KUALA LUMPUR: Arab Saudi akan menjadi hab Malaysia bagi import serta pengedaran minyak sawit dan produk berasaskannya ke pasaran besar Majlis Kerjasama Teluk (GCC), Timur Tengah serta Afrika Utara (MENA) -- sekali gus menandakan pencapaian bermakna untuk negara ini.
Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, Arab Saudi yang juga negara kaya dengan hasil minyaknya, akan turut meningkatkan import minyak sawit serta produk berkaitan dari Malaysia.
Pada masa sama, Malaysia akan meneliti untuk mewujudkan kemudahan kilang pemprosesan dan penapisan minyak sawit di rantau tersebut, kata Mohamed Azmin dalam catatannya di Twitter yang turut mengetengahkan kejayaan misi perdagangan dan pelaburan diketuai beliau ke Arab Saudi.
Menurutnya, delegasi itu turut mengadakan pertemuan produktif dengan Savola Group, salah satu syarikat pegangan pelaburan strategik terkemuka di MENA dengan portfolio membabitkan jenama utama dalam sektor makanan dan peruncitan.
"Kita turut membincangkan potensi besar yang boleh diterokai dengan mengembangkan eksport barangan pengguna cepat laris (FMCG) ke dalam Panda -- rantaian runcit terbesar negara itu," katanya.
Bagi kemajuan masa depan, Mohamed Azmin berkata Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) bercadang menganjurkan lawatan pihak Savola Group ke Malaysia, khususnya ketika acara Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS), tahun ini.
Misi ke negara-negara terbabit pada 26 April hingga 4 Mei, 2021, adalah sebahagian daripada usaha berterusan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) untuk menggalakkan peluang perniagaan dan kerjasama strategik antara Malaysia serta wilayah Asia Barat.
Malah, misi itu juga bertujuan mengekalkan momentum hubungan ekonomi Malaysia dan kedua-dua negara susulan lawatan rasmi Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Mac lepas.
"Seiring dengan usaha kita untuk terus memperkukuh hubungan dagangan dua hala, MATRADE telah menyelaras satu mesyuarat dengan Makkah Healthcare Cluster (MHC), hab penjagaan kesihatan berkelas dunia dan menjadi pusat rujukan bagi penjagaan kesihatan mampan di negara itu," katanya.
Institut Penjagaan Kesihatan Onkologi Makkah selain institusi kejururawatan di Makkah juga merancang untuk bekerjasama dengan pembekal produk dan perkhidmatan perubatan Malaysia bagi kegunaan hospitalnya.
"Memandangkan pandemik COVID-19 masih terus berleluasa dan meragut nyawa, saya amat percaya bahawa penyedia penjagaan kesihatan ini perlu merebut peluang ini bagi menghasilkan manfaat bersama," katanya yang akan turut mengunjungi UAE selaku antara lokasi misi terbabit.
Mohamed Azmin yang turut mengadakan mesyuarat dua hala yang disifatkan sebagai berjaya dengan Menteri Kewangan dan Pemangku Menteri Ekonomi dan Perancangan Arab Saudi, Mohammed al-Jadaan, turut berkongsi keyakinan beliau terhadap hubungan unik dan istimewa yang terjalin antara Malaysia dan Arab Saudi sebagaimana dibuktikan menerusi kunjungan Muhyiddin ke negara itu.
"Saya menegaskan kepentingan untuk memperkukuh kerjasama sedia ada yang harus dimantapkan lagi dengan kemungkinan penglibatan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) kedua-dua negara untuk saling meningkatkan aliran pelaburan silang sejajar dengan matlamat pembangunan negara masing-masing serta menumpukan bidang pertumbuhan baharu."
Dalam usaha menembusi pasaran serantau, beliau membangkitkan mengenai faedah strategik bagi Arab Saudi dengan memanfaatkan penyertaan Malaysia dalam Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP).
Menurutnya, ini turut membuka jalan bagi kalangan ahli perniagaan Arab Saudi untuk meninjau serta turut memanfaatkan Perjanjian Perdagangan Besar (FTA) terbesar dunia itu.
"Saya juga berkongsi mengenai usaha terbaharu kita iaitu Aspirasi Pelaburan Nasional yang juga pembaharuan holistik agenda pelaburan bertumpukan aspek teknologi tinggi dan inovasi, menseimbangkan kemampanan ekonomi dan alam sekitar yang sejajar dengan penanda aras Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG).
"Berlandaskan perkara itu, kita turut menyentuh aspek perubahan iklim dan bagaimana kita dapat menyumbang ke arah usaha seperti penggunaan semula serta melenyapkan jejak karbon di peringkat global."
Mohamed Azmin berkata, kedua-dua negara juga komited untuk mengurangkan pelepasan karbon dengan memberi tumpuan terhadap tenaga boleh diperbaharui seperti tenaga solar dan industri masa depan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 30 2021
Azmin berkata, kedua-dua negara juga komited untuk mengurangkan pelepasan karbon dengan memberi tumpuan terhadap tenaga boleh diperbaharui. - Bernama
Final Masters China: Pang Ron-Su Yin hampir beri pasangan nombor dua dunia mimpi ngeri
Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin mempamerkan aksi menakjubkan walaupun terpaksa akur tewas kepada pasangan nombor dua dunia dalam final Kejohanan Badminton Masters China.
Lawatan PM ke Korea perkukuh jalinan menjelang ulang tahun hubungan diplomatik ke-65 – Duta Besar
Duta Besar Malaysia ke Republik Korea, Datuk Mohd Zamruni Khalid berkata Malaysia-Korea dijangka akan menegaskan komitmen untuk meningkatkan pelaburan dan kerjasama dalam sektor ekonomi dan jalinan antara rakyat.
Beri bantuan khas RM2,000 kepada penjawat awam
Kira-kira 5,376 penjawat awam di negeri Kedah bakal menerima bantuan khas kewangan berjumlah RM2,000 sebagai penghargaan atas dedikasi mereka.
[TERKINI] Hanya tiga pintu sempadan Kelantan-Thailand diwartakan
Bermula 1 Disember ini hanya tiga pintu sempadan Kelantan-Thailand yang diwartakan.
Tiada lagi khemah biru, aktiviti berkelah kembali seronok di Port Dickson
Keindahan pemandangan Pantai Teluk Kemang yang dahulunya terhalang dengan deretan khemah biru kini dapat dinikmati seluas-luasnya.
Di Kelantan hanya tiga pintu sempadan diwartakan yang dibenarkan untuk rakyat lintas sempadan - MKN
Mulai 1 Dis ini sesiapa sahaja yang menggunakan laluan haram Sungai Golok-Rantau Panjang untuk melintasi sempadan negara akan ditahan.
Masalah air di Kelantan selesai menjelang 2028
Isu bekalan air di negeri Kelantan dijangka selesai menjelang 2028 melalui 54 loji rawatan air (LRA).
Polis sudah kenal pasti individu rosakkan motosikal di Lembah Permai
Polis menerima tiga laporan berhubung kes perbuatan khianat yang dilakukan seorang lelaki yang merosakkan dua motosikal berhampiran sebuah kondominium di Jalan Lembah Permai, Tanjong Tokong.
AWANI Ringkas: 5,376 penjawat awam Kedah terima bantuan khas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
KPWKM ambil pengalaman isu GISB, tambah baik Dasar Kanak-Kanak Negara
Pengalaman berdepan kes GISB dianggap sebagai pengurusan risiko untuk kementerian bertindak dengan kadar segera dan memperbaiki SOP sedia ada.
Saman syarikat pengimport telur terhadap Mohamed Azmin ditolak
Hakim menyatakan bahawa Deepak tidak memegang sebarang jawatan dalam syarikat itu, dan oleh itu, kenyataan Azmin tidak boleh dianggap merujuk kepada J&E Advance Tech Sdn Bhd.
PN tak bergantung perbalahan BN-PH untuk menang PRK Mahkota - Azmin
PN tidak bergantung kepada perbalahan yang berlaku antara BN dan PH untuk menang PRK DUN Mahkota.
PRK Mahkota: Azmin cabar MB Johor tubuh Kerajaan Perpaduan jika BN menang
PN cabar Menteri Besar Johor mengumumkan pembentukan Kerajaan Perpaduan di negeri itu sekiranya Barisan Nasional memenangi PPRK Mahkota.
Polis panggil Mohamed Azmin bantu siasatan berhubung pendedahan maklumat
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata rakaman keterangan itu, bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 203A Kanun Keseksaan iaitu pendedahan maklumat.
Amirudin cabar Azmin jadi 'anak jantan', hadir beri keterangan
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mencabar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali supaya memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.
Saya sebut nama Deepak kerana ada gambar - Mohamed Azmin
Mohamed Azmin memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini beliau menyebut nama Deepak dalam ucapannya tahun lepas kerana terdapat foto ahli perniagaan itu bersama-sama seorang menteri dalam pesawat.
Filem Lee Chong Wei satukan Tun M, Azmin
Kedua-duanya ketika itu mempunyai beberapa isu berkenaan darjah kebesaran Dr Mahathir ditarik balik dan gesaan Azmin dilantik menjadi PM.
Buku Syed Saddiq singkap ada gerakan cadang lantik Azmin Ali jadi PM pada 2018
Beliau yang pada ketika itu pegawai kepada Dr Mahathir cuba menjadi orang tengah untuk mendamaikan kedua-dua pemimpin tersebut.
Ucapan Azmin bersifat jahat dan memfitnah beliau dan abangnya - Saksi
Ahli perniagaan, Deepak Jaikishan, berkata kenyataan Mohamed Azmin dalam ceramah politiknya pada 11 Mac 2023, adalah bersifat jahat yang memfitnahnya dan nama abangnya.
Faizal Azumu nafi kenyataan tular isu calon PM
Bersatu menafikan kenyataan yang tular berhubung isu melibatkan perbincangan calon Perdana Menteri pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).