KUALA LUMPUR: Lebih 85 peratus projek perkilangan yang diluluskan bagi tempoh 2021 hingga 2023 telah dilaksanakan setakat ini yang diterajui oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dan agensinya, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata bagi tempoh itu, sebanyak 2,386 projek perkilangan telah diluluskan yang secara umumnya mengambil masa 18 hingga 24 bulan untuk disiapkan, bergantung kepada tahap kerumitan sesuatu projek terbabit.
"Kita akan memastikan kadar pelaksanaan penuh (menghampiri 100 peratus) pada tahun-tahun akan datang.
"MITI juga ingin mengiktiraf sumbangan dari pelbagai pihak di semua peringkat, termasuk pelbagai kementerian, agensi dan pihak swasta yang turut membantu dalam mempercepatkan proses pelaksanaan komitmen pelaburan," katanya menerusi satu kenyataan hari ini.
Tengku Zafrul berkata antara projek yang berjaya dilaksanakan dalam tempoh singkat iaitu kurang daripada 18 bulan termasuk Enovix Malaysia Sdn Bhd yang melibatkan tempoh kurang daripada enam bulan.
Ferrotec Manufacturing Malaysia Sdn Bhd pula telah menubuhkan fasiliti pengilangan pertama di rantau Asia Tenggara manakala Ultra Clean Technology (Malaysia) Sdn Bhd membuat pelaburan bagi meningkatkan kapasitinya di Pulau Pinang.
"Pelaksanaan segera dan tuntas bagi merealisasikan pelaburan diluluskan ini telah dilaksanakan melalui platform seperti Majlis Pelaburan Negara (MPN); Jawatankuasa Tindakan Penyelarasan Pelaburan dan Perdagangan (JTPPP) dan Mesyuarat Jawatankuasa Koordinasi Pelaburan (ICCM).
"MIDA melalui Pejabat Pelaksanaan Projek dan Fasilitasi (TRACK) juga komited untuk memastikan projek-projek perkilangan yang diluluskan dapat dilaksanakan dengan segera," katanya.
Dalam pada itu, Tengku Zafrul juga menyifatkan pencapaian pelaburan berjumlah RM329.5 bilion bagi 2023 sebagai mencerminkan pemulihan dan kebangkitan semula ekonomi negara.
Menurutnya, peningkatan 35.1 peratus bagi pelaburan domestik juga mencerminkan keyakinan terhadap dasar-dasar Kerajaan MADANI.
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata angka RM329.5 bilion itu merupakan jumlah pelaburan diluluskan yang tertinggi dalam sejarah negara, meningkat 23.0 peratus daripada 2022.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 23 2024
![Lebih 85 peratus projek perkilangan dilulus telah dilaksanakan - Tengku Zafrul Lebih 85 peratus projek perkilangan dilulus telah dilaksanakan - Tengku Zafrul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51708693545_TBZAFRUL.jpg)
Tengku Zafrul menyifatkan pencapaian pelaburan berjumlah RM329.5 bilion bagi 2023 sebagai mencerminkan pemulihan dan kebangkitan semula ekonomi negara. - Gambar Bernama
![THT kembali ungguli carta Liga Hoki Malaysia THT kembali ungguli carta Liga Hoki Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739491696_THT.jpg)
THT kembali ungguli carta Liga Hoki Malaysia
Ia merupakan kemenangan kelapan berturut-turut THT untuk mengumpul 24 mata setakat ini, mengatasi TNB di tangga kedua dengan 21 mata.
![Liga Super: TFC mahu teruskan rentak kemenangan Liga Super: TFC mahu teruskan rentak kemenangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739491200_TFC.jpg)
Liga Super: TFC mahu teruskan rentak kemenangan
Badrul Afzan berkata, mereka perlu manfaatkan aksi di laman sendiri untuk mengutip tiga mata penuh, sekali gus memperbaiki kedudukan di pentas liga.
Elak lawat kawasan panas dadah di Narathiwat
Konsulat Malaysia di selatan Thailand menasihatkan rakyat Malaysia untuk mengelak daripada melawat Kampong Balik Hilir dan Kampong Pantai di Narathiwat yang dikenal pasti pihak berkuasa tempatan sebagai kawasan panas narkotik.
IPT perlu amal konsep kongsi ilmu, kepakaran - Zambry
Institusi pendidikan tinggi (IPT) negara ini perlu mengamalkan konsep perkongsian ilmu serta kepakaran bagi menghasilkan sesuatu yang lebih hebat.
![Ketua Liga Arab tegas tolak penyingkiran rakyat Palestin, ingatkan 'Gaza bukan untuk dijual' Ketua Liga Arab tegas tolak penyingkiran rakyat Palestin, ingatkan 'Gaza bukan untuk dijual'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739489999_AhmedAboulGheit.jpg)
Ketua Liga Arab tegas tolak penyingkiran rakyat Palestin, ingatkan 'Gaza bukan untuk dijual'
Beliau menekankan bahawa Gaza adalah sebahagian daripada negara Palestin masa depan yang akan ditubuhkan berdasarkan sempadan 1967.
TNB sahkan insiden kebakaran di Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar, keadaan terkawal
Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengesahkan insiden kebakaran berlaku di Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar, Port Dickson malam tadi.
Indonesia tingkat amaran letusan Gunung Lewotobi Laki-Laki
Pihak berkuasa Indonesia meningkatkan tahap amaran di Gunung Lewotobi Laki-Laki di Pulau Flores ke paras tertinggi susulan peningkatan mendadak aktiviti seismik di sekitar gunung berapi tersebut.
![Hamas akan bebaskan tawanan seperti dipersetujui jika Israel patuh gencatan senjata Hamas akan bebaskan tawanan seperti dipersetujui jika Israel patuh gencatan senjata](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739489692_IsraelPalestinians.jpg)
Hamas akan bebaskan tawanan seperti dipersetujui jika Israel patuh gencatan senjata
Hamas berkata ia akan membebaskan tawanan Israel seperti yang dirancang di bawah perjanjian gencatan senjata Gaza.
Robert F Kennedy Jr angkat sumpah setiausaha kesihatan AS
Robert F. Kennedy Jr, disahkan oleh Senat Amerika Syarikat sebagai Setiausaha Kesihatan pada Khamis.
50 negara terkesan pembekuan dana USAID
Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr. Tedros Adhanom Ghebreyesus mendedahkan, pembekuan bantuan luar berjumlah puluhan bilion dolar oleh Amerika Syarikat (AS) telah menjejaskan pelaksanaan program menangani HIV, polio, mpox dan selesema burung di seluruh dunia.
![N.Sembilan terus jadi pilihan pelabur, rekod pelaburan RM3.0 bilion pada suku kedua 2024 N.Sembilan terus jadi pilihan pelabur, rekod pelaburan RM3.0 bilion pada suku kedua 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51736838805_TBAMINUDDINHARUN.jpg)
N.Sembilan terus jadi pilihan pelabur, rekod pelaburan RM3.0 bilion pada suku kedua 2024
Beliau berkata pada suku kedua 2024 Malaysia Investment Development Authority (MIDA) melaporkan Negeri Sembilan merekodkan pelaburan berjumlah RM3.0 bilion.
![Komitmen MIDA kepada pelabur - Landskap pelaburan lebih kukuh, bersepadu Komitmen MIDA kepada pelabur - Landskap pelaburan lebih kukuh, bersepadu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71734516567_MIDAKomitmen.jpg)
Komitmen MIDA kepada pelabur - Landskap pelaburan lebih kukuh, bersepadu
MIDA sedang membina ekosistem di mana pelaburan berimpak tinggi dan sedia untuk masa depan dapat berkembang maju.
![MIDA, DRB-HICOM dan Geely majukan Lembah Teknologi Tinggi Automotif di Perak MIDA, DRB-HICOM dan Geely majukan Lembah Teknologi Tinggi Automotif di Perak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71734432751_MIDDRBHICOM.jpg)
MIDA, DRB-HICOM dan Geely majukan Lembah Teknologi Tinggi Automotif di Perak
MIDA bekerjasama dengan DRB-HICOM Bhd dan Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd bagi memajukan Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV) di Tanjung Malim, Perak.
![MIDA kenal pasti 12 syarikat Mesir berminat teroka pelaburan di Malaysia MIDA kenal pasti 12 syarikat Mesir berminat teroka pelaburan di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71731450244_AnwarIbrahimTengkuZ.jpg)
MIDA kenal pasti 12 syarikat Mesir berminat teroka pelaburan di Malaysia
Syarikat itu berminat meneroka pelaburan dalam sektor farmaseutikal, peranti perubatan, aeroangkasa dan petrokimia.
![MITI, MIDA proaktif laksana reformasi polisi tarik pelaburan - PM Anwar MITI, MIDA proaktif laksana reformasi polisi tarik pelaburan - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51724991043_AnwarIbrahim.jpg)
MITI, MIDA proaktif laksana reformasi polisi tarik pelaburan - PM Anwar
Kerajaan menerusi MITI dan MIDA akan terus proaktif dalam memperkenalkan reformasi polisi bagi meningkatkan keyakinan pelabur.
![NCER catat pelaburan RM31.4 bilion di Pulau Pinang pada 1H2024 NCER catat pelaburan RM31.4 bilion di Pulau Pinang pada 1H2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71724138697_NCER.jpg)
NCER catat pelaburan RM31.4 bilion di Pulau Pinang pada 1H2024
Pencapaian memberangsangkan ini mencerminkan keyakinan kukuh pelabur terhadap potensi jangka panjang Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER), khususnya Pulau Pinang.
![MITI kekalkan unjuran pertumbuhan pelaburan pada 5.0 peratus tahun ini - Tengku Zafrul MITI kekalkan unjuran pertumbuhan pelaburan pada 5.0 peratus tahun ini - Tengku Zafrul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721286787_TengkuZafrulAziz.jpg)
MITI kekalkan unjuran pertumbuhan pelaburan pada 5.0 peratus tahun ini - Tengku Zafrul
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) mengekalkan unjuran pertumbuhan pelaburan sebanyak 5.0 peratus pada tahun ini walaupun dalam persekitaran pemulihan ekonomi domestik.
![Kerajaan Selangor-Perkeso kerjasama jaga kebajikan bekas pekerja Goodyear - Amirudin Kerajaan Selangor-Perkeso kerjasama jaga kebajikan bekas pekerja Goodyear - Amirudin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720085748_TBAmirudinShari.jpg)
Kerajaan Selangor-Perkeso kerjasama jaga kebajikan bekas pekerja Goodyear - Amirudin
Kerajaan Selangor bekerjasama dengan Perkeso bagi memastikan kebajikan bekas pekerja kilang pengeluar tayar global Goodyear terjamin susulan penutupan operasi syarikat itu di Shah Alam.
![5G: Kerjasama MCMC-MIDA bakal manfaat sektor vertikal, PKS tempatan 5G: Kerjasama MCMC-MIDA bakal manfaat sektor vertikal, PKS tempatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720100363_pertukaranMemorandu.jpg)
5G: Kerjasama MCMC-MIDA bakal manfaat sektor vertikal, PKS tempatan
MOU itu akan menggerakkan program serta inisiatif dengan memanfaatkan rangkaian 5G dalam sektor vertikal serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
![DIO lulus pelaburan digital RM162 bilion sehingga Mac 2024 - MIDA DIO lulus pelaburan digital RM162 bilion sehingga Mac 2024 - MIDA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/61662129764_MIDA.jpg)
DIO lulus pelaburan digital RM162 bilion sehingga Mac 2024 - MIDA
Pejabat Pelaburan Digital (DIO) meluluskan pelaburan digital bernilai RM161.97 bilion dari tempoh penubuhannya pada 2021 hingga Mac 2024.