KUALA LUMPUR: Malaysia dan Bahrain berazam untuk meningkatkan lagi perdagangan dalam pelbagai sektor termasuk tenaga, kewangan Islam, infrastruktur dan komoditi halal, kata Kuasa Usaha Kedutaan Bahrain untuk Malaysia, Rashad Alshaikh.
Rashad dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kedutaan semalamari ini, menekankan bahawa Malaysia merupakan pasaran import ke-27 terbesar bagi Bahrain dan pasaran eksport ke-20 terbesar.
"Malaysia adalah lokasi strategik di tengah-tengah pasaran Asia Tenggara dengan 676 juta penduduk, yang menawarkan peluang perdagangan kepada syarikat-syarikat bagi mengembangkan rangkaian bekalan dan operasi serantau dan global," katanya.
Beliau berkata demikian ketika majlis jamuan tengah hari yang diadakan pada 29 Mei bagi memperingati inisiatif kolaboratif antara kedutaan dan Lembaga Pembangunan Ekonomi Bahrain (Bahrain EDB).
Inisiatif ini bertujuan mempromosikan peluang pelaburan di Bahrain dan bertujuan memperkenalkan landskap pelaburan Bahrain yang memberi nilai tambah, berpotensi menarik pelabur tempatan dan antarabangsa susulan nilai pelaburan yang kukuh.
Antara tetamu yang hadir semasa majlis jamuan tengah hari itu termasuk Setiausaha Agung Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM), Michael Chai, Pengarah Eksekutif Dewan Perniagaan Antarabangsa Malaysia (MICCI), Shaun Edward Cheah dan Presiden Kuala Lumpur Dewan Perniagaan Antarabangsa (KLICC), Prof Hashim Saleh.
Rashad menyuarakan harapannya sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara Bahrain dan Malaysia pada tahun depan, dengan menyatakan bahawa perkembangan ini merupakan platform untuk meningkatkan hubungan dua hala dan mengukuhkan kerjasama membabitkan pelbagai sektor seperti ekonomi, budaya, sains, pendidikan, dan pelancongan.
Rashad turut menekankan hubungan ekonomi dan perdagangan yang berkembang pesat antara kedua-dua negara sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Beliau menjelaskan bahawa perdagangan tidak berasaskan minyak antara Bahrain dan Malaysia mengalami pertumbuhan yang ketara, dengan merekodkan jumlah sekitar US$251.4 juta tahun lalu.
Nilai import Bahrain adalah US$88 juta, manakala jumlah eksport mencapai US$163.4 juta.
Di samping majlis itu, satu webinar bertajuk "Melabur di Bahrain" diadakan, bagi menonjolkan nilai unik Bahrain dan menekankan perbezaan utama yang mengukuhkan kedudukannya sebagai destinasi pelaburan yang ideal.
Hubungan dua hala antara Bahrain dan Malaysia telah terjalin sejak 1974, dengan pembukaan kedutaan Bahrain yang baharu di Kuala Lumpur dan beroperasi sejak Julai 2019.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 07 2023

Rashad (gambar) menyuarakan harapannya sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara Bahrain dan Malaysia pada tahun depan. - Foto Instagram Kedutaan Bahrain di Malaysia

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.
90 peratus kediaman Gaza musnah
90 peratus kediaman di Semenanjung Gaza musnah, menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal.
Pentagon umum pengurangan kakitangan awam
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) akan mengurangkan sekurang-kurangnya lima peratus tenaga kerja awamnya, bermula minggu depan.

PM Anwar pengerusikan mesyuarat kabinet usai lawatan rasmi ke Bahrain
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar turut memaklumkan hasil lawatan beliau ke Bahrain dan Brunei pada mesyuarat itu.

Rancangan kembalikan penerbangan terus Malaysia-Bahrain sedang dibincang - PM Anwar
Perkara itu antara dibangkitkan pada kunjungan hormat ke atas Putera Mahkota dan PM Bahrain Salman bin Hamad Al Khalifa di Istana Gudaibiya.

Diaspora perlu main peranan bersama, jaga imej negara di mata dunia - PM Anwar
Selain usaha pejabat kedutaan, penampilan dan pembawakan diri rakyat Malaysia di luar negara penting bagi mengekalkan nama baik sedia ada negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Malaysia, Bahrain bersedia teroka bidang kerjasama baharu - PM Anwar
Malaysia dan Bahrain bersedia untuk meneroka bidang kerjasama baharu termasuk dalam sektor semikonduktor, berikutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik kedua-dua negara tahun lepas.

PM Anwar tiba di Bahrain untuk lawatan rasmi
Perdana Menteri Anwar tiba Manama untuk lawatan rasmi ke Bahrain atas jemputan Putera Mahkota dan Perdana Menteri Bahrain, Salman Hamad Al Khalifa.

Lawatan Anwar ke Bahrain perkukuh hubungan dua hala, jemput ke Sidang Kemuncak ASEAN
Jumlah eksport Malaysia ke Bahrain meningkat 17.4 peratus kepada RM251.2 juta (US$54.8 juta) daripada RM214.0 juta (US$46.9 juta) pada 2023.

Kelayakan Piala Dunia 2026: Bahrain mohon tukar venue, terima ancaman penyokong Indonesia
Perkara tersebut disuarakan selepas tindakan penyokong Indonesia yang berang dengan keputusan 2-2 ketika bertemu Bahrain 11 Oktober lalu.

Malaysia, Bahrain usaha tingkat kerjasama dalam pelbagai bidang
Anwar berkata beliau dan Sheikh Hamad percaya usaha berterusan perlu dijalankan bagi meningkatkan kerjasama dalam politik, ekonomi, pendidikan, budaya, pelancongan dan kesihatan.

Bukan salah sesiapa kecuali saya - Pan Gon
Malaysia akan melengkapkan baki saingan kumpulan bertemu juara dua kali Korea Selatan.