KUALA LUMPUR: Malaysia kekal sebagai destinasi pelaburan yang menarik untuk pengembangan perniagaan global dan serantau, kata Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) itu memberitahu, Malaysia merekodkan prestasi yang memberangsangkan pada separuh pertama 2022 apabila pelaburan langsung asing (FDI) mencecah RM41.7 billion berbanding aliran masuk bersih RM48.1 bilion sepanjang 2021.
Menurutnya, perdagangan Malaysia mengekalkan trajektori peningkatan dengan eksport meningkat 48.2 peratus kepada RM141.33 bilion, pertumbuhan dua digit 19 bulan berturut-turut sehingga Ogos ini, manakala nilai import juga melonjak sebanyak 67.6 peratus.
"Pertumbuhan perdagangan sebanyak 56.7 peratus adalah didorong daripada keuntungan sektor pembuatan, perlombongan dan pertanian," katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Praxis 2022 anjuran Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) Malaysia di sini, pada Isnin.
Dalam pada itu, Mustapa memberitahu, pasaran buruh turut menunjukkan momentum yang positif dengan kadar pengangguran menurun kepada 3.7 peratus, iaitu hampir sama sebelum pandemik.
"Pada Julai, saiz tenaga buruh menyaksikan peningkatan berterusan dengan peningkatan 3.3 peratus dari tahun ke tahun," tambahnya.
Astro Awani
Mon Oct 03 2022

Mustapa (kanan) berkata, Malaysia merekodkan prestasi yang memberangsangkan pada separuh pertama 2022 apabila pelaburan langsung asing (FDI) mencecah RM41.7 billion. - Foto ISIS Malaysia
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Ekonomi global berdepan ketidakpastian berhubung dasar perdagangan AS - Ketua IMF
Terdapat minat yang mendalam terhadap dasar pentadbiran AS, khususnya mengenai tarif, cukai, pembatalan kawal selia dan kecekapan kerajaan.

Bank of England dijangka kekalkan kadar asas selepas inflasi meningkat
Bulan lepas, angka rasmi menunjukkan inflasi meningkat semula kepada 2.3 peratus pada Oktober, lonjakan tertinggi dalam tempoh dua tahun.

Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025: Apa yang boleh dijangka, siapa yang datang?
Ketidaktentuan geoekonomi, ketegangan perdagangan, polarisasi budaya dan kebimbangan terhadap perubahan iklim terus memuncak.

Anwar akan sertai Dialog Informal Pemimpin APEC, mesyuarat dua hala hari ini
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyertai Dialog Informal Pemimpin APEC.

Ringgit rendah berbanding dolar AS berikutan ketidaktentuan global meningkat
Pada 8 pagi, ringgit susut kepada 4.3850/3995 berbanding dolar AS daripada 4.3800/3850 pada Jumaat lepas.

BNM kekal OPR tidak berubah pada 3.0 peratus
Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) memutuskan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.00 peratus.

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS untuk hari kedua berturut-turut dalam persekitaran selera risiko terhadap mata wang tempatan yang mereda menjelang pilihan raya presiden Amerika Syarikat.

Malaysia perlu siap siaga, ada semua penampan hadapi perubahan persekitaran ekonomi global
Antara perkara penting dalam memastikan keadaan siap siaga dan mempunyai semua penampan diperlukan adalah kepelbagaian ekonomi Malaysia.

Ekonomi global berisiko terperangkap dalam pertumbuhan rendah - IMF
Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) memberi amaran bahawa ekonomi global berisiko terperangkap dalam laluan pertumbuhan rendah dengan hutang tinggi.

Belanjawan 2025 tetap dahulukan keperluan rakyat - Nurul Izzah
Isu kebajikan sentiasa menjadi keutamaan dan kerajaan berusaha meningkatkan penyaluran peruntukan.