Malaysia terus berusaha untuk mewujudkan hubungan perdagangan lebih baik dengan India di samping menangani beberapa isu yang menidakkan bahagian minyak sawit negara dalam pasaran global, kata Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC), Datuk Dr Kalyana Sundram.
Beliau berkata 2020 setakat ini merupakan tempoh yang sukar, dengan kedudukan India susut ke tangga terendah (ke-13) dalam kalangan destinasi eksport minyak sawit utama Malaysia bagi lima bulan pertama.
Bagi tempoh Januari hingga Mei 2020, penghantaran minyak sawit Malaysia ke India merosot 93 peratus kepada 151,106 tan daripada 2.16 juta tan pada tempoh yang sama 2019.
"Kami menjangkakan apabila perintah berkurung ditarik balik, industri hotel, restoran dan kafe di India kembali rancak secara berperingkat sekali gus akan mendorong permintaan lebih tinggi terhadap minyak sawit," katanya pada hari pertama Seminar Internet Minyak Sawit (Pointers) selama tujuh hari anjuran MPOC dan Bursa Malaysia, pada Isnin.
Pada Jumaat, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali menerusi kenyataan berkata negeri Telangana di India berhasrat memohon bantuan kepakaran Malaysia dalam bentuk pemindahan teknologi berkaitan industri sawit.
Beliau berkata Malaysia akan menggunakan peluang itu untuk meningkatkan penguasaan pasaran di India menerusi promosi bersama serta kerjasama dengan kerajaan negeri Telangana.
Menurut kenyataan itu, India, yang merupakan pengguna minyak sawit terbesar dunia memerlukan 25 juta tan minyak sayuran dan lelemak setahun untuk kegunaan domestik, berhasrat mengimport minyak sawit serta produk komoditi lain dari negara ini.
Semasa pembentangan setengah jam itu pada Isnin, Kalyana berkata harga kompetitif yang dtawarkan Indonesia bagi minyak sawit yang dijual kepada India menjadi antara faktor utama kemerosotan eksport Malaysia ke India.
Beliau berkata bagaimanapun, langkah pengecualian duti minyak sawit mentah (MSM) oleh kerajaan Malaysia pada Jun telah meningkatkan daya tarikan MSM negara ini.
"Hasilnya, kita menyaksikan pergerakan dagangan ke India dari Malaysia dan ini merupakan petanda baik untuk minyak sawit Malaysia," katanya.
Eksport minyak sawit Malaysia diunjurkan meningkat 2.5 peratus kepada 4.56 juta tan pada suku ketiga berbanding suku sebelumnya, dipacu permintaan lebih baik dari pasaran tradisional -- India, China dan negara-negara Kesatuan Eropah (EU).
Mengenai cabaran yang dihadapi di EU susulan pengenaan Akta Perwakilan yang mengklasifikasikan minyak sawit sebagai tidak mampan, Kalyana berkata kerajaan dan agensinya sedang giat mencari pasaran biodiesel alternatif bagi minyak sawit.
"Sememangnya terdapat pasaran pesat membangun yang menarik, yang berpotensi menggunakan MSM Malaysia seperti sub-Sahara Afrika.
"Kita melihat potensi semua minyak makan dan lelemak akan meningkat di wilayah ini memandangkan jumlah penduduknya yang semakin bertambah malah purata pendapatan per kapita dan penggunaan per kapita minyak dan lelema juga kian bertambah," katanya.
Pasaran berpotensi lain ialah Timur Tengah, Afrika Utara dan Asia Pasifik (tidak termasuk China).
Beliau berkata EU dan negara anggotanya akan mengemaskinikan dasar biobahan api domestik masing-masing dengan mengambil kira Arahan Tenaga Boleh Diperbaharu (RED II) dan Akta Perwakilan.
Cabaran lain yang ditimbulkan oleh EU adalah 'Farm-to-Fork' (F2F) serta Strategi Biodiversiti dan implikasinya terhadap perdagangan minyak sawit.
Harga minyak mentah yang rendah juga menyebabkan kekurangan permintaan biodiesel dari blok itu, katanya.
Tahun ini merupakan ulang tahun ke-10 platform Pointers yang dilancarkan pada 2010 dengan jumlah anggota hanya 200.
Sejak tempoh itu, pengikut Pointers meningkat kepada lebih 5,000 anggota berdaftar dari 50 negara.
Platform itu terbukti menjadi medium berkesan untuk mendekati khayalak global bagi menyediakan bukan sahaja aliran harga minyak makan utama malah berkongsi perkembangan dan peluang penting dari rantau yang berbeza di dunia.
Bagi edisi istimewa Pointers kali ini, MPOC dan Bursa Malaysia Derivatives telah mengumpulkan 10 pakar yang akan berkongsi pandangan mereka mengenai perkembangan industri, prospek harga dan kesan COVID-19 ke atas permintaan dalam pasaran utama.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 22 2020

Malaysia terus berusaha untuk mewujudkan hubungan perdagangan lebih baik dengan India di samping menangani beberapa isu yang menidakkan bahagian minyak sawit negara dalam pasaran global. - Bernama

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Untung bersih tahun kewangan 2024 Maxis naik 40.6 peratus kepada RM1.4 bilion
Maxis Bhd mencatat peningkatan keuntungan bersih 40.6 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2024 kepada RM1.4 bilion berbanding RM993 juta pada tahun sebelumnya.

MAHB nyahsenarai dari Bursa Malaysia, Pengarah Bebas Bukan Eksekutif letak jawatan
Semua Pengarah Bebas Bukan Eksekutif (INED) MAHB telah mengemukan peletakan jawatan mereka.

Bursa Malaysia dibuka rendah berikutan aktiviti pengambilan untung berterusan
Pada pukul 9.05 pagi, FBM KLCI turun 5.42 mata atau 0.34 peratus kepada 1,577.34 daripada 1,582.76 ketika ditutup semalam.

Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan jualan oleh dana asing
Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah pada Isnin berikutan penjualan oleh dana asing yang berterusan, meskipun kebanyakan pasaran serantau merekodkan prestasi lebih baik.

Bursa Malaysia dibuka tinggi sedikit tetapi rendah kemudiannya
Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 2.62 mata kepada 1,588.98 daripada 1,591.60 pada Jumaat lepas.

Belian lewat saham perbankan bantu Bursa Malaysia hadkan penurunan
Belian lewat dalam saham perbankan selepas jualan besar-besaran dalam Celcomdigi pada awal dagangan membantu menghadkan penurunan Bursa Malaysia di tengah-tengah sentimen pasaran yang agak lemah.

Bursa Malaysia meningkat semula dalam dagangan awal
Pada 9.09 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.55 mata kepada 1,593.83 daripada 1,592.28 semasa ditutup semalam.

Bursa Malaysia susut 0.43 mata pada awal dagangan
Pada 9.05 pagi, indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.43 mata kepada 1,602.62.

Haos Ek? intai pasaran eksport, sasar di senarai di Bursa Malaysia pada 2028
Syarikat itu optimis dengan perancangan berkenaan berikutan usaha kerajaan yang sentiasa memberikan sokongan.

Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan tarif Trump
Keuntungan Axiata, Tenaga Nasional dan Maybank membantu mengimbangi kerugian sebelum ini dalam indeks utama Bursa Malaysia.