KUALA LUMPUR: Malaysia akan dapat mengekalkan daya saingnya sebagai destinasi pelaburan langsung asing (FDI) yang menarik di rantau ini melalui dasar cukai yang lebih baik termasuk peraturan mesra alam untuk semua pelabur, kata seorang pakar ekonomi.
Profesor Ekonomi Malaysia University of Science and Technology (MUST), Prof Dr Geoffrey Williams berkata, dasar cukai yang lebih baik akan menjadikan persekitaran lebih mudah untuk menjalankan perniagaan dan secara tidak langsung akan menggalakkan lebih banyak syarikat untuk menyediakan pelbagai aset dan mengekalkan mereka di Malaysia.
"Kita sering bercakap mengenai kelulusan pelaburan dan melihat bahawa kelulusan pelaburan telah meningkat...itu adalah perkara yang baik. Ia menunjukkan bahawa Malaysia mampu menarik minat pelabur antarabangsa dan ia juga merupakan petunjuk positif," katanya pada "RAM Forum: Emerging Risks - How can Malaysia Steer Ahead?" (Forum RAM: Risiko Muncul - Bagaimana Malaysia Mengemudi ke Hadapan?) anjuran RAM Rating Services Bhd, hari ini.
Walaupun terdapat keperluan untuk mengawal aliran kewangan antarabangsa atas sebab keselamatan, sesebuah negara memerlukan peraturan minimum untuk menarik lebih ramai pelabur di seluruh dunia, katanya.
Williams berkata, kerajaan juga harus mempertimbangkan untuk menggalakkan syarikat sektor swasta memainkan peranan yang lebih besar untuk mengembangkan pembangunan perindustrian negara dengan pantas.
Selain daripada syarikat berkaitan kerajaan dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan, beliau berkata persekitaran pembangunan industri akan menjadi lebih tangkas dan berdaya saing dengan penglibatan sektor swasta.
Malaysia mencatatkan RM132.6 bilion dalam pelaburan atau kira-kira 60 peratus daripada sasaran pelaburan negara, pada separuh pertama tahun ini.
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, aliran masuk bersih FDI Malaysia berjumlah RM74.6 bilion pada 2022 berbanding RM50.4 bilion pada 2021. - BERNAMA
Bernama
Tue Oct 31 2023
Malaysia akan dapat mengekalkan daya saingnya sebagai destinasi pelaburan langsung asing (FDI) yang menarik di rantau ini melalui dasar cukai yang lebih baik. - Gambar hiasan
Penamatan SSA DNB-TM: Akses 5G pengguna tidak terjejas - Gobind
Beliau berkata perjanjian akses 5G antara DNB dan TM yang dimeterai pada 30 Okt 2022 adalah masih terpakai.
Hamas nyatakan sokongan kepada usaha tamatkan konflik
Hamas menyatakan bahawa pihaknya menyokong usaha merealisasikan perjanjian gencatan senjata di antara Israel dan Hezbollah bagi menamatkan konflik yang berlarutan di Lubnan ketika ini.
Pihak berkuasa Indonesia perhebat operasi SAR di Sumatera Utara
Pihak berkuasa Indonesia terus memperhebat operasi mencari dan menyelamat (SAR) dalam usaha mencari 15 mangsa yang dilaporkan maut dalam tragedi tanah runtuh dan banjir kilat yang melanda Sumatera Utara pada Sabtu.
AWANI Ringkas: MetMalaysia keluar amaran hujan sangat lebat berterusan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Malaysia kutuk ujian peluru berpandu Korea Utara – PM Anwar
Malaysia mengutuk ujian peluru berpandu balistik yang dijalankan oleh Korea Utara pada 31 Oktober lalu.
[TERKINI] Luruan monsun kuat hingga hujung bulan, amaran hujan berterusan
MetMalaysia jangkakan luruan monsun kuat berlanjutan hingga hujung bulan ini, berpotensi sebabkan hujan sangat lebat dan berterusan
Enam lelaki bertopeng samun tiga klogram emas
Enam lelaki bertopeng melarikan kira-kira tiga kilogram emas dalam kejadian samun di hadapan sebuah premis pemprosesan emas di Jalan Bendahara, Ipoh.
Gunung Dukono di Indonesia meletus, amaran penerbangan dikeluarkan
Letusan berlaku pada 9.43 pagi waktu tempatan, memuntahkan awan mengandungi abu tebal berwarna putih hingga kelabu setinggi 4,600 meter ke udara.
Lawatan kerja ke Korea Selatan berjaya raih potensi pelaburan RM32.8 bilion - PM Anwar
RM32.8 bilion potensi pelaburan dan eksport dari Malaysia dengan nilai RM1.3 bilion berjaya diraih melalui lawatan kerja Perdana Menteri ke Korea Selatan.
Isu pemindahan nama rumah kos rendah masih lagi membelenggu rakyat
Ahli Parlimen Ampang Rodziah Ismail berkata isu pemindahan nama rumah kos rendah dan kos sederhana rendah masih lagi membelenggu rakyat.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Malaysia mampu kekalkan daya saing FDI menerusi dasar cukai lebih baik - Pakar ekonomi
Malaysia akan dapat mengekalkan daya saingnya sebagai destinasi FDI yang menarik di rantau ini melalui dasar cukai yang lebih baik.