Pasaran modal dan portfolio aset kewangan semasa Malaysia yang bernilai RM5.5 trilion, mampu menyokong ekonomi negara di samping menampan sebarang kejutan luaran serta aliran keluar dana, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
Daripada jumlah itu, pasaran modal adalah bernilai RM3.1 trilion, terdiri daripada ekuiti (RM1.8 trilion) dan bon (RM1.3 trilion) manakala baki RM2.4 trilion merupakan aset kewangan.
"Inilah asas-asas yang kita ada. Kekuatan sistem kewangan, pasaran modal, sistem perbankan dan aset negara kita akan dapat bertahan daripada sebarang aliran keluar," katanya kepada pemberita selepas sesi dialog makan tengah hari bersama pengamal media di sini, pada Isnin.
Beliau berkata walaupun berlaku aliran keluar RM32 bilion pada suku pertama tahun ini, Malaysia masih mampu mengekalkan pertumbuhan ekonominya.
Johari turut berkata, kepelbagaian ekonomi dimiliki Malaysia, yang tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada perolehan minyak, telah berperanan penting membantu negara bertahan daripada kesan luaran dengan jangkaan ketidaktentuan harga komoditi dunia berpanjangan ditambah turun naik pasaran kewangan global akibat kesan pertukaran dasar di negara-negara seperti Amerika Syarikat.
"Sebagai ekonomi terbuka, kita perlu bersiap sedia. Kita telah mempelbagaikan perdagangan dan struktur ekonomi negara, mengukuhkan sistem kewangan, kerajaan dan modal insan. Inilah semua asas-asas kerajaan," katanya.
Johari berkata, pembangunan infrastruktur kukuh di negara ini seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Pelabuhan Tanjung Pelepas dan kemudahan Transit Aliran Massa (MRT), semuanya telah menyumbang secara positif kepada asas-asas yang baik bagi negara.
Dua krisis kewangan utama iaitu pada 1997/98 dan 2008/2009, yang menyaksikan Keluaran Dalam Negara Kasar Malaysia merosot dengan teruk, telah memperkukuhkan lagi sokongan kepada negara untuk kekal berdaya tahan pada masa depan.
"Dari semasa ke semasa, kita belajar daripada kelemahan kita," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 31 2017

JOHARI: Walaupun berlaku aliran keluar RM32 bilion pada suku pertama tahun ini, Malaysia masih mampu mengekalkan pertumbuhan ekonominya.- Gambar fail

Bekas Pengerusi 1MDB diasak soalan berhubung kenyataan bukan proksi Najib
Tan Sri Che Lodin Wok Kamaruddin, 75, diasak dengan soalan pasukan pendakwaan berkaitan kenyataan beliau bukan proksi kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mogok di Lapangan Terbang Munich jejaskan 80 peratus penerbangan
Syarikat penerbangan membatalkan 80 peratus penerbangan berjadual pada Khamis dan Jumaat.

Buka aib pasangan di media sosial bawa fitnah, perpecahan dalam keluarga - Mohd Na'im
Perbuatan membuka aib pasangan di khalayak ramai terutama di media sosial bertentangan dengan ajaran Islam serta nilai-nilai murni masyarakat.
AWANI Ringkas: Laporan Ketua Audit Negara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Dewan Rakyat lulus usul Laporan Ketua Audit Negara 1/2025
Dewan Rakyat hari ini meluluskan usul Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 1/2025 Penyata Kewangan Agensi Persekutuan Tahun 2023.
AWANI Tonight | 26 Feb 2025
#AWANITonight with Faye Kwan
-Govt mulls congestion charges in major cities to ease traffic
-M’sia Education Blueprint: Assessing 12 years of progress, challenges
-Govt mulls congestion charges in major cities to ease traffic
-M’sia Education Blueprint: Assessing 12 years of progress, challenges
AWANI Ringkas 27 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 27 Februari 2025
1️⃣ Polis kejar pajero, rampas 200Kg syabu
2️⃣ SPRM reman 5 penjawat awam berkaitan kilang e-waste
3️⃣ Peguam negara perlu kemuka pertuduhan baharu terhadap Najib
#awaniringkas
1️⃣ Polis kejar pajero, rampas 200Kg syabu
2️⃣ SPRM reman 5 penjawat awam berkaitan kilang e-waste
3️⃣ Peguam negara perlu kemuka pertuduhan baharu terhadap Najib
#awaniringkas

Malaysia sokong penuh keanggotaan Timor-Leste dalam ASEAN - Tengku Zafrul
Malaysia telah berperanan penting dalam memasukkan beberapa negara anggota ASEAN lain menyertai blok serantau ini.
AWANI Ringkas: polis kejar pajero, rampas 200kg syabu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI 7:45 [27/2/2025] – Nilai kemanusian dalam dunia Islam| Rakam keterangan saksi| Mayat tersangkut pada pokok tepi sungai| Sedang rangka mekanisme
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Nickyson Nyambar
Tumpuan #AWANI745 malam ini
-Pemimpin Islam utama kepentingan peribadi, kepercayaan makin terhakis
-SPRM panggil lapan lagi saksi, siasatan rasuah empat bekas pegawai Ismail Sabri
-Kehilangan dan kematian ada keraguan, polis siasat ibu bapa Hud Aryan
-Sasaran subsidi petrol RON95, dijangka pertengahan tahun ini
Tumpuan #AWANI745 malam ini
-Pemimpin Islam utama kepentingan peribadi, kepercayaan makin terhakis
-SPRM panggil lapan lagi saksi, siasatan rasuah empat bekas pegawai Ismail Sabri
-Kehilangan dan kematian ada keraguan, polis siasat ibu bapa Hud Aryan
-Sasaran subsidi petrol RON95, dijangka pertengahan tahun ini

Pertumbuhan Malaysia kekal di atas trend 4.5 peratus, dipacu pelaburan, penggunaan - UBS
Ahli Ekonomi Kanan ASEAN dan Asia UBS bank berkenaan Grace Lim berkata pertumbuhan eksport juga dijangka kekal positif.

Usaha basmi miskin tegar akan dilipat ganda, lebih agresif - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

China, Rusia komited dorong pembinaan multipolarisasi sama rata dan teratur
Kedua-dua negara juga perlu menjaga hak dan kepentingan negara Selatan Global dan menyokong globalisasi ekonomi yang inklusif.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Ekonomi negara kukuh, Kerajaan MADANI komited pastikan kesejahteraan rakyat - Ahmad Zahid
Kerajaan MADANI terus menunjukkan komitmen untuk memacu pembangunan ekonomi yang mampan dan berdaya saing bagi memastikan kesejahteraan rakyat terutamanya di kawasan luar bandar.

ASEAN berada di landasan jadi ekonomi keempat terbesar dunia menjelang 2030 - Nik Nazmi
ASEAN berada di landasan untuk muncul sebagai ekonomi keempat terbesar dunia menjelang 2030, namun memerlukan pertumbuhan inklusif bagi memastikan seluruh komuniti mendapat manfaat.

Ekonomi keempat terbesar: ASEAN perlu fokus pembangunan mampan – Nik Nazmi
Sasaran ASEAN untuk menjadi ekonomi keempat terbesar dunia tidak diletakkan hanya pada kemajuan ekonomi semata-mata.

Penggunaan data EO dorong tambahan AS$100 bilion kepada KDNK ASEAN - Laporan
Pertumbuhan itu dilihat menawarkan peluang besar bagi inovasi, daya tahan dan penyelesaian sektor swasta yang merentas industri.

Indeks pengeluaran industri Vietnam susut pada Januari
Indeks pengeluaran industri nasional Vietnam menyusut 9.2 peratus pada Januari berbanding bulan sebelumnya.

Perang Dagang Global: Tonjolkan ASEAN sebagai rantau dagang stabil, adil - Penganalisis
ASEAN perlu menonjolkan kelebihannya sebagai sebuah rantau dagang yang stabil dan adil kepada semua negara-negara dunia yang mahu menjalankan perniagaan.