JOHOR BAHRU: Maersk, syarikat pengangkutan maritim dan logistik global, telah menyatakan hasrat untuk melabur di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) di sini, dengan potensi pelaburan yang signifikan, kata Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Ketika berkongsi mengenai perkara itu dalam hantaran di laman Facebook, beliau berkata perkara itu telah dinyatakan dalam pertemuan dengan syarikat tersebut di Singapura sempena lawatan kerja beliau selama tiga hari mulai Rabu ke republik berkenaan.
"Adalah penting untuk kedua-dua pihak meneliti dan memperincikan setiap aspek perancangan pembangunan serta pelaburan jangka panjang untuk kawasan PTP.
"Kerajaan negeri yakin dengan pengalaman Maersk sebagai penyedia perkhidmatan logistik terbaik serta prestasi PTP sebagai pelabuhan ke-15 terbaik dunia, mampu menarik lebih ramai pelabur serta memangkin ekonomi Johor ke tahap lebih cemerlang, insya-Allah," kata beliau.
Turut hadir ialah Pengerusi Pejabat Ekonomi, Pelancongan dan Kebudayaan Johor di Singapura (JETCO) Datuk Seri Ir Hasni Mohammad; Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Johor Lee Ting Han dan Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) Datuk Dr Badrul Hisham Kassim.
Pada Ogos 2022, Maersk dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) telah memeterai memorandum persefahaman (MoU) yang membabitkan perancangan untuk mewujudkan rangkaian hab logistik di Malaysia menerusi beberapa fasa sehingga 2030.
Bagi tahun lepas, Maersk berjaya merekodkan hasil pendapatan sebanyak US$81.5 bilion dengan tenaga sebanyak 110,000 pekerja di seluruh dunia.
Sementara itu, dalam hantaran lain, Onn Hafiz berkongsi mengenai pertemuannya dengan Menteri Pembangunan Singapura Desmond Lee semalam, dengan perbincangan menyentuh cadangan untuk mewujudkan Zon Ekonomi Khas (SEZ) Johor-Singapura di Wilayah Iskandar Malaysia.
Perbincangan lain pula berkaitan usaha Johor meningkatkan kerjasama dengan Singapura demi kepentingan bersama rakyat masing-masing.
"Johor dan Singapura saling melengkapi dan hubungan istimewa yang terjalin selama ini perlu terus diperkukuh demi kemakmuran bersama.
"Kami turut berbincang mengenai persiapan bagi Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Peringkat Menteri Malaysia-Singapura untuk Iskandar Malaysia (JMCIM) kali ke-16 yang akan diadakan di Singapura pada tahun ini," kata beliau.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 06 2023

Lawatan tiga hari Onn Hafiz ke Singapura bermula dengan perjumpaan bersama pihak Maersk. - Foto Facebook Onn Hafiz Ghazi

'Gummy' dilarang jual di semua platform, tidak patuh pelabelan
Tindakan penguatkuasaan termasuk rampasan produk ini akan dibuat berdasarkan peraturan.

Rusia denda Google beberapa kali kerana langgar syarat kandungan
Denda itu dikenakan kerana kegagalan Google menghapuskan kandungan berunsur ekstremisme, berita palsu serta bahan yang menghasut rusuhan.
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.

Jojo sedia kongsi ilmu di Wilayah Pahlawan 2025
Jojo berkata beliau memikul tanggungjawab besar untuk menjadi lebih matang dan berdisiplin, demi menjadi inspirasi baik buat anak muda.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.

Johor penyumbang terbesar KDNK sektor pertanian negara - Onn Hafiz
Kerajaan negeri akan terus komited memperkasakan Johor sebagai 'bakul makanan' negara dan juga di peringkat antarabangsa.

Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.

Johor raih potensi pelaburan bernilai AS$190 juta dari Korea Selatan - Menteri Besar
Kerajaan negeri Johor telah mengadakan pertemuan dengan beberapa syarikat terkemuka Korea Selatan yang berpotensi membawa pelaburan strategik.

GISB: Johor tubuh jawatankuasa khas pulih akidah, selaras bantu anak pengikut
Jawatankuasa itu turut menyelaras pendidikan persekolahan, penempatan dan bantuan yang boleh disalurkan kepada anak-anak pengikut GISB.

MB Johor, TPM Fadillah bincang isu sumber bekalan air negeri
Turut dibincangkan ialah projek sumber dan bekalan air negeri, cadangan baharu projek sumber air, dan model pembekalan air ke pusat data.

BN Johor tekad kekalkan momentum kemenangan pada PRN akan datang - Onn Hafiz
BN Johor bertekad untuk merampas kembali empat kerusi yang dimenangi pembangkang dalam PRN lepas selain memperkasa gerak kerja PRU16.

Tindakan tegas dikenakan jika Johor alami gangguan bekalan air - MB
Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata isu tersebut masih lagi kerap berlaku di beberapa kawasan, termasuk ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri lepas.

Johor kutuk insiden serangan terhadap 3 pemain bola sepak - Onn Hafiz
Onn Hafiz tidak akan berkompromi, terhadap mana-mana pihak yang mencetuskan isu yang boleh menggugat keharmonian dan keselamatan di Johor.

Serang Safiq Rahim: Kerajaan Johor yakin kewibawaan PDRM siasat, kesan pelaku
Datuk Onn Hafiz Ghazi sedih dan terkejut dengan apa yang berlaku, namun yakin dengan keupayaan PDRM yang akan menyiasat perkara tersebut.

Johor pastikan masalah bekalan air ketika perayaan tidak berulang
Kerajaan negeri akan berusaha memastikan sifar masalah bekalan air pada hari raya tahun hadapan dengan beberapa langkah telah diambil.