Malaysia sedang mengintai peluang menghantar graduan perbankan Islam tempatan untuk berkhidmat di luar negara, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Amiruddin Hamzah.
Melihat kepada pencapaian Malaysia yang dinobatkan sebagai peneraju global dalam perbankan Islam, beliau berkata Malaysia berupaya mengguna pakai 'bakat' tersebut di negara yang mampu menjana peluang pekerjaan yang besar.
"Kita memang dilihat terkehadapan (dalam perbankan Islam) dan kita nak mengekalkan kedudukan ini...sektor ini mampu untuk berikan peluang pekerjaan yang besar dan ramai graduan kita dalam perbankan Islam, takaful yang ada ini bukan sahaja untuk kita gunakan dalam negara, bahkan kita sedang rancang untuk eksport bakat ini untuk diguna di negara lain," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu program Bicara Naratif mengenai Pencapaian Kementerian Kewangan (MOF) Sepanjang Tahun 2019 yang disiarkan secara langsung di laman Facebook Berita RTM malam tadi.
Menurutnya, sektor perbankan Islam semakin berkembang pesat di pentas dunia, bahkan negara yang tidak ramai penganut agama Islam juga berebut menjadi hab global dalam bidang tersebut.
"Contoh di London (United Kingdom), kita tahu mereka merupakan hab kewangan konvensional tapi mereka juga lihat peluang yang ada ini dan bertindak untuk jadi hab kewangan Islam, melihat kepada potensi yang ada," katanya yang turut diberi mandat mengetuai Jawatankuasa Khas Kewangan Islam (JKKI) di bawah MOF.
MOF pada Ogos lepas mengumumkan penubuhan JKKI untuk terus mempromosikan dan menggalakkan pembangunan kewangan Islam, selain mengukuhkan hala tuju mempromosikan Malaysia sebagai peneraju global dalam kewangan Islam terutamanya dalam pasaran sukuk.
Sementara itu, Amiruddin turut menegaskan kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak pernah mengatakan bahawa mereka boleh menunaikan kesemua janji dalam manifesto ketika Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu dengan cara sekali gus ataupun serentak dalam masa yang singkat.
"Yang dapat kita (PH) lakukan secara cepat dan pantas kita akan lakukan. Contohnya janji kita untuk menghapuskan GST (Cukai Barang dan Perkhidmatan) yang pada ketika itu merupakan antara rungutan yang cukup kuat di kalangan rakyat menyebabkan kos sara hidup meningkat.
"Itu kita berjaya dan dapat kita laksanakan dengan segera dan cepat tanpa kita mengeluarkan belanja, cuma bila kita laksanakan itu sebenarnya kerajaan hilang pendapatan," katanya sambil menambah, kerajaan berusaha mencari hasil alternatif bagi menggantikan pendapatan yang hilang itu.
Pada masa sama, beliau turut menjelaskan, isu seperti tol bukanlah mudah untuk dihapuskan kerana kerajaan harus membuat bayaran kepada pelaburan yang dilakukan pihak pemegang konsesi.
"Bila kita hentikan, kita perlu bayar pampasan dan sebagainya, jadi itu semua melibatkan implikasi kewangan yang perlu kita lihat balik dengan secara lebih terperinci.
"Tetapi hasrat dan janji kita untuk mengurangkan, bukan menghapuskan... mengurangkan tol itu memang sedang rancak kita lihat kemungkinannya, insyaAllah apabila kajian-kajian ini selesai melihat dari segi implikasi kewangan dan sebagainya," jelasnya.
Sementara itu, Amiruddin berkata Sabah dan Sarawak tidak dipinggirkan kerajaan Persekutuan apabila tumpuan khas diberikan terhadap kedua-dua negeri itu dalam Belanjawan 2020.
"Projek-projek bekalan air luar bandar, projek untuk memastikan bekalan elektrik sampai sehingga di kawasan pedalaman, ini memang kita teruskan.
"Kita juga beri bajet khas untuk tujuan pembaikan sekolah daif di Sabah, Sarawak untuk memastikan anak-anak kita untuk belajar lebih selesa dan kondusif dalam pembelajaran mereka," katanya.
Menurutnya, aspek-aspek berkenaan memang diberikan perhatian oleh kerajaan dan Sabah serta Sarawak menjadi antara negeri yang mendapat komponen perbelanjaan yang besar.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 25 2019

Amiruddin berkata, sektor perbankan Islam semakin berkembang pesat di pentas dunia, bahkan negara yang tidak ramai penganut agama Islam juga berebut menjadi hab global dalam bidang tersebut. - Gambar fail

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang

Tun Mahathir tinggalkan Pejuang bersama 12 lagi ahli
Bekas Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir mengumumkan keluar parti bersama beberapa ahli lain pada Jumaat.

Isteri calon PRU15 Kubang Pasu Amiruddin Hamzah meninggal dunia
Amiruddin memaklumkan jenazah disolatkan di Masjid Kariah Pantai, Seremban jam 10 pagi tadi.

PRN Melaka: Pejuang kemungkinan tidak letak calon
Namun, kata Amiruddin, keputusan itu boleh berubah pada saat akhir sekiranya keadaan diyakini lebih selamat.

Parlimen perlu bersidang secara kendiri - Pejuang
Ia bagi memenuhi tanggungjawab Ahli-ahli Parlimen membahas dan memutuskan tindakan perlu bagi membawa negara keluar dari krisis-krisis kesihatan, politik, ekonomi dan sosial.

Mahkamah perintah Menteri Dalam Negeri putuskan rayuan pendaftaran Pejuang dalam 14 hari
Hakim membenarkan permohonan Pejuang untuk semakan kehakiman terhadap tindakan Menteri Dalam Negeri dan RoS yang belum membuat keputusan terhadap rayuan mereka untuk mendaftarkan parti itu.

Pejuang ada beberapa strategi untuk didaftarkan - Dr Mahathir
Dr Mahathir menjelaskan, beliau tidak akan mendedahkan strategi yang telah dirancang untuk memastikan Pejuang berjaya didaftar.

Pejuang fail permohonan semakan kehakiman terhadap JPPM
Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) memfailkan permohonan semakan kehakiman terhadap Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) termasuk pertubuhan itu sendiri.

Belanjawan 2021: Pejuang bantah keputusan had 80 ahli Parlimen di Dewan Rakyat
Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) membantah keputusan mengehadkan 80 ahli Parlimen dalam sidang Dewan Rakyat menjelang pembentangan Belanjawan 2021.

Tiga bulan berlalu, status pendaftaran Pejuang jadi tanda tanya
JPPM seolah-olah menjadi alat kerajaan bermotifkan politik, sehingga boleh menimbulkan kecurigaan dalam kalangan rakyat, tegas Amiruddin.

Amiruddin kemuka surat Usul Tidak Percaya terhadap PM
Datuk Amiruddin Hamzah memaklumkan beliau telah menghantar surat berkenaan Usul Tidak Percaya terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk dibentangkan di Dewan Rakyat.