Akta Malaysian Airline System Berhad (MAS) yang diluluskan Parlimen membolehkan penubuhan satu kesatuan sekerja bagi melindungi hak kakitangan dengan secukupnya.
Bagaimanapun seorang pensyarah undang-undang Universiti Utara Malaysia (UUM) Dr. Ruzita Azmi, mengingatkan kakitangan syarikat penerbangan itu untuk memahami bahawa di bawah undang-undang berkenaan, Malaysia Airline Berhad (MAB) bukanlah pengganti MAS yang lama.
"Ini bermakna mereka (MAB) bermula dengan rekod bersih dan sebagai entiti baru yang tidak boleh disaman kerana mereka bukanlah majikan pengganti kepada MAS lama. Itu fakta yang perlu difahami. MAB bukanlah majikan pengganti."
Dr. Ruzita mengulas dakwaan kesatuan pekerja yang hak kakitangan syarikat penerbangan itu diketepikan berikutan penstrukturan semula itu.
Ini termasuk mendapat gaji lebih rendah serta faedah yang kurang dan hak bekas pekerja yang tidak diambil semula.
Menurut Dr. Ruzita lagi, apa sahaja yang dinikmati kakitangan di bawah pengurusan lama, adalah sejarah dan pengurusan baharu tidak boleh diharap untuk memindahkan faedah sama ke dalam kontrak baru kecuali pengurusan baru juga melaksanakan faedah yang sama atau terma dan syarat yang sama.
Dr Ruzita menjelaskan semua faedah telah diterangkan secara jelas dalam kontrak pekerjaan dan apabila mereka bersetuju menandatanganinya, ia bermakna mereka bersetuju dengan semua faedah dalam kontrak berkenaan.
"98 peratus telah pun bersetuju terhadap tawaran oleh MAB, ini bermakna mereka gembira dengan semua terma dan syarat dan juga faedah terbabit. Jadi, tiada lagi isu yang boleh ditimbulkan."
Beliau turut menasihatkan pekerja agar mempertimbangkan penubuhan kesatuan sekerja yang baharu apabila MAB yang mula beroperasi 1 September lalu kembali mencatatkan pemulihan dari segi kewangan dan operasi.
Kata Dr. Ruzita sebagai sebuah syarikat penerbangan baharu, MAB memerlukan segala sokongan untuk kembali bersaing.
"Akta MAS telah memberikan entiti baharu itu satu bentuk kekebalan daripada tindakan undang-undang diambil terhadap pihak pentadbir dan pihak berkaitan lain. Ini bagi membolehkan MAB memberi konsentrasi kepada operasi perniagaan bagi mendapatkan semula keuntungan."
Pada 1 Jun lalu, MAS telah mengeluarkan surat pemberhentian kepada 20 ribu kakitangannya dalam usaha memulihkan aliran kewangan syarikat.
Daripada jumlah itu, 6,000 ditamatkan kontrak manakala 14,000 lagi ditawarkan pekerjaan oleh MAB.
Norzainah Zainal Abidin
Sat Sep 05 2015
MAB bermula dengan rekod bersih dan sebagai entiti baru yang tidak boleh disaman kerana mereka bukanlah majikan pengganti kepada MAS lama. - Gambar Fail
Penggunaan kamera badan penguat kuasa JPJ diperlukan, tingkat intergriti
Penggunaan kamera itu diyakini dapat meningkatkan integriti pasukan selain mengelakkan salah tafsir dalam kalangan anggota penguat kuasa semasa bertugas.
Penyertaan larian Rimba Kita tahun kedua lebih meriah
Lebih 1,200 peserta menyertai larian Rimba Kita anjuran Astro Malaysia Holdings Bhd dan World Wildlife Fund (WWF) Malaysia di Taman Wetland Putrajaya.
Aubameyang buat Cristiano Ronaldo, Al-Nassr berputih mata
Keputusan itu menyaksikan Al-Qadsiah berkongsi 22 mata bersama Al-Nassr di tempat ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [23 November 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Amirul Aiman
- Suspek kes buli UPNM mengaku tidak bersalah pijak perut mangsa pakai spike but
- Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM
- Pendekkan waktu bekerja tidak jejas produktiviti sektor awam - CUEPACS
- Suspek kes buli UPNM mengaku tidak bersalah pijak perut mangsa pakai spike but
- Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM
- Pendekkan waktu bekerja tidak jejas produktiviti sektor awam - CUEPACS
Banjir Melaka: 264 mangsa dipindah ke tiga PPS
Setakat jam 8 pagi ini, seramai 264 mangsa membabitkan 71 keluarga telah dipindahkan ke tiga pusat pemindahan sementara.
PM rasmi program 2TM, Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam hari ini
Anwar akan merasmikan program dan konvensyen yang bertemakan 'MADANI di Hati, Rakyat Disantuni' itu pada 11 pagi, disusuli sesi 'town hall' atau dialog awam.
Jika Man City dihukum, saya akan tetap kekal bersama pasukan -- Guardiola
Guardiola tandatangani lanjutan kontrak baru dua tahun, menamatkan spekulasi mengenai perjanjian semasa yang akan tamat akhir musim ini.
FFM berpotensi diangkat sebagai festival filem bertaraf antarabangsa - Fahmi
Fahmi berkata FFM setanding Festival Filem Antarabangsa lain seperti yang diadakan di Singapura, Cannes, Locarno, Jogja-NETPAC, Busan, Goa dan Tokyo.
Serangan Israel di Lubnan, lima petugas perubatan terkorban
Israel melancarkan serangan besar ke selatan Lubnan dan pinggir Beirut pada Jumaat, menyebabkan sekurang-kurangnya lima petugas perubatan terkorban.
Langkah tersebut menjejaskan usaha utusan Amerika Syarikat untuk mewujudkan gencatan senjata segera.
Langkah tersebut menjejaskan usaha utusan Amerika Syarikat untuk mewujudkan gencatan senjata segera.
Gaza terus diserang meski waran tangkap dikeluarkan ICC
Penduduk Gaza pada Jumaat melihat sedikit harapan bahawa waran tangkap Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) terhadap pemimpin Israel akan memperlahankan serangan ke atas wilayah mereka.
Serangan terbaru tentera Israel, telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 24 orang dilaporkan terbunuh di Gaza.
Serangan terbaru tentera Israel, telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 24 orang dilaporkan terbunuh di Gaza.
MAB beli pesawat baharu tingkat keyakinan penumpang
MAB telah melaksanakan proses perolehan pesawat baharu sebagai strategi meningkatkan keyakinan penumpang terhadap syarikat penerbangan berkenaan.
Kadar OTP Malaysia Airlines naik lebih 80 peratus pada Oktober 2024
Beliau berkata peningkatan tersebut adalah susulan pengumuman MAB untuk mengurangkan rangkaian penerbangannya pada hujung Ogos yang lalu.
Malaysia Airlines Bhd perlu ambil langkah drastik tarik minat pekerja mahir baharu - Anthony
Malaysia Airlines Bhd (MAB) perlu memastikan anak syarikatnya MAB Engineering Services mengambil langkah drastik untuk menarik minat pekerja mahir baharu.
Astro kolaborasi bersama MAB, komited cipta kandungan lebih inklusif
Datuk George Thomas berkata, inisiatif ini untuk mencipta lebih kesedaran dalam kalangan rakyat Malaysia agar lebih prihatin.
Malaysia Airlines guna RM1.3 bil, proses pemulihan beri petunjuk positif - Khazanah
Malaysia Airlines Berhad (MAB) telah menggunakan RM1.3 bilion daripada RM3.6 bilion modal yang diperuntukkan di bawah pelan pemulihan perniagaan syarikat penerbangan tersebut.
J-KOM, MAB jalin kerjasama tingkatkan pengehakupayaan komuniti OKU
Masyarakat OKU adalah antara kumpulan paling terjejas akibat penularan wabak COVID-19, sekali gus mengehadkan keupayaan mereka menghasilkan sumber pendapatan.
Malaysia Airlines dapat markah penuh bagi protokol keselamatan COVID-19
Menurut tinjauan itu, syarikat penerbangan nasional dianggap cemerlang dalam semua kategori, sehingga dianugerahkan tujuh bintang.
Malaysia Airlines tawar tiket bersubsidi untuk tingkatkan pelancongan domestik
Pelanggan boleh menuntut potongan harga sehingga RM200 untuk tambang Kelas Ekonomi dan Perniagaan Malaysia Airlines ke semua destinasi tempatan.
Malaysia Airlines, wajar dikekalkan atau tidak?
Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil berkata, ada ahli politik dan ahli Parlimen berpendapat MAB adalah aset nasional yang memainkan peranan penting dalam membawa imej negara di persada dunia.
Malaysia Airlines teruskan misi bawa pulang rakyat
MAB telah jalankan sebanyak 218 penerbangan menyelamat dan membawa pulang mereka yang terbabit menerusi perkhidmatan berjadual dan sewa khas sejak Mac 2020.