KUALA LUMPUR: Malaysia mengeksport 24.9 juta tan setahun (MTPA) gas asli cecair (LNG) pada 2021, menjadikannya kekal di kedudukan tahun sebelumnya sebagai pengeksport LNG kelima terbesar selepas Australia, Qatar, Amerika Syarikat dan Rusia, kata Persatuan Gas Malaysia (MGA).
Memetik laporan tahunan ke-13 World LNG Report 2022 yang dikeluarkan oleh Kesatuan Gas Antarabangsa (IGU) pada Rabu, MGA berkata eksport tahun lepas sebanyak 24.9 MTPA, meningkat sedikit daripada 23.9 MTPA pada 2020.
"Ini merupakan kira-kira 6.7 peratus daripada jumlah LNG yang didagangkan di seluruh dunia," katanya dalam satu kenyataan.
Ia berkata Asia Pasifik kekal sebagai rantau pengeksport LNG terbesar, dengan 131.2 juta tan LNG telah dieksport tahun lepas.
Sementara itu, MGA berkata Malaysia terus menjadi peneraju teknologi dalam pengeluaran gas asli cecair terapung (FLNG), yang menyaksikan Gas Asli Cecair Terapung Satu Petroliam Nasional Bhd (Petronas) (PFLNG1) dengan kapasiti 1.2 MTPA dan Gas Asli Terapung Dua Petronas (PFLNG2) dengan kapasiti 1.5 MTPA yang beroperasi pada 2021.
"Pada akhir April 2022, hanya terdapat empat unit FLNG yang beroperasi di seluruh dunia, keputusan pelaburan akhir (FID) untuk FLNG ketiga Petronas dijangka dibuat menjelang akhir 2023," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 07 2022
Menurut MGA, Asia Pasifik kekal sebagai rantau pengeksport LNG terbesar, dengan 131.2 juta tan LNG dieksport tahun lepas. - Gambar fail
Uzbekistan cadang kumpulan pakar bersama tangani Islamofobia melalui dialog
Sarjana Islam Uzbekistan dan Malaysia dicadang anggotai kumpulan dialog bagi sampaikan sifat kemanusiaan dan keamanan Islam kepada masyarakat antarabangsa
Pilihan raya Delhi: Pemberian percuma jadi taruhan politik
Lebih 13,000 pusat mengundi akan dibuka di seluruh bandar bagi membolehkan pengundi memilih 70 anggota dewan negeri yang baharu.
Presiden Uzbekistan tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Ini adalah lawatan pertama Mirziyoyev ke negara ini sejak dilantik sebagai Presiden pada Disember 2016.
Dua bekas juruterbang Japan Airlines digantung tugas kerana berbohong minum arak
Kedua-dua mereka "memberikan penjelasan palsu kepada syarikat selepas tiba dan cuba menutup kesalahan pengambilan alkohol secara berlebihan."
Ciri baharu jadikan penjejakan pedati Thaipusam lebih menarik
Lebih 1.5 juta penganut Hindu dari seluruh negara serta pelancong dijangka membanjiri Pulau Pinang bagi sambutan Thaipusam tahun ini.
Ahli sains China bangunkan model baharu AI bagi ramalan siklon
Ramalan cuaca berangka dan pendekatan statistik sering gagal mengambil kira faktor persekitaran dan struktur yang kompleks.
Singapura hantar bantuan kemanusiaan ketujuh ke Gaza
Pengaturan penghantaran bantuan telah disahkan dengan Menteri Luar Jordan, Ayman Safadi.
Lima orang ditembak dalam insiden di sekolah Sweden - Polis
Polis menggesa orang ramai menjauhkan diri dari sekolah berkenaan yang terletak di bandar Orebro, kira-kira 160 km ke barat Stockholm.
Bekas ketua NATO, Stoltenberg dilantik sebagai Menteri Kewangan Norway
Stoltenberg pernah berkhidmat sebagai Perdana Menteri Norway dari 2000 hingga 2001 dan dari 2005 hingga 2013.
Mangsa banjir di Sarawak menurun, Sabah kekal
Jumlah mangsa banjir di Sarawak terus menurun manakala di Sabah kekal setakat 8 malam Selasa.
Malaysia kekal pengeksport LNG kelima terbesar pada 2023
Jumlah eksport LNG Malaysia pada 2023 ialah 26.75 juta tan, membentuk kira-kira 7% daripada jumlah LNG yang diniagakan di seluruh dunia.
AS pengeksport utama LNG susulan kebergantungan Eropah - EIA
AS menjadi pengeksport LNG gas asli cecair terbesar di dunia pada separuh pertama 2022.
Malaysia kekal pengeksport LNG ke-5 terbesar pada 2021
Eksport tahun lepas sebanyak 24.9 MTPA, meningkat sedikit daripada 23.9 MTPA pada 2020.
Petronas, syarikat tenaga global pertama hasilkan LNG daripada dua kemudahan terapung
Petronas menjadi syarikat tenaga global yang pertama mengeluarkan gas asli cecair daripada dua kemudahan terapung berikutan penghantaran kargo pertama oleh Petronas Floating LNG DUA pada 24 Mac, 2021.
Keuntungan bersih 2019 Petronas gas meningkat kepada RM1.93 bilion
Keuntungan bersih Petronas Gas Berhad bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2019 meningkat kepada RM1.93 bilion daripada RM1.79 bilion pada 2018.
Bot bawa spesies burung dilindungi, ditahan di perairan Pengerang
APMM telah menahan bot tanpa nombor pendaftaran dan dikendalikan dua orang kru itu, pada pukul 10.35 malam.
Malaysia aktif teruskan pembaharuan pasaran tenaga untuk tarik pelaburan - Azmin
Malaysia aktif melaksanakan pembaharuan dalam pasaran tenaga untuk meningkatkan daya tarikan negara sebagai destinasi pilihan untuk pelaburan tenaga, kata Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Sarawak negeri pertama bangun loji pengeluar hidrogen di Asia Tenggara
Sarawak melakar sejarahnya tersendiri apabila menjadi negeri pertama di rantau Asia Tenggara membangunkan loji pengeluaran hidrogen dan stesen pengisian bahan api itu.
Petronas catat untung sebelum cukai RM33.7 bilion bagi tahun kewangan 2016
Perolehan kumpulan bagi tahun tersebut merosot 17 peratus kepada RM204.9 bilion berbanding RM247.7 bilion yang dicatatkan pada 2015.
Petronas minat teroka peluang pasaran LNG India
Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mendapati India, pasaran gas asli cecair (LNG) keempat terbesar dunia, akan menawarkan potensi besar untuk pertumbuhan syarikat.