Malaysia sedia mempertimbang cadangan untuk menjadi hab industri francais Indonesia bagi membantu produk francais negara itu menembusi pasaran antarabangsa.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata cadangan berkenaan dikemukakan ahli perniagaan Indonesia pada sesi Dialog Perniagaan Malaysia-Indonesia sempena promosi francais Malaysia di sini, pada Sabtu.

"Kita akan menjadikan cadangan itu sebagai satu agenda dan akan membuat kajian menyeluruh mengenainya," katanya kepada wartawan Malaysia selepas mempengerusikan dialog berkenaan.