Malaysia masih mampu untuk tarik diri dari pertikaian dalam perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP), kata pakar ekonomi.

Walau bagaimanapun, Ketua Ekonomi RAM Holdings Dr Yeah Kim Leng berkata, ini akan menjejaskan peluang negara dalam menjadi ‘penggerak utama’ dan pengasas dalam TPP.

"Malaysia boleh menarik diri secara sukarela, kita bebas untuk keluar tetapi kita akan kehilangan kelebihan sebagai penggerak utama" jelas Yeah.

Ini bermakna negara tidak akan dapat terlibat dalam terma dan persetujuan, mengambil peluang atau sekurang-kurangnya menjadikan perjanjian TPP (TPPA) sama- rata katanya lagi.

Bila ditanya adakah keadaan seperti itu boleh terjadi, Yeah berkata perkara itu adalah mustahil untuk berlaku memandangkan 12 orang ahli telah komited untuk mengadakan semua ahli.

Sebelum itu, dalam forum Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC), Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata perjanjian TPP itu dijangka akan mengambil masa yang lebih lama daripada tempoh masa yang dipersetujui sebelum itu iaitu akhir tahun ini.

Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama pernah mengumumkan, beliau mahu mencapai satu perjanjian menjelang akhir tahun ini untuk kawasam perdagangan bebas yang dikatakan bakal menyumbang lebih daripada 40 peratus daripada ekonomi global.

Yeah mengulas kenyataan Najib serta ahli-ahli lain yang mungkin tidak bersetuju sepenuhnya kepada terma-terma agresif dalam perjanjian TPP, beliau meramalkan dengan itu jangkaan kata putus pada akhir tahun ini mungin sukar dipenuhi.

“Saya rasa Malaysia ada beberapa peluang yang memihak terutamanya dalam kuota Bumiputera, perolehan kerajaan, hak harta Intelek serta perlindungan paten bagi perubatan" tambahnya lagi.

Yeah juga yakin bahawa kemungkinan besar perjanjian TPP akan memberi banyak faedah kepada ekonomi negara.

"Manfaat perjanjian TPP akan nampak dalam jangkamasa panjang seperti mengurangkan jurang perdagangan, meningkatkan keyakinan pelabur dan membuka kontrak kerajaan di setiap negara" ulasnya lagi.

Apa yang penting dalam sidang kemuncak APEC baru-baru ini adalah, para pemimpin dari serata negara telah berjanji untuk memberikan komitmen mereka dalam memenuhi kerjasama ekonomi, tegas Yeah.

"Secara khususnya, mereka tidak akan mengamalkan sikap melindungi negara sendiri. Ini bermakna Malaysia masih boleh meneruskan tanpa menjejaskan ahli-ahli bukan TPPA " katanya menutup bicara.

TPPA adalah perjanjian perdagangan bebas yang dicadangkan di bawah rundingan bersama 13 buah negara termasuk Malaysia dalam membincangkan piawaian standard isu-isu perdagangan di abad ke-21 .

Walaubagaimanapun, terdapat tentangan daripada pelbagai ahli dalam kumpulan 12 negara itu dari segi peruntukan dalam TPPA, dan penganalisis percaya cita-cita Amerika Syarikat untuk mengikat kata putus menjelang akhir tahun ini adalah mustahil.

Perjanjian itu melibatkan negara Amerika Syarikat, Australia, New Zealand, Jepun, Singapura, Malaysia, Brunei, Vietnam, Chile, Kanada, Mexico dan Peru.

China, yang tidak dijemput untuk menyertai perbincangan TPPA sedang mengikuti perjanjian perdagangan bebas melibatkan 16 buah negara Asia Pasifik yang lain.