KUALA LUMPUR: Malaysia sebagai antara negara pengasas dan anggota Majlis Negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOC) menyokong sepenuhnya tindakan CPOPC mengemukakan bantahan kepada Belgium yang mahu mengharamkan penggunaan minyak sawit sebagai biobahan api di negara itu dalam tempoh terdekat.
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata bantahan itu dibuat melalui surat CPOPC bertarikh 24 Mei kepada Perdana Menteri Belgium, Alexander De Croo.
Beliau berkata tindakan negara itu adalah susulan pelaksanaan perundangan Arahan Tenaga Boleh Baharu Kesatuan Eropah (EU RED II) yang dikeluarkan Suruhanjaya Eropah selepas tindakan yang sama dibuat oleh Perancis dan Lithuania.
"Sebagai pengeluar kedua terbesar minyak sawit dunia, Malaysia amat kecewa dengan tindakan yang dilaksanakan tanpa mengambil kira kesungguhan dan usaha negara ini dalam memastikan industri sawit dilaksanakan dengan mampan.
"Langkah Belgium jelas bercanggah dengan prinsip amalan perdagangan bebas yang digariskan oleh Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) dan merupakan satu bentuk diskriminasi terhadap produk sawit Malaysia," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Mohd Khairuddin berkata, meskipun jumlah eksport biobahan api berasaskan sawit tempatan ke Belgium adalah kecil, namun tindakan itu boleh mempengaruhi negara lain dan seterusnya memberikan imej negatif terhadap industri sawit negara.
"Dalam hal ini, Malaysia menyeru agar Belgium dan EU serta negara anggotanya melihat kesan sekatan ini dengan lebih objektif," katanya.
Menurut beliau, pada 15 Januari, Malaysia telah memulakan tindakan undang-undang terhadap EU serta negara-negara anggotanya berkaitan pelaksanaan EU RED II dengan memfailkan permohonan untuk konsultasi melalui Mekanisme Penyelesaian Pertikaian di bawah WTO.
Mohd Khairuddin berkata proses tindakan undang-undang itu sedang dijalankan dan mengikut prosedur yang digariskan WTO.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 26 2021

Malaysia menyeru agar Belgium dan EU serta negara anggotanya melihat kesan sekatan ke atas minyak sawit ini dengan lebih objektif. - Gambar hiasan

Malaysia perlu perkukuh keselamatan siber menerusi kepakaran tempatan
Usaha berkaitan keselamatan siber negara perlu diterajui pakar tempatan bagi mengurangkan ketergantungan terhadap kepakaran dan penyelesaian luar negara.
MAIWP agih RM1.85 juta kepada 14 hospital & pusat perubatan
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, MAIWP memberikan sumbangan sebanyak RM1.87 juta kepada 14 hospital dan pusat perubatan menerusi Tabung Kebajikan Hospital.
Dialog Poket Rakyat: RUUKP: Kawal selia ‘Buy now pay later’
Sejauh mana Rang Undang Undang Kredit Pengguna (RUUKP) mengawal selia industri kredit Malaysia terutamanya kegiatan pemberi kredit perkhidmatan BNPL sekaligus melindungi pengguna kredit daripada terma urus niaga yang berat sebelah dan tatacara pengutipan hutang yang berhemah? Diskusi dan analisis Dialog Poket Rakyat jam 9 malam ini.

FBM KLCI ditutup tinggi seiring bursa serantau
FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mengakhiri minggu ini dengan meningkat sedikit, seiring dengan indeks serantau walaupun Wall Street mencatatkan prestasi lemah dalam tempoh semalaman.
Ismail Sabri keluar dari SPRM selepas hampir enam jam
Bekas Perdana Menteri ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob keluar dari Ibu Pejabat SPRM pada jam 5.42 petang, selepas selesai memberi keterangan hampir enam jam.
Aliff syukri diperintah bela diri kes video sumbang lagu raya
Datuk Aliff Syukri diperintah untuk membela diri oleh Makmah Sesyen hari ini atas empat pertuduhan berkaitan video raya berjudul 'Kelepok Raya'.
AWANI Sabah+: Suara generasi pelapis didengari, keperluan dipenuhi
Kepentingan generasi muda dalam mewarisi kepimpinan Sabah menjadikan pendidikan antara penekanan utama kerajaan negeri sekaligus memastikan kebajikan mahasiswa dan pelajar sentiasa diutamakan.
Statistik belia bankrap
Sejumlah 5,272 belia berusia 34 tahun ke bawah telah diisytiharkan muflis sejak 2020 hingga tahun ini.
AWANI Borneo [14/3/2025] – Jaminan keselamatan suri rumah| Pengemis cilik
AWANI Borneo bersama Pia Ernadya
1. Penjawat awam wanita diseru sertai SKSSR - CUEPACS
2. Pengemis cilik: Rakyat Malaysia pemurah, namun ada pihak ambil kesempatan
1. Penjawat awam wanita diseru sertai SKSSR - CUEPACS
2. Pengemis cilik: Rakyat Malaysia pemurah, namun ada pihak ambil kesempatan
7 kilang terbakar di Puchong
Tujuh buah kilang di Taman Industri Puchong, Selangor terbakar, dengan hampir 80 peratus struktur bangunan musnah.

EUDR: EU terbuka untuk turut serta, CPOPC cadang pasukan petugas libatkan pemegang kepentingan
Penglibatan berterusan penting dalam menjaga kepentingan industri, terutamanya bagi pekebun kecil di Malaysia dan Indonesia.

Harga sawit dijangka kekal kukuh pada 2022 - CPOPC
Pekebun kecil dijangka mengurangkan input kerana harga nitrogen dan fosfat telah melonjak sebanyak 50%-80% sejak pertengahan 2021.

Prospek industri minyak sawit pasca pandemik kekal cerah - CPOPC
Tahun ini, pengeluaran Malaysia dijangkakan sama seperti pada 2020 iaitu sebanyak 18.1 juta tan metrik.

Malaysia sokong CPOPC bantah tindakan Belgium
Bantahan dibuat melalui surat CPOPC bertarikh 24 Mei kepada Perdana Menteri Belgium, Alexander De Croo.