KUALA LUMPUR: Malaysia tidak mampu untuk menarik diri daripada Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) berikutan perjanjian itu penting untuk perdagangan negara pada masa depan.
Menurut Syarikat Pertengahan Konsortium Malaysia (MCMTC), bukan seperti perjanjian perdagangan lain, CPTTP bukan sahaja membuka perdagangan tetapi turut membawa bantuan teknikal dan pemindahan teknologi/pengetahuan, yang penting untuk pembinaan kapasiti bagi perniagaan tempatan.
"MCMTC bersama dengan Persekutuan Pekilang-pekilang Malaysia (FMM) menentang gesaan daripada pihak tertentu yang menggesa kerajaan menarik diri daripada CPTPP yang telah lama ditunggu, yang berkuat kuasa mulai 29 Nov 2022," kata Presiden Callum Chen dalam kenyataan hari ini.
Katanya kelewatan dalam meratifikasi telah menyebabkan Malaysia kehilangan kelebihan dari segi pelaburan langsung asing (FDI), apabila Vietnam, yang telah menandatangani lebih awal pada Januari 2019, telah menjadi batu loncatan kepada Kanada ke pasaran ASEAN melalui CPTPP.
"Banyak telah diperkatakan mengenai kos berbanding faedah CPTPP. Malaysia adalah sebuah negara yang kecil dari segi jumlah penduduk dan keluasan tanah tetapi dari segi perdagangan, kita berada di kedudukan ke-25 di dunia.
"Kita telah menjadi sebahagian daripada rantaian bekalan global," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 04 2022
![Malaysia tidak mampu untuk tarik diri daripada CPTPP - MCMTC Malaysia tidak mampu untuk tarik diri daripada CPTPP - MCMTC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/51670133291_Bajet.jpg)
MCMTC berkata, CPTTP bukan sahaja membuka perdagangan tetapi turut membawa bantuan teknikal dan pemindahan teknologi/pengetahuan, yang penting untuk pembinaan kapasiti bagi perniagaan tempatan. - Gambar hiasan
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81714017901_AlexanderNantaLing.jpg)
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Kedua-dua negara juga berhasrat memperkukuhkan kerjasama mengenai perkongsian maklumat dalam pengurusan dan penyelenggaraan lebuh raya, cerun serta pertukaran tenaga kepakaran dan teknikal.
![CPTPP bantu Malaysia raih FDI RM14.9 bilion pada suku ketiga 2023 -- Tengku Zafrul CPTPP bantu Malaysia raih FDI RM14.9 bilion pada suku ketiga 2023 -- Tengku Zafrul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/51697859379_ZafrulAziz.jpg)
CPTPP bantu Malaysia raih FDI RM14.9 bilion pada suku ketiga 2023 -- Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata FDI dari Jepun meningkat sebanyak RM4 bilion manakala dari Australia naik sebanyak RM1 bilion berbanding 2022.
![Banyak syarikat gagal manfaatkan pengurangan duti import CPTPP, RCEP - MITI Banyak syarikat gagal manfaatkan pengurangan duti import CPTPP, RCEP - MITI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/71690209333_MITIMalaysia.jpg)
Banyak syarikat gagal manfaatkan pengurangan duti import CPTPP, RCEP - MITI
MITI menghadapi cabaran untuk meningkatkan kadar penggunaan atau pemanfaatan CPTPP dan RECEP oleh syarikat tempatan walaupun telah dikuatkuasakan sejak 2022.
![MITI akan pastikan usahawan Bumiputera, GLC peroleh manfaat CPTPP MITI akan pastikan usahawan Bumiputera, GLC peroleh manfaat CPTPP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/61625848945_TBMiti.jpg)
MITI akan pastikan usahawan Bumiputera, GLC peroleh manfaat CPTPP
Pelbagai inisiatif jangka pendek dan panjang dirangka dan dilaksanakan termasuk program pembangunan pengeksport dan penggalakan eksport.
![Malaysia-Vietnam akan manfaatkan RCEP, CPTPP - Tengku Zafrul Malaysia-Vietnam akan manfaatkan RCEP, CPTPP - Tengku Zafrul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/81689920187_anwar.jpg)
Malaysia-Vietnam akan manfaatkan RCEP, CPTPP - Tengku Zafrul
Katanya, RCEP dan CPTPP akan mempertingkatkan usaha pemulihan ekonomi yang sedang dilaksanakan oleh kedua-dua negara, pascapandemik.
![Industri minyak sawit Malaysia akan raih manfaat penyertaan UK dalam CPTPP - Penganalisis Industri minyak sawit Malaysia akan raih manfaat penyertaan UK dalam CPTPP - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/61676734266_MinyakSawitMalays.jpg)
Industri minyak sawit Malaysia akan raih manfaat penyertaan UK dalam CPTPP - Penganalisis
Industri minyak sawit Malaysia adalah antara sektor yang akan menerima manfaat daripada penyertaan UK dalam CPTPP.
![Kelulusan keahlian CPTPP baharu berdasarkan konsensus - Tengku Zafrul Kelulusan keahlian CPTPP baharu berdasarkan konsensus - Tengku Zafrul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/81689594448_ZafrulTengkuAbdul.jpg)
Kelulusan keahlian CPTPP baharu berdasarkan konsensus - Tengku Zafrul
Kelulusan keahlian Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) yang baharu mesti berdasarkan konsensus.
![United Kingdom kini sah sertai CPTPP, jadi FTA pertama dengan Malaysia United Kingdom kini sah sertai CPTPP, jadi FTA pertama dengan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/61632046196_TBCPTPP.jpg)
United Kingdom kini sah sertai CPTPP, jadi FTA pertama dengan Malaysia
United Kingdom (UK) hari ini secara rasmi menyertai Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP).
![MITI fokus integrasi PKS, ekonomi digital ke dalam rantaian bekalan global MITI fokus integrasi PKS, ekonomi digital ke dalam rantaian bekalan global](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/61682510264_TengkuZafrul.jpg)
MITI fokus integrasi PKS, ekonomi digital ke dalam rantaian bekalan global
MITI bakal membincangkan berkenaan ekonomi digital, ekonomi hijau, dan integrasi PKS Malaysia ke dalam rantaian bekalan global ketika Mesyuarat Suruhanjaya ke-7 CPTPP di New Zealand.
![Penyertaan UK dalam Perjanjian Trans-Pasifik buka peluang kepada Malaysia - Fahmi Penyertaan UK dalam Perjanjian Trans-Pasifik buka peluang kepada Malaysia - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/81684212015_TBFahmiFadzil.jpg)
Penyertaan UK dalam Perjanjian Trans-Pasifik buka peluang kepada Malaysia - Fahmi
Fahmi berkata, UK ialah sebuah negara yang memfokuskan inovasi dan menjadi negara peneraju ketiga di dunia dalam inovasi selepas Amerika Syarikat dan China.