KUALA LUMPUR: Ekonomi Malaysia dijangka berkembang sebanyak 6.0 peratus tahun ini selepas didorong oleh pembukaan sempadan antarabangsa, peningkatan kadar vaksinasi dan peralihan negara ke arah fasa endemik.
Penolong Naib Presiden/Penganalisis Moody's Investors Nishad Majmudar berkata pembukaan semula sempadan antarabangsa akan memacu sektor perkhidmatan yang berkaitan dengan pelancongan.
"(Berhubung dengan peralihan ke dalam fasa endemik), kami menjangkakan bahawa ia akan menyokong aktiviti ekonomi yang lebih besar termasuk perbelanjaan swasta di negara ini. Satu lagi faktor ialah kami meramalkan pertumbuhan yang lebih lemah dalam pasaran eksport utama seperti Kesatuan Eropah, yang menyumbang kira-kira 10 peratus daripada eksport.
"Bagaimanapun, Malaysia yang memiliki kemampuan eksport yang pelbagai seperti elektronik termasuk minyak dan gas akan berada dalam kitaran yang cukup mantap, tambahan pula, harga barangan ini sedang meningkat," katanya kepada pemberita semasa sidang meja bulat maya Moody's yang bertajuk "Inside ASEAN : Malaysia" hari ini.
Beliau menjelaskan bagaimanapun terdapat beberapa risiko penurunan seperti konflik Ukraine-Rusia serta potensi lonjakan inflasi yang akan menyebabkan Bank Negara Malaysia (BNM) memberikan respons yang lebih cepat berkaitan normalisasi kadar dasar.
"Konflik Ukraine-Rusia adalah risiko penurunan terbesar untuk pertumbuhan. Malah, kami mengunjurkan beberapa ekonomi G20 di Eropah dan Asia Pasifik akan mengalami kejatuhan," kata Nishad, sambil menambah BNM dijangka akan menaikkan kadar asasnya pada separuh pertama 2022.
Satu lagi pusingan penutupan sempadan selepas timbul ancaman varian baharu akan menjadi antara risiko yang berpotensi tetapi kerajaan Malaysia telah nekad untuk memastikan ekonomi terbuka dan merawat COVID-19 sebagai endemik.
Selain itu, persekitaran politik yang tidak menentu akan menjejaskan kredibiliti serta keberkesanan institusi di Malaysia selain mengancam kestabilan aliran modal dan pelaburan, yang boleh menjadi risiko penurunan yang lain bagi Malaysia, katanya.
"Dalam penilaian kami sejak beberapa tahun kebelakangan ini, beberapa riuh-rendah politik yang kami dengar, dalam pandangan kami, tidak mempengaruhi fungsi institusi ekonomi utama seperti Kementerian Kewangan, Bank Negara dan pengawal selia sekuriti.
"Bagaimanapun, ketidakpastian di sekitar tarikh pilihan raya dan majoriti yang agak tipis di Parlimen, kami fikir telah menghalang proses pembaharuan fiskal secara ketara dan menjadikannya sukar bagi mana-mana kerajaan yang dipilih, sejak tiga tahun ini memberi tumpuan ke atas sesetengah daripada pembaharuan," kata Nishad.
Beliau menambah jika pilihan raya umum berlaku dalam tempoh terdekat, ia berpotensi membawa kepada persekitaran politik yang lebih tidak menentu dan menambah keriuhan cakap-cakap politik tetapi ia tetap tidak akan menjejaskan fungsi institusi utama secara keseluruhan.
Sementara itu, Moody's menjangkakan harga minyak mentah Brent kekal melebihi US$100 (US$1 = RM4.21) setong pada tahun ini.
Agensi penarafan itu meramalkan Petroliam Nasional Bhd (Petronas) untuk menambah peruntukan perbelanjaan modal pada tahun ini, yang akan memberi manfaat kepada eksplorasi serta kontraktor pengeluaran dan syarikat perkhidmatan minyak, kata penganalisisnya, Hui Ting Sim.
"Daripada segi keuntungan, saya fikir ianya agak positif memandangkan akan ada lebih banyak perniagaan untuk peneraju dalam industri perkhidmatan minyak. Unjuran bagi pendapatan dan aliran tunai mungkin agak kurang baik selepas banyak syarikat terpaksa menanggung kos operasi yang lebih tinggi tahun ini disebabkan tekanan inflasi yang membawa kepada peningkatan kos utiliti, peralatan dan buruh.
"Keuntungan syarikat-syarikat ini akan bergantung kepada keupayaan mereka untuk membenamkan peningkatan kos kepada pengeluar minyak dan gas," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 07 2022

Penolong Naib Presiden/Penganalisis Moody's Investors Nishad Majmudar berkata ketidakpastian di sekitar tarikh pilihan raya dan majoriti yang agak tipis di Parlimen, telah menghalang proses pembaharuan fiskal secara ketara.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Moody's kekalkan penarafan kredit berdaulat Malaysia pada 'A3', tinjauan stabil
Pengesahan itu mencerminkan usaha berterusan kerajaan dalam memacu pertumbuhan ekonomi, serta kekal pada landasan pembaharuan fiskal.

Ketidakstabilan politik berterusan boleh jejas ekonomi Korea Selatan
Moody's Ratings menyatakan bahawa kesan ketidakstabilan politik terhadap ekonomi Korea Selatan setakat ini masih terhad.

Ketegangan geopolitik, lonjakan harga minyak cetus risiko ke atas Asia Pasifik
Firma itu menyifatkan peningkatan ketegangan geopolitik itu sebagai mencetuskan ancaman besar terhadap ekonomi Asia Pasifik dengan risiko utamanya daripada lonjakan harga minyak.

Moody's unjur pertumbuhan KDNK sebenar Malaysia naik 4.5 peratus tahun ini
Peningkatan itu mencerminkan permintaan domestik yang berdaya tahan dalam menghadapi persekitaran global yang mencabar dan risiko terhadap sektor pertanian serta inflasi akibat El Nino.

Moody's sah penarafan A3 EXIM Bank, kekal unjuran stabil
Agensi penarafan itu turut mengesahkan penilaian kredit garis dasar b2 (BCA) EXIM Bank.

Pertumbuhan bank Islam Malaysia melangkaui bank konvensional - Moody's
Menurut Moody's, kadar penembusan berada sekitar 20 peratus antara 10 hingga 15 tahun lalu.

Malaysia terima manfaat daripada risiko pertumbuhan perlahan ekonomi China - Moody's Analytics
Moody's berkata apabila permintaan global beralih dari China ke Amerika Utara, negara-negara Asia akan mencari pelaburan baharu.

Unjuran pertumbuhan KDNK Malaysia 4.0 peratus munasabah - Penyelidikan
Moody's Analytics berpandangan unjuran pertumbuhan empat peratus bagi Malaysia untuk tahun ini adalah munasabah bagi negara-negara di rantau ini.

Malaysia, Indonesia, Turkiye akan jadi penerbit sukuk berdaulat terbesar pada 2023-2024 - Moody's
Malaysia, Indonesia dan Turkiye akan menjadi penerbit berdaulat terbesar pada 2023-2024, mengatasi Arab Saudi yang menyumbang satu bahagian terbesar kepada terbitan sukuk berdaulat jangka panjang.

BNM dijangka naikkan OPR 25 mata asas lagi minggu ini - Moody's Analytics
Bank pusat dijadualkan untuk mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari bagi September pada 7-8 Sept, 2022.