malaysia harap gencatan senjata di Gaza berterusan - PM
Malaysia juga akan melakukan apa sahaja dalam mencapai hal tersebut termasuk melakukan libat urus secara langsung dengan wakil Amerika Syarikat (AS), selain memanfaatkan hubungan baik dengan Mesir dan Hamas.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 16 Januari 2025.
MyCC tumpaskan lima kes kartel libatkan penalti RM415.5 juta tahun lepas - Armizan
Sebanyak RM1.5 juta penalti kewangan turut dikenakan terhadap 15 syarikat kerana terlibat dalam kartel tipuan bida.
PM Anwar kunjungi Battersea Power Station, projek pembangunan semula terbesar di Eropah
Kunjungan tersebut antaranya untuk melihat projek pembangunan semula seluas 42 ekar yang berpusat di sekitar Battersea Power Station.
Penganiyaan haiwan: Jabatan Veterinar didakwa tidak siasat aduan
Jabatan Perkhidmatan Veterinar didakwa tidak menyiasat atau mengambil sebarang tindakan yang dilaporkan oleh aktivis kebajikan haiwan.
AWANI 7:45 [16/1/2025] – Hentikan Kekejaman Israel | Sejarah Jadi Bukti | Balasan Terima Tender Bekal Makanan | Mangsa Terperangkap
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Fauzi Zin
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Malaysia sanggup lakukan apa sahaja capai kedamaian Palestin.
- Penduduk Palestin masih skeptikal gencatan senjata Israel.
- Pengarah syarikat direman, terima rasuah hampir RM1 juta.
- Banjir di Sandakan semakin memburuk, hampir tenggelam.
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Malaysia sanggup lakukan apa sahaja capai kedamaian Palestin.
- Penduduk Palestin masih skeptikal gencatan senjata Israel.
- Pengarah syarikat direman, terima rasuah hampir RM1 juta.
- Banjir di Sandakan semakin memburuk, hampir tenggelam.
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
AWANI Ringkas: Remaja maut jatuh dari tingkat 14 pangsapuri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Video tular kakitangan Puspakom ditampar pelanggan berlaku November lepas
ACP Raub Selamat dalam kenyataan berkata pihaknya menerima video itu kira-kira 3 petang tadi menerusi satu pautan di aplikasi X.
Perbicaraan Ebit Lew: Mesej WhatsApp dipadam, gagal diperoleh semula
Saksi ke-15 mengakui telah melakukan analisis terhadap dua kad SIM milik pengadu dan satu milik Lew menggunakan perisian khas.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
KPK yakin sasaran RM28 bilion eksport industri kayu dapat dicapai menjelang 2025
KPK yakin sasaran nilai eksport kayu dan produk kayu sebanyak RM28 bilion menjelang 2025 akan dapat dicapai seperti yang digariskan dalam Dasar Agrikomoditi Negara 2030.
Kementerian Perladangan dan Komoditi sedang teliti pertindihan tugas, peranan agensi
Kementerian Perladangan dan Komoditi sedang meneliti peranan agensi-agensi di bawah kementerian berkenaan untuk mengenal pasti sama ada wujud pertindihan tugas dan peranan.
Usaha semula ladang tidak ditoreh untuk tingkat hasil getah negara - Johari
Ia penting bagi memperkasakan semula industri getah negara sekali gus mengurangkan import getah yang mencecah hampir RM6 bilion.
Belanjawan 2025: KPK kemuka dua cadangan perkasa industri sawit
Kementerian Perladangan dan Komoditi mengemukakan dua cadangan untuk dimasukkan dalam Belanjawan 2025 bagi memperkasakan industri sawit.
Harga minyak sawit tidak kompetitif jika WPL tidak disemak semula - Johari Ghani
Harga minyak sawit akan menjadi tidak kompetitif berbanding dengan negara-negara pengeluar lain jika levi keuntungan luar biasa (WPL) terhadap minyak sawit di negara ini tidak disemak semula.
Sektor perladangan digesa tingkat penggunaan teknologi, elak penebangan hutan
Perladangan antara sektor terbesar yang menyumbang kepada ekonomi negara dan Perdana Menteri mahu melihat ia memenuhi beberapa aspek.
Model konsolidasi, kluster berpusat tangani kekurangan pekerja industri getah
Strategi dilaksanakan KPK turut melibatkan beberapa agensi pelaksana lain, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan swasta dalam rantaian bekalan.
KPK ambil tindakan tegas pamer label diskriminasi minyak sawit
KPK memandang serius isu berkenaan dan tindakan tegas akan diambil terhadap pengimport, pengedar, penjual dan pihak berkaitan yang melakukan kesalahan tersebut.
Kerajaan setuju benarkan sektor perladangan ambil pekerja asing
Kerajaan bersetuju membenarkan pengambilan pekerja asing khusus untuk sektor perladangan di bawah Kementerian Perladangan dan Komoditi.