Malaysia akan mengenakan 4.5 peratus cukai eksport terhadap minyak sawit mentah (MSM) bagi April, tidak berubah daripada Mac, demikian menurut pekeliling Jabatan Kastam Diraja Malaysia yang dipaparkan pada laman web Lembaga Minyak Sawit Malaysia Jumaat.

Malaysia, pengeluar minyak sawit kedua terbesar dunia selepas Indonesia, menetapkan 4.5 peratus cukai eksport selepas harga MSM didagangkan melebihi RM2,250 satu tan.

Menurut pekeliling tersebut, harga rujukan RM2,383.84 setan bagi April secara efektif memastikan kadar tidak berubah bagi CPO.

Kadar cukai kekal berkuat kuasa mulai 1 hingga 30 April.