KUALA LUMPUR: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) yakin lebih banyak syarikat Jerman akan memasuki Malaysia untuk melabur susulan pelaburan besar oleh Infineon Technologies AG baru-baru ini.
Menterinya Chang Lih Kang berkata hubungan dua hala terjalin antara Malaysia dan Jerman selama bertahun-tahun kini menjadi semakin lebih baik terutama selepas lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Jerman baru-baru ini.
"Banyak syarikat Jerman yang bagus berada di Malaysia, termasuk Infineon dengan pelaburan besar yang diumumkan baru-baru ini.
"Jadi, saya menjangkakan lebih banyak syarikat Jerman (mempertimbangkan untuk) menyertai mereka di Malaysia dan berharap beberapa perniagaan kita juga dapat meneroka pasaran di Eropah melalui Jerman," katanya kepada Bernama dan RTM selepas menyampaikan ucaptama di Forum Perniagaan Jerman-Malaysia di sini, pada Selasa.
Beliau berkata Malaysia perlu lebih memperkukuh sektor teknologi menerusi kerjasama dengan Jerman memandangkan Malaysia memiliki ekosistem yang agak lengkap untuk berbuat demikian.
"Saya berpendapat antara bidang yang kita boleh bekerjasama sudah tentu berkaitan teknologi contohnya dengan Infineon yang merupakan peserta utama dalam industri semikonduktor.
"Di Malaysia, kita mempunyai ekosistem yang agak lengkap terutama di Pulau Pinang. Jadi, saya berpandangan kita boleh bekerjasama dan menjalin kerjasama yang lebih erat dalam sektor semikonduktor," katanya.
Semasa menyampaikan ucapatama, Chang berkata MOSTI telah bekerjasama dengan Kementerian Pengajian Tinggi dan NVIDIA Corporation untuk melancarkan inisiatif sandbox kecerdasan buatan (AI).
Beliau berkata inisiatif itu akan memudahkan penubuhan sehingga 900 syarikat pemula niaga AI, dengan 13,000 bakat AI baharu akan dilatih pada 2026.
"Kami menyasar untuk mengubah Malaysia menjadi ekonomi berasaskan pengetahuan dengan menggunakan AI sebagai pemacu utama inovasi.
"Program ini bukan sahaja akan menyediakan peluang ekonomi baharu untuk rakyat Malaysia malah juga menggalakkan keusahawanan, menarik pelaburan asing dan mewujudkan pekerjaan bernilai tinggi dalam industri baharu dipacu AI," katanya.
Beliau berkata potensi AI adalah boleh digunakan untuk meningkatkan produktiviti dalam pelbagai industri namun seperti juga mana-mana teknologi baharu yang akan mempunyai risiko apabila wujudnya peluang.
"Inilah sebabnya tadbir urus dan kod etika AI penting dalam mewujudkan peraturan dan parameter bagi teknologi untuk membolehkan orang ramai meraih manfaat daripadanya di samping menyedari risiko dan kesulitan yang tidak diduga," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 07 2024
Chang Lih Kang berkata hubungan dua hala terjalin antara Malaysia dan Jerman selama bertahun-tahun kini menjadi semakin lebih baik terutama selepas lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Jerman baru-baru ini. - Gambar fail/BERNAMA
WEF2025: Decoding World Economic Forum 2025
A wrap-up to the key discussions and outcomes of the World Economic Forum 2025, highlighting some of the world's professionals, industry leaders, and experts. The forum explored the theme "Collaboration for the Intelligent Age," showcasing how global leaders are addressing pressing issues such as geo-economic uncertainty, climate change, and technological innovation. #WEF2025
Kotak hitam masih belum ditemukan, penyiasat masih meneliti perlanggaran udara di AS
Homendy berkata agensinya akan beri ruang kepada pasukan penyelamat untuk menjalankan misi pemulihan sebelum memulakan penyiasatan.
Bursa Malaysia dibuka meningkat seketika sebelum susut
Pada 9.05 pagi, indeks petunjuk utama FBM KLCI susut 5.31 mata kepada 1,547.38 berbanding paras penutup Selasa pada 1,552.69.
AWANI Ringkas: Tegakkan undang-undang antarabangsa
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PGA gagalkan cubaan seludup rokok bernilai lebih RM100,000
Rampasan dilakukan oleh sepasukan anggota Batalion 8 PGA menerusi Op Taring Alpha dalam serbuan ke atas sebuah premis sekitar 8.30 pagi.
AWANI Pagi: seruan inovasi untuk revolusi industri getah
Diskusi 8.30 pagi Jumaat bersama Ketua Pegawai Eksekutif P2 Biotech, Mohd Hazim Nordin membincangkan mengenai revolusi dalam industri getah melalui inovasi dan teknologi terkini bertujuan menarik minat golongan muda sebagaimana saranan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
KTMB tingkat kawalan rondaan cegah insiden pencerobohan
KTMB juga akan adakan perbincangan lanjut dengan APAD bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan keselamatan serta penguatkuasaan undang-undang.
Emir Qatar pemimpin Arab pertama lawat Syria sejak kejatuhan Bashar al-Assad
Kunjungan Sheikh Tamim menandakan pemulihan penting hubungan Qatar-Syria.
Prestasi Pasaran Saham: Faktor penurunan dan pemacu utama
Bersama Ketua, MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof untuk membincangkan faktor-faktor yang menyumbang kepada kelembapan pasaran saham baru-baru ini dan implikasinya terhadap pelabur.
Aerotrain: Kelewatan yang tidak memenuhi jangkaan
Kelewatan dalam menyambung semula perkhidmatan Aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada asalnya dijadualkan pada Januari 2025, dilihat sebagai mengecewakan selepas lebih dua tahun menantikannya.
Pelancaran UZMA SAT-1 bukti kejayaan Dasar Angkasa Negara 2030 - MOSTI
Kejayaan Uzma Berhad melancarkan satelit penderiaan jauh pertama miliknya UZMA SAT-1 awal pagi tadi, menjadi bukti pencapaian dalam pelaksanaan Dasar Angkasa Negara 2030 (DAN2030).
MOSTI, MITI bincang langkah atasi kemungkinan sekatan eksport ke atas cip AI
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang berkata impak yang mungkin timbul daripada hal itu boleh menjadi signifikan bagi Malaysia namun, laporan tersebut masih belum dapat disahkan.
INNOVATHON 2: '4 Mix' ditabal pemenang minggu ke-3, pamer inovasi tampal jalan berlubang
Inovasi ini mampu menurap jalan berlubang dalam masa lima minit menggunakan campuran bahan batu kelikir yang dibuang.
NASA, MOSTI perkukuh kerjasama angkasa
Malaysia dan NASA memperkukuh kerjasama dalam teknologi angkasa, dengan matlamat menjadikan Malaysia sebagai sebagai pemain utama di arena angkasa global.
Malaysia berpotensi jadi peneraju penyelidikan ubat botani
Malaysia, yang memiliki lebih 15,000 spesies tumbuhan ubatan, mempunyai potensi besar untuk menerajui penyelidikan ubat botani, menurut Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
Nuklear dipertimbangkan sebagai sumber tenaga negara
Kerajaan sedang mempertimbangkan penggunaan tenaga nuklear sebagai sumber tenaga negara pada masa depan, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang.
Malaysia cadang guna nuklear sebagai sumber tenaga negara pada masa depan - Rafizi
Malaysia bercadang untuk menggunakan penjanaan tenaga nuklear sebagai salah satu sumber tenaga negara pada masa hadapan, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
MyGenom: Kos perubatan boleh dikurangkan dengan memahami genetik populasi - MOSTI
Kejayaan Projek MyGenom bakal diterjemahkan dalam pembentuk penjimatan kos perkhidmatan perubatan melalui pemberian rawatan yang lebih sesuai mengikut genetik populasi Malaysia.
MOSTI terus perkasa program Malaysia Techlympics, STEM
MOSTI akan terus memperkasa pelaksanaan program Malaysia Techlympics dan inisiatif dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan.
'AI 4 Belia' perkasa penggunaan AI dalam kalangan anak muda - Chang
Program 'AI 4 Belia' anjuran MOSTI bertujuan memperkasakan golongan berkenaan dengan kemahiran teknologi AI dalam menghadapi cabaran pasaran pekerjaan masa hadapan.