KUALA LUMPUR: Kemasukan United Kingdom (UK) ke dalam Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) membuka peluang kepada Malaysia untuk menjadi hab dan pelantar pelancar digital untuk Asia Tenggara, kata Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.
Beliau berkata, slogan 'Malaysia Truly Asia' boleh diposisikan semula sebagai 'Malaysia through to Asia' dalam dunia digital dengan dasar baharu negara, seiring dengan pentadbiran baharunya, kestabilan politik dan potensi untuk pertumbuhan ekonomi.
"Jika kami berupaya untuk memanfaatkan sepenuhnya potensi sektor teknologi dan mengubah Malaysia sepenuhnya kepada sebuah hab serantau, bukan hanya sebagai sebuah pusat data tetapi untuk syarikat teknologi juga, kami akan membolehkan Malaysia merasai pengalaman dekad keemasan digital dan insya-ALLAH Malaysia akan muncul sebagai harimau digital ASEAN,” kata beliau semasa Majlis Makan Tengah Hari Perangkaian Kementerian dengan Pusat Data dan Industri Awan di sini hari ini.
Fahmi berkata, UK ialah sebuah negara yang memfokuskan inovasi dan menjadi negara peneraju ketiga di dunia dalam inovasi selepas Amerika Syarikat dan China.
Dilaporkan bahawa UK adalah negara pertama Eropah yang mempunyai wawasan dan komitmen untuk menyertai CPTPP.
Semasa majlis makan tengah hari itu, kira-kira 19 syarikat di bawah Pusat Data dan Industri Awan dianugerahkan status Digital Malaysia (MD) sejak pelancaran inisiatif strategik negara dengan jumlah pelaburan mencecah RM59.34 bilion dan mewujudkan 952 pekerjaan.
Fahmi juga menyampaikan sijil status MD kepada enam syarikat yang telah membuat komitmen pelaburan berjumlah lebih daripada RM12 bilion, iaitu Amazon Web Services (AWS), AirTrunk, Equinix, EdgeConneX, K2 Data Centres dan Infinaxis Data Center Holdings.
Sementara itu, empat syarikat tempatan juga mendapat penghargaan atas sumbangan mereka kepada pusat data, industri awan dan pembangunan ekosistem, iaitu AIMS Data Centre, HeiTech Managed Services (HMS), CSF Advisers and Exabytes.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching, Pengerusi Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Syed Ibrahim Syed Noh dan Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Mahadhir Aziz turut hadir di majlis itu.
- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 22 2023
![Penyertaan UK dalam Perjanjian Trans-Pasifik buka peluang kepada Malaysia - Fahmi Penyertaan UK dalam Perjanjian Trans-Pasifik buka peluang kepada Malaysia - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/81684212015_TBFahmiFadzil.jpg)
Fahmi berkata, UK ialah sebuah negara yang memfokuskan inovasi dan menjadi negara peneraju ketiga di dunia dalam inovasi selepas Amerika Syarikat dan China. - Gambar fail/BERNAMA
![Angka kematian di Gaza meningkat kepada 38,153 Angka kematian di Gaza meningkat kepada 38,153](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719304919_TBisraelairstrike.jpg)
Angka kematian di Gaza meningkat kepada 38,153
Angka kematian rakyat Palestin akibat serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 38,153, kata Pihak Berkuasa Kesihatan Gaza dalam satu kenyataan pada Ahad.
Rafah kini dilitupi debu, runtuhan bangunan memenuhi bandar
Dulunya Rafah sibuk dengan urusan seharian penduduk namun kini ia umpama bandar hantu yang diliputi debu, sunyi hampir sepanjang masa.
Kiswah Kaabah ditukar, petanda permulaan Tahun Baharu Hijri
Meneruskan tradisi turun-temurun, penutup baharu untuk Kaabah, dikenali sebagai Kiswah dipasang pada Ahad, menandakan Tahun Baru Hijrah di Mekah, Arab Saudi.
Selepas Sarawak, Pulau Pinang minat anjur bersama - Hannah
Pulau Pinang menjadi negeri terbaharu selepas Sarawak untuk menjadi hos bersama penganjuran temasya Sukan SEA 2027.
Sentimen Islam, perkauman punca kekalahan di Sg Bakap
Isu sentimen agama Islam terancam dan perkauman yang dimanipulasi parti pembangkang dilihat sebagai antara punca utama kekalahan Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Bakap pada Sabtu.
KPM pastikan tiada pelajar cemerlang tercicir - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) memberi jaminan isu pelajar cemerlang 10A Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang belum mendapat tempat untuk melanjutkan pengajian akan diselesaikan.
Heret pelaku ke muka pengadilan
Membahaskan LKAN di Parlimen tanpa mengambil sebarang timdakan susulan daripada hasil penemuan itu tidak akan memperbaiki tatakelola agensi kerajaan.
Nota diplomatik kepada PBB tegaskan kedaulatan Malaysia
Mengesahkan perkara itu, Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata nota diplomatik itu juga turut menjelaskan kedaulatan negara yang merangkumi Sabah dan Sarawak seperti termaktub dalam Perlembagaan.
AWANI Ringkas: Nota diplomatik diserah kepada PBB
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![6 cedera hari pertama festival larian lembu di Sepanyol 6 cedera hari pertama festival larian lembu di Sepanyol](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720276393_TBpamplona.jpg)
6 cedera hari pertama festival larian lembu di Sepanyol
Seramai enam orang cedera pada hari pertama acara larian lembu tahun ini di Pamplona, Sepanyol, menurut pegawai perubatan pada Ahad.
![Penyertaan UK dalam Perjanjian Trans-Pasifik buka peluang kepada Malaysia - Fahmi Penyertaan UK dalam Perjanjian Trans-Pasifik buka peluang kepada Malaysia - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/81684212015_TBFahmiFadzil.jpg)
Penyertaan UK dalam Perjanjian Trans-Pasifik buka peluang kepada Malaysia - Fahmi
Fahmi berkata, UK ialah sebuah negara yang memfokuskan inovasi dan menjadi negara peneraju ketiga di dunia dalam inovasi selepas Amerika Syarikat dan China.
![Jepun jangka peluang perniagaan meningkat di bawah TPP Jepun jangka peluang perniagaan meningkat di bawah TPP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-11/61448197744_ShinzoAbeASEAN.jpg)
Jepun jangka peluang perniagaan meningkat di bawah TPP
Jepun menjangka peluang perniagaan di Malaysia dan pasaran serantau akan meningkat dalam semua sektor di bawah Perjanjian Trans-Pasifik (TPPA) termasuk pertanian, perhutanan dan perikanan.