KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines Berhad menyasarkan jualan RM100 juta untuk tiket penerbangan sepanjang kempen MATTA Fair yang akan berlangsung bermula 8 hingga 17 April 2022.
Ketua Pegawai Pemasaran Kumpulan dan Pengalaman Pelanggan Malaysia Airlines, Lau Yin May berkata, sasaran itu akan didorong jualan daripada destinasi popular seperti London, Australia, Kuching dan Kota Kinabalu.
Beliau berkata, ia juga susulan kejayaan penganjuran Malaysia Airlines Travel Fare (MATF) berakhir 4 April lalu yang menyaksikan tiket penerbangan yang paling laris adalah Kuching, Kota Kinabalu dan London.
"Sasaran jualan RM100 juta ini sememangnya sangat tinggi tetapi kami percaya ia mampu dicapai dan jika tidak berjaya tidak mengapa, kerana kami sudah semakin menghampiri sasaran itu," katanya pada sidang media bersempena dengan penganjuran MATTA Fair pada 9 hingga 10 April 2022, lapor Berita Harian.
Turut hadir, Bendahari Kehormat Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA), Nigel Wong.
Matta Fair akan berlangsung secara dalam talian bermula dari 8 April hingga 17 April 2022 dan secara fizikal selama dua hari bermula 9 hingga 10 April 2022 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur.
Yin May berkata, sempena Matta Fair, Malaysia Airlines akan menawarkan diskaun sehingga 45% bagi destinasi domestik dan antarabangsa terpilih.
Bagi, penerbangan Firefly, pengembara berpeluang menikmati potongan harga sehingga 50% apabila membuat tempahan menerusi aplikasi mudah alih atau laman webnya bermula 7 hingga 10 April ini untuk perjalanan bermula dari 14 April hingga 29 Oktober 2022.
Sementara itu, Nigel berkata, Malaysia Aviation Group (MAG) merangkumi Malaysia Airlines, Firefly dan Maswings, diumumkan sebagai penerbangan rasmi untuk MATTA Fair kali ini.
"Pengunjung MATTA Fair akan mempunyai peluang untuk membeli pelbagai pakej percutian menarik dan berbaloi dengan wang, sama ada di dalam atau luar negeri membabitkan lebih 20 syarikat pelancongan," katanya. - DagangNews.com
Dagang News
Wed Apr 06 2022
Malaysia Airlines Berhad menyasarkan jualan RM100 juta untuk tiket penerbangan sepanjang kempen MATTA Fair yang akan berlangsung bermula 8 hingga 17 April 2022. -Gambar fail/Bernama
Tinjauan 2025: Keyakinan PMKS meningkat, landskap global jadi pemboleh ubah
Landskap geopolitik yang tidak menentu, cabaran harga bahan mentah dan pelbagai lagi menjadi cabaran utama kepada PMKS di negara ini. Bagaimana mereka harus mendepaninya? Ulasan bersama Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Usahawan Mikro, Abd Azharee Abdul Wahid.
Indeks Sentimen PKS meningkat, bukti keyakinan PMKS
Momentum positif yang direkodkan dalam kajian ini sekali lagi menekankan kedudukan PMKS sebagai segmen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang secara signifikan kepada trajektori pertumbuhan Malaysia.
Deretan gerai berhampiran Plaza TAR terbakar
Setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian mendapati api sedang marak di deretan gerai berkenaan.
[Data & Statistik] Indeks Sentimen Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)
Trend peningkatan Indeks Sentimen PKS mencerminkan pertumbuhan ekonomi yang lebih baik, jangkaan jualan yang kukuh serta perancangan yang diperbaharui untuk pengembangan dan penciptaan peluang pekerjaan.
Strategi Malaysia mendepani dasar luar jangka era Trump
Rantau Asia terutama ASEAN dilihat berada pada kedudukan paling stabil terutama dari segi pertumbuhan ekonomi, geopolitik dan keselamatan pada ketika ini. Bagaimana Malaysia harus respond kepada perang dagang 2.0 antara AS-China yang mungkin memuncak?
Semangat membara Soon Huat-Shevon
Kejayaan mara ke separuh akhir WTF di China pertengahan bulan ini sebagai pencapaian yang tidak pernah mereka gambarkan.
Capital A sedang bincang pembelian pesawat, sebahagian daripada strategi pengembangan
Ditanya mengenai berapa jumlah pesawat baharu yang dirancang untuk dibeli, Fernandes berkata ia bergantung kepada keputusan lembaga pengarah.
KLCC Holdings akan majukan tanah di Bandar Malaysia
Ia adalah tapak bekas pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Sungai Besi, di Kuala Lumpur.
AWANI Ringkas: 7 maut, 33 yang lain cedera
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [24 Disember 2024]
Fokus Awani Pagi Bersama Syazwani Saiful Sham & Farhan Hakimi
1. PDRM laksana Op Lancar bermula hari ini hingga 2 Jan
2. Koc wanita diperluas ke LRT Ampang/Sri Petaling mulai 31 Dis - Rapid Rail
3. Pensyarah UM terpalit dakwaan hantar mesej jelik seksual telah ditahan kerja
1. PDRM laksana Op Lancar bermula hari ini hingga 2 Jan
2. Koc wanita diperluas ke LRT Ampang/Sri Petaling mulai 31 Dis - Rapid Rail
3. Pensyarah UM terpalit dakwaan hantar mesej jelik seksual telah ditahan kerja
Taiwan tawar penjalanan mesra Muslim kepada pelancong Malaysia
Pelancong Malaysia yang melawat Taiwan yang meningkat hampir 20 peratus sejak awal tahun kini hingga Mei lalu sekali menyerlahkan komitmen negara itu menawarkan pengalaman perjalanan mesra Muslim.
Malaysia Airlines jangka penghantaran lima pesawat A330neos menjelang suku pertama 2025
Malaysia Airlines menjangkakan penghantaran lima pesawat Airbus A330neo menjelang suku pertama 2025, selepas ketibaan A330neo pertamanya bulan depan.
MAG pamer inovasi kembara tercanggih, rai perpaduan di MATTA Fair 2024
Melangkah ke dalam keterujaan di Arena MAG, nikmati potongan tambang penerbangan sehingga 30 peratus dan berpeluang memenangi tiket Kelas Perniagaan ke London!
MAG tawar diskaun tambang pada MATTA Fair 2024
Malaysia Airlines mempamerkan barisan produk dan perkhidmatannya yang disukai ramai, termasuk perkongsian dengan Manchester United.
Sabah jana jualan pakej pelancongan hampir RM3 juta menerusi pameran MATTA 2024
Pameran MATTA dari 22 hingga 24 Mac lepas menyediakan platform terbaik untuk mempamerkan produk pelancongan Sabah yang pelbagai.
Perak capai jualan RM2 juta sepanjang MATTA Fair
Sebanyak RM2 juta hasil jualan tiket produk pelancongan dan tempahan bilik hotel, telah diraih pada MATTA Fair yang berlangsung di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
MATTA Fair: Johor sasar jualan RM8 juta
Pameran MATTA di Pusat Konvensyen Antarabangsa Austin (AICC), Johor Bahru itu dijangka menarik 5,000 hingga 8,000 pengunjung.
Bajet 2023: Promosi pelancongan negara perlu libatkan pelbagai pihak
Libat urus ini bukan sahaja hanya melibatkan satu atau dua agensi semata-mata, tetapi perlu lebih menyeluruh membabitkan ramai pihak pelbagai latar belakang.
'Mood' melancong kian rancak, rakyat Malaysia mula rancang percutian hujung tahun
Rakyat Malaysia dilihat sibuk merancang percutian dalam dan luar negara, mungkin bagi meredakan tekanan selepas melihat banyak perkara terjadi di dalam negara.
Fasa peralihan ke endemik: Perak sasar kemasukan 6 juta pelancong domestik - Exco
Kerajaan Perak menyasarkan kemasukan kira-kira 6 juta pelancong domestik ke negeri ini, selepas negara memasuki fasa peralihan ke endemik.