Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) sedang menyelaras lima kumpulan kerja merangkumi pelbagai kementerian bagi menghasilkan rangka kerja dasar Industri 4.0 Kebangsaan.
Menterinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata draf pertama dokumen itu telah dibentangkan kepada beliau pada pagi Isnin dan akan dikemukakan kepada kerajaan menjelang akhir Januari tahun depan.
"Saya berpuas hati dengan perkembangan itu dan kita akan cuba menyiapkannya dalam tempoh sasaran iaitu suku pertama tahun depan dan April dilihat sebagai (tempoh) paling sesuai," katanya kepada pemberita pada majlis minum petang MITI di sini, semalam.
Pihak terbabit adalah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi; Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Pendidikan Tinggi, Kementerian Kewangan dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia.
Mengulas selanjutnya, Mustapa berkata kumpulan kerja itu terbabit dalam usaha merangka deraf berkenaan selama 18 bulan.
Malah, usaha bagi menyiapkan dokumen itu turut dijadikan sebagai keutamaan MITI bagi 2018.
Beliau berkata, selepas dibentangkan di Parlimen, kerajaan selanjutnya akan memutuskan kementerian yang memikul tugas melaksanakan Industri 4.0 Kebangsaan itu.
Selain itu, Mustapa berkata beliau tidak akan menyertai Forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland pada tahun depan berikutan komitmen kerja setelah menghadiri acara itu sejak 2010 sehingga 2017.
"Pilihan raya (umum) akan tiba dan saya pula merupakan Pengerusi Barisan Nasional Kelantan. Banyak tugas yang perlu saya lakukan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 11 2017
Mustapa berkata, selepas dibentangkan di Parlimen, kerajaan akan memutuskan kementerian yang memikul tugas melaksanakan Industri 4.0 Kebangsaan. - Gambar fail
Johari Ghani mulakan lawatan rasmi ke Pakistan, hadiri PEOC
Menteri Perladangan dan Komoditi akan memulakan lawatan rasmi ke Pakistan hari ini untuk merasmikan Persidangan Minyak Makan Pakistan (PEOC) di Karachi.
Masa terbaik bakat mahir teknologi pulang ke Malaysia - Chang
Peluang hasil peralihan negara ke arah industri yang bernilai lebih tinggi menjadikan kini masa terbaik untuk bakat teknologi pulang.
Presiden baharu Lubnan gesa dasar pertahanan menyeluruh, dialog dengan Syria
Joseph Aoun ajak semua pihak bincang dasar pertahanan menyeluruh yang membolehkan negara mengakhiri pendudukan Israel dan menangkis serangan.
Permintaan kargo udara, penumpang global naik lebih 8 peratus pada November 2024 - IATA
Willie Walsh berkata, setelah mempertimbangkan semua faktor, prestasi kargo udara dijangka menutup tahun 2024 dengan catatan menguntungkan.
Imigresen Indonesia tahan buruan AS dakwaan eksploitasi kanak-kanak
Direktorat Jeneral Imigresen menahan TJC, seorang buruan warga Amerika Syarikat (AS) yang dicari oleh Marsyal AS atas pertuduhan berkaitan eksploitasi seksual, cubaan eksploitasi kanak-kanak dan porno
Angka kematian di Gaza akibat serangan Israel melebihi 46,000 orang
Angka kematian sejak 7 Okt 2023 mencecah 46,006 orang, majoritinya kanak-kanak dan wanita; kira-kira 109,378 orang lagi cedera.
1,211 gempa susulan dikesan selepas gempa bumi berukuran 6.8 magnitud Xizang
Gempa susulan terbesar mempunyai magnitud 4.4 dan berlaku kira-kira 18 kilometer dari pusat gempa bumi berukuran 6.8 magnitud.
Maritim Malaysia dipilih perintis integrasi AI dalam pengoperasian
Maritim Malaysia dipilih sebagai salah satu jabatan di bawah KDN sebagai perintis pengintegrasian teknologi AI dalam pengoperasian.
NAFAS perlu kekal sebagai pembekal utama baja negara
Faizul berkata, sejak sekian lama PPK membuat tempahan baja daripada NAFAS dan pengagihan berjalan mengikut jadual.
NRES perkasa Akta Hakmilik Strata - Nik Nazmi
Hal ini bagi memastikan skim-skim strata yang dibangunkan dapat disediakan dokumen hak milik strata mengikut kehendak perundangan semasa.
Lima kumpulan kerja rangka dasar Industri 4.0 Kebangsaan - Mustapa
Menterinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata draf pertama dokumen itu telah dibentangkan kepada beliau pada pagi Isnin dan akan dikemukakan kepada kerajaan menjelang akhir Januari tahun depan.