KUALA LUMPUR: Malaysia menerusi syarikat minyak dan gas negara, Petroliam Nasional Bhd (Petronas), memeterai Perjanjian Unitasi (UA) dengan Brunei Darussalam meliputi medan minyak Gumusut-Kakap dan Geronggong-Jagus East yang terletak di sepanjang sempadan maritim kedua-dua negara tersebut.
Perjanjian UA itu secara rasminya mengukuhkan penerusan kerjasama antara Malaysia dan Brunei serta mewujudkan platform bagi pembangunan bersama di kawasan itu oleh Petronas dan Sekretariat Unitasi Kebangsaan (NUS) Brunei untuk mempertingkat nilai yang diperoleh daripada aset tersebut untuk kedua-dua negara, demikian menurut kenyataan Petronas pada Isnin.
"Pemeteraian itu pada hari ini adalah bukti sinergi antara Petronas dan Kementerian Tenaga Brunei serta memaparkan satu lagi langkah ke arah memperkukuh kerjasama yang lama terjalin bagi berkongsi kejayaan yang lebih besar," kata Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas, Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz yang hadir sama pada majlis tersebut.
Beliau berkata, susulan daripada pemeteraian perjanjian bermakna itu, Petronas yakin kedua-dua pihak dapat meneruskan momentum kukuh untuk membangunkan sektor tenaga di negara masing-masing demi pertumbuhan jangka panjang serta kemakmuran Brunei serta Malaysia.
Majlis yang berlangsung di Istana Nurul Iman di Bandar Seri Begawan pada Isnin bersempena Rundingan Pemimpin Tahunan ke-23 Malaysia-Brunei Darussalam, turut disaksikan oleh Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Brunei diwakili oleh Pemangku Menteri Tenaga, Datuk Seri Paduka Awang Matsatejo Sokiaw.
Hadir sama adalah Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Huluan Petronas Adif Zulkifli dan Naib Presiden Kanan Pengurusan Petroleum Malaysia, Mohamed Firouz Asnan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 05 2021
![Malaysia, Brunei meterai perjanjian bagi dua medan luar pesisir Malaysia, Brunei meterai perjanjian bagi dua medan luar pesisir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/71617613363_TBPETRONASBRUNEI.jpg)
Pemeteraian perjanjian antara Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz dan pemangku Menteri Tenaga Brunei Datuk Seri Paduka Awang Haji Matsatejo Sokiaw di Istana Nurul Iman hari ini. - Bernama
![Ahli Parlimen Machang mungkin digantung 6 bulan Ahli Parlimen Machang mungkin digantung 6 bulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81705870474_WanAhmadFayhsalP.jpg)
Ahli Parlimen Machang mungkin digantung 6 bulan
Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal berkemungkinan bakal digantung daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan.
Chelsea siasat laungan perkauman Enzo terhadap Perancis
Kelab bola sepak Chelase pada Rabu mengumumkan prosedur tatatertib ke atas pemain tengah mereka, Enzo Fernandez, susulan dakwaan telah mengeluarkan laungan bersifat perkauman terhadap Colombia, selepas memenangi Piala Copa America 2024 bersama skuad Argentina.
Lebih daripada 60 kanak-kanak ditahan, dipukul, diseksa di El Salvador
Lebih 60 kanak-kanak di El Salvador ditahan, diseksa dan dipukul secara rambang semenjak kerajaan mengisytiharkan darurat lebih dua tahun lalu untuk membanteras amalan gangsterime.
Datuk Bandar Paris berenang, yakin sungai Seine bersih
Datuk Bandar Paris, Anne Hidalgo berenang di Sungai Seine menjelang acara olimpik sebagai usaha menyakinkan orang ramai bahawa kualiti sungai tersebut cukup bersih dan bersedia untuk digunakan.
Biden akan tarik diri jika doktor dedahkan ada masalah kesihatan
Presiden Amerika Syarikat Joe Biden berkata beliau akan menarik diri daripada Pilihan Raya Presiden jika doktor mendedahkan beliau mempunyai masalah kesihatan.
Wanita racun lima orang kemudian bunuh diri
Seorang wanita berusia 56 tahun dipercayai meracuni lima pelancong Vietnam dengan sianida yang dihidangkan dalam cawan kemudian meminum racun itu sendiri di sebuah hotel mewah di Bangkok, menurut polis pada Rabu.
Sarawak tarik pelaburan RM4.2 bilion
Sarawak berjaya menarik RM4.2 bilion dalam pelaburan yang diluluskan pada suku pertama 2024, bahagian penting dalam Agenda Pertumbuhan Negara berikutan pelancaran Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030.
RUU Perubatan (Pindaan) 2024 diluluskan
Rang Undang-Undang (RUU) Perubatan (Pindaan) 2024 bertujuan menambah baik peruntukan untuk melaksanakan proses kelulusan dan kepakaran pengamal perubatan, diluluskan di Dewan Rakyat hari ini.
Kerjasama dengan Ericsson mampu angkat Malaysia - PM Anwar
Kerjasama dengan Ericsson mampu angkat Malaysia - PM Anwar
Suspek dibebaskan dengan jaminan polis
Seorang pekebun lelaki yang direman bagi membantu siasatan kes dua beradik maut akibat termakan keropok beracun minggu lalu, akan tamat pada Khamis dan tidak akan disambung semula.
![Petronas rancang labur AS$4.1 bilion di negeri Tamil Nadu - Media India Petronas rancang labur AS$4.1 bilion di negeri Tamil Nadu - Media India](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/61671511250_Petronas.jpg)
Petronas rancang labur AS$4.1 bilion di negeri Tamil Nadu - Media India
Petronas sasar tubuh loji hidrogen serta ammonia hijau dan projek itu telah mendapat kelulusan kerajaan negeri.
![Petronas catat untung selepas cukai RM101.6 bilion terbesar dalam sejarah Petronas catat untung selepas cukai RM101.6 bilion terbesar dalam sejarah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/61678697932_PetronaslaporanKe.jpg)
Petronas catat untung selepas cukai RM101.6 bilion terbesar dalam sejarah
Petronas merekodkan pendapatan dan keuntungan selepas cukai (PAT) bagi tahun kewangan 2022 tertinggi dalam sejarah penubuhannya.
![Petronas jual keseluruhan kepentingan dalam Engen kepada Vivo Energy Petronas jual keseluruhan kepentingan dalam Engen kepada Vivo Energy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/61671511250_Petronas.jpg)
Petronas jual keseluruhan kepentingan dalam Engen kepada Vivo Energy
Petronas percaya Vivo Energy bukan sahaja akan mengekalkan operasi yang mantap bagi Engen tetapi akan membantu mengemudi syarikat itu melalui fasa pertumbuhan seterusnya.
![Petronas jangka harga minyak mentah alami pelarasan bermula 2023 Petronas jangka harga minyak mentah alami pelarasan bermula 2023](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/71646135304_TengkuMuhammadTaufik.jpg)
Petronas jangka harga minyak mentah alami pelarasan bermula 2023
Harga minyak mentah dijangka mengalami pelarasan bermula 2023 tetapi akan kembali normal ke paras seperti sebelum pandemik.
![Malaysia, Brunei meterai perjanjian bagi dua medan luar pesisir Malaysia, Brunei meterai perjanjian bagi dua medan luar pesisir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/71617613363_TBPETRONASBRUNEI.jpg)
Malaysia, Brunei meterai perjanjian bagi dua medan luar pesisir
Malaysia menerusi syarikat minyak dan gas negara, Petronas, memeterai UA dengan Brunei meliputi medan minyak Gumusut-Kakap dan Geronggong-Jagus East yang terletak di sepanjang sempadan maritim.
![Petronas, syarikat tenaga global pertama hasilkan LNG daripada dua kemudahan terapung Petronas, syarikat tenaga global pertama hasilkan LNG daripada dua kemudahan terapung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/41616686804_LNG.jpg)
Petronas, syarikat tenaga global pertama hasilkan LNG daripada dua kemudahan terapung
Petronas menjadi syarikat tenaga global yang pertama mengeluarkan gas asli cecair daripada dua kemudahan terapung berikutan penghantaran kargo pertama oleh Petronas Floating LNG DUA pada 24 Mac, 2021.
![Petronas catat kerugian bersih RM21 bilion pada suku kedua 2020, tiada pemberhentian pekerja Petronas catat kerugian bersih RM21 bilion pada suku kedua 2020, tiada pemberhentian pekerja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-06/71593188589_klccpetronas.jpg)
Petronas catat kerugian bersih RM21 bilion pada suku kedua 2020, tiada pemberhentian pekerja
Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mengumumkan kerugian selepas cukai RM21 bilion untuk suku kedua 2020 (2Q2020), berbanding keuntungan bersih RM14.7 bilion tempoh sama tahun lalu sehubungan COVID-19.
![Terserah kepada Petronas untuk putuskan tawaran Saudi Aramco - Tun Mahathir Terserah kepada Petronas untuk putuskan tawaran Saudi Aramco - Tun Mahathir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-03/41522252781_petronas.jpg)
Terserah kepada Petronas untuk putuskan tawaran Saudi Aramco - Tun Mahathir
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed berkata terserah sepenuhnya kepada Petroliam Nasional Bhd (Petronas) untuk memutuskan sama ada mahu mengambil bahagian dalam tawaran IPO Saudi Aramco.
![Petronas pasang pemanas minyak mentah bagi kompleks penapisan di PIC Petronas pasang pemanas minyak mentah bagi kompleks penapisan di PIC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-11/41446799489_PetronasLogo.jpg)
Petronas pasang pemanas minyak mentah bagi kompleks penapisan di PIC
Relau yang biasanya dikenali sebagai pemanas minyak mentah itu adalah komponen penting dalam unit penyulingan mentah dan dalam menyediakan saluran bagi unit pemprosesan lain di kompleks penapisan.