Pelancaran Program Pemacu Global (GAP) dimulakan dengan penyertaan 56 syarikat permulaan dari 47 negara dengan faedah bernilai lebih RM1.7 juta (US$400,000).
Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC) Ashran Ghazi berkata, syarikat terpilih akan dilengkapkan dengan kemahiran, pengetahuan dan rangkaian hubungan yang diperlukan bagi menembusi pasaran ASEAN.
Jelasnya, program selama empat bulan itu dibangunkan atas rangka kerja sedia ada dan mempunyai asas Asia Tenggara yang kukuh.
"Selain itu, kami cuba menggalakkan mereka yang ada di sini untuk program ASEAN. Beberapa minggu lalu kami telah melancarkan MaGIC Activate bagi menggalakkan syarikat-syarikat kekal.
"Oleh itu, kami mahu syarikat-syarikat ini bertapak di sini kerana ia akan menggalakkan perhubungan dan meningkatkan keupayaan untuk terus berkembang.
"Secara jujurnya, kami tidak sepenuhnya percaya dengan cara paksaan, walaupun ada perbincangan dalaman tetapi ia perlu ada dalam struktur proksi," katanya.
Ashran berkata demikian pada sidang media selepas pelancaran GAP di sini hari ini.
BACA: MaGIC lancar program pemacu global bagi 80 syarikat permulaan
TONTON: MaGIC sasar lebih banyak penglibatan korporat
Turut hadir, Pengerusi MaGIC, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah.
GAP akan dilaksanakan dari Julai sehingga Oktober dan bertempat di Kampus MaGIC, Cyberjaya.
Program yang julung kali diadakan itu menerima kira-kira 950 permohonan dari 47 negara.
Ia merupakan evolusi daripada Program Pemacu MaGIC, yang pertama kali diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Komuniti Keusahawanan Global 2016.
Jelasnya, syarikat permulaan itu akan mendapat manfaat antaranya daripada Microsoft, Amazon Web Services, IBM,123 RF, HubSpot dan banyak lagi, serta peluang untuk belajar daripada pelabur dan mentor bertaraf dunia.
"Usahawan akan mempunyai akses langsung kepada rakan kongsi utama di Asia Tenggara seperti Axiata, Digi, Maxis dan Maybank selain ruang kerja bersama, tempat tinggal dan bayaran bulanan," katanya.
Jelas Ashran, syarikat terbabit akan mempunyai peluang untuk meningkatkan idea perniagaan mereka berdasarkan sembilan vertikal industri GAP sendiri.
"Ia termasuk bioteknologi, pendidikan, inovasi sosial, gaya hidup, rantaian bekalan, kreatif, kewangan, penjagaan kesihatan dan bandar pintar.
"Peserta juga digalakkan untuk mengintegrasikan misi sosial dalam permulaan mereka semasa memulakan langkah dalam perjalanan untuk membina perniagaan yang mampan.
"Bagi tempoh empat bulan akan datang ini, peserta akan bertemu dan bekerja dengan sebahagian daripada pakar di rantau ini, bekerjasama dengan rakan lain, memperhalusi idea dan memahami apa yang membolehkan sesebuah perniagaan itu bertahan lama," ujarnya.
Pada Jun, MaGIC melancarkan dua program baharu di bawah inisiatif tanggungjawab keusahawanan korporat (CER), CER Circle dan MaGIC Activate bagi meningkatkan lagi penyertaan syarikat korporat dan swasta sekali gus dapat melonjakkan pembangunan ekosistem keusahawanan dalam negara.
Ia sekali gus menarik minat lebih banyak syarikat swasta dan korporat membantu membangunkan usahawan di negara ini.
Wan Syamsul Amly
Tue Jul 04 2017
Pelancaran Program Pemacu Global (GAP) dengan penyertaan 56 syarikat permulaan dari 47 negara dengan faedah bernilai lebih RM1.7 juta. - Gambar fail
Nahas ngeri di Ayer Keroh: Sambut hari lahir anak serentak sebelum pergi selamanya
Sebelum ini, mereka tidak pernah menyambut ulang tahun kelahiran ketiga-tiga anak mereka berusia tujuh, empat dan dua tahun.
Leading the Way: Malaysia's data centre rise & global impact
Malaysia has been ranked first among regional peers in Southeast Asia in Knight Frank’s SEA-5 Data Centre Opportunity Index for the second consecutive year with an annual take-up of 429 megawatts (MW). In its Data Centre Research Report 2024, the global property consultancy said growth is driven by strategic investments from tech giants like Microsoft, Amazon Web Services (AWS), Google, and Oracle, totalling 23.3 billion USD.
Spekulasi tinggalkan Old Trafford: Amorim salahkan penasihat Rashford
Rashford dalam satu temu bual seakan mahukan 'cabaran baru' selepas diketepikan daripada perlawanan awal bulan ini.
SIRIM: 50 tahun terajui transformasi teknologi dan inovasi
SIRIM, sejak penubuhannya pada 1975, telah menjadi peneraju dalam pembangunan teknologi dan penetapan piawaian. Temu bual ekslusif bersama Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, SIRIM, Datuk Indera Ir. Dr Ahmad Sabirin Arshad, FASc berkongsi tentang pencapaian dan rancangan masa depan SIRIM dalam mengukuhkan ekosistem teknologi dan inovasi negara.
[Data & Statistik] Dividen Amanah Saham Bumiputera lebih tinggi?
Kadar dividen Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024 dijangka lebih tinggi. Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Berhad, Dr. Mohd. Afzanizam Abdul Rashid berkata, agihan dividen antara 5.1 dan 5.2 peratus bagi ASB dilihat agak munasabah berdasarkan iklim pelaburan semasa.
Suami tikam isteri marah tidak dapat pinjam duit
Kejadian tikaman berlaku semasa mangsa sedang memasak di dapur.
Tinjauan 2025: Keyakinan PMKS meningkat, landskap global jadi pemboleh ubah
Landskap geopolitik yang tidak menentu, cabaran harga bahan mentah dan pelbagai lagi menjadi cabaran utama kepada PMKS di negara ini. Bagaimana mereka harus mendepaninya? Ulasan bersama Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Usahawan Mikro, Abd Azharee Abdul Wahid.
Indeks Sentimen PKS meningkat, bukti keyakinan PMKS
Momentum positif yang direkodkan dalam kajian ini sekali lagi menekankan kedudukan PMKS sebagai segmen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang secara signifikan kepada trajektori pertumbuhan Malaysia.
Deretan gerai berhampiran Plaza TAR terbakar
Setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian mendapati api sedang marak di deretan gerai berkenaan.
[Data & Statistik] Indeks Sentimen Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)
Trend peningkatan Indeks Sentimen PKS mencerminkan pertumbuhan ekonomi yang lebih baik, jangkaan jualan yang kukuh serta perancangan yang diperbaharui untuk pengembangan dan penciptaan peluang pekerjaan.
Indonesia komited percepat tubuh pusat kawalan jerebu rentas sempadan
Hanif berkata pengoperasian pusat penyelarasan itu tertangguh kerana menunggu pemeteraian perjanjian oleh Thailand, Vietnam dan Filipina.
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Ringgit mencatat pemulihan kukuh apabila ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS pada Isnin berikutan kenaikan harga komoditi dan bacaan inflasi Amerika Syarikat (AS) yang lebih rendah.
Prabowo demam, mohon pertemuan dengan Anwar ditangguh
Anwar menerusi perkongsian di laman media sosialnya berkata, Prabowo memohon untuk menangguhkan pertemuan tersebut kerana mengalami demam.
Malaysia akan sesuaikan diri dengan era Trump, kata Anwar
Anwar menegaskan kepentingan AS sebagai pelabur kumulatif utama Malaysia, di samping kuasa besar global lain seperti China dan Jerman.
PM Anwar seru kebangkitan kedua ASEAN untuk bentuk masa depan mampan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa era transformatif bagi Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) ketika Malaysia bersedia untuk memegang jawatan pengerusi blok itu pada 2025.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS, merupakan hari dagangan ketujuh berturut-turut mencatatkan penurunan.
MIDA, DRB-HICOM dan Geely majukan Lembah Teknologi Tinggi Automotif di Perak
MIDA bekerjasama dengan DRB-HICOM Bhd dan Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd bagi memajukan Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV) di Tanjung Malim, Perak.
MCS 2024: Komitmen Malaysia terhadap kerjasama melangkaui hubungan dua hala
Malaysia menyatakan komitmen terhadap keterbukaan dan kerjasama melangkaui hubungan dua hala termasuk mengalu-alukan lebih banyak perniagaan, idea, dan bakat ke negara ini.
Pelantikan Thaksin sebagai penasihat tidak rasmi disifatkan sebagai jambatan penghubung ASEAN - Mohamad
Thaksin Shinawatra yang berpengaruh di Thailand, juga dikenali sebagai figura yang diterima baik oleh Amerika Syarikat dan mempunyai hubungan rapat dengan China.
Ringgit ditutup sedikit rendah menjelang menyuarat dua hari FED bermula esok
Ringgit ditutup sedikit rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin.