SEPANG: Pemaju hartanah terkemuka tempatan, LBS Bina Group Bhd (LBS) komited mengekalkan prestasi cemerlang yang direkodkan pada 2022 dengan meletakkan sasaran jualan hartanah RM2 bilion pada 2023.
Pengerusi Eksekutifnya, Tan Sri Lim Hock San berkata, LBS mengakhiri 2022 dengan jumlah jualan hartanah sebanyak RM2 bilion, iaitu melepasi 25 peratus dan lebih tinggi berbanding sasaran sebanyak RM1.6 bilion ditetapkan pada tahun berkenaan.
Beliau berkata, pencapaian luar biasa itu telah didorong oleh beberapa faktor utama serta peranan yang dimainkan semua pihak di LBS meskipun perlu berdepan persekitaran mencabar.
“Semangat berpasukan, dedikasi dan komitmen staf LBS merupakan salah satu faktor kejayaan kami dalam mencapai jumlah jualan 2022.
“Selain itu, inisiatif kerajaan seperti pengecualian duti setem bagi pembeli rumah pertama turut menyumbang peningkatan jumlah jualan hartanah projek LBS.
“Ini termasuk faktor lokasi projek-projek LBS yang terletak di kawasan strategik juga turut memainkan peranan,” katanya selepas ditemui pemberita pada taklimat media LBS 2023 di sini, pada Selasa.
Dalam pada itu, Hock San menambah, LBS turut bakal melancarkan sebanyak 12 projek baharu yang meliputi kawasan sekitar Lembah Klang, Johor, Pahang dan Perak dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM2.09 bilion dengan 4,021 unit kumulatif.
Katanya, berdasarkan lokasi strategik, LBS akan memberi tumpuan kepada pelancaran 2,118 unit dengan nilai GDV berjumlah RM1.1 bilion di Lembah Klang, yang berupaya menyumbang jualan tertinggi di sepanjang tahun, khususnya di KITA @ Cybersouth, iaitu pembangunan perbandaran utama LBS.
Ujarnya, LBS turut merancang untuk melancarkan rumah bersambung satu tingkat dan dua tingkat serta rumah bandar di KITA Bestari, sejumlah 817 unit dengan nilai GDV sebanyak RM418 juta.
“LBS jelas teruja menamatkan 2022 dengan bergaya apabila melepasi sasaran jualan hartanah 2022 kami sebanyak 25 peratus. Ini merupakan pencapaian yang luar biasa dan petunjuk bahawa projek pembangunan kami terletak di lokasi strategik pada julat harga berpatutan yang memenuhi keperluan orang ramai.
“Di samping itu, kami berjaya menyerahkan milikan kosong sebanyak 2,957 unit bernilai RM1.27 bilion di sebalik cabaran getir 2022 dan bergelut dengan ketidaktentuan iklim ekonomi serantau, krisis rantaian bekalan serta kerapuhan geopolitik,” katanya.
Jelasnya lagi, ketidaktentuan ekonomi dan pasaran dijangka masih merupakan sebahagian dari cabaran utama pada 2023 dan telah merangka perancangan strategik bagi mengekalkan prestasinya.
“Pun begitu, LBS akan sentiasa konsisten untuk merancang dengan strategik dan memastikan tahun 2023 berada pada kedudukan yang stabil dan mengekalkan prestasi baik.
“Kami mempunyai perancangan untuk meluaskan lagi projek-projek LBS di Kedah, Melaka dan Sabah, serta masih diperhalus dan akan dikongsikan pada masa sesuai.
“Selain itu, kami berhasrat untuk memberi ganjaran berterusan kepada pemegang saham selaras dengan dasar dividen kami iaitu membayar 30% daripada keuntungan selepas cukai dan kepentingan bukan kawalan,” katanya.
Tambahnya, kempen pemasaran seperti LBS Fabulous Extra juga diwujudkan dengan matlamat membantu lebih ramai rakyat memiliki rumah.
“Di bawah kempen ini, LBS turut menawarkan insentif-insentif tambahan seperti yuran tempahan rendah sebanyak RM200, pengecualian yuran guaman, ganjaran kesetiaan, skim pembayaran flexi, yuran keluar sifar dan pakej perabot.
“Insentif sebegini pastinya memberi peluang kepada rakyat berpendapatan rendah untuk memiliki rumah idaman mereka,” jelasnya.
Pelancaran lain yang dirancang termasuk 155 unit rumah teres dua tingkat Astella di D’Island Residence di Puchong dengan nilai GDV sebanyak RM139 juta dan Blok B, di LBS Prestige Residence, Seri Kembangan yang akan terdiri daripada 725 unit dengan nilai GDV RM313 juta.
Projek baharu di Pahang termasuk pangsapuri perkhidmatan Bayu Hills di Genting Highlands (642 unit dengan jumlah GDV RM482 juta).
Sementara di Perak, LBS berhasrat melancarkan fasa-fasa seterusnya di Taman Kinding Flora, Chemor yang terdiri daripada rumah teres satu tingkat (94 unit dengan jumlah GDV RM27 juta), dan rumah rangkaian kluster satu tingkat (90 unit dengan jumlah GDV RM22 juta).
Di Johor pula, LBS mengorak langkah dengan projek pembangunan termasuk pangsapuri servis Zenit Molek (988 unit dengan jumlah GDV RM436 juta) di Taman Molek, rumah berkembar dua tingkat Imperial Garden (63 unit dengan jumlah GDV RM40 juta), dan rumah bersambung satu tingkat Emerald Garden (26 unit dengan jumlah GDV RM11 juta), di Bandar Putera Indah, Batu Pahat, Johor.
Untuk rekod, LBS kini mempunyai 18 projek pembangunan yang sedang berjalan dengan anggaran GDV sebanyak RM5.7 bilion dan setakat 31 Disember 2022, simpanan tanah masa depan LBS berjumlah kira-kira 2,972 ekar, diunjurkan bagi memastikan LBS kekal bersaing di pasaran hartanah untuk tempoh 10 hingga 15 tahun akan datang.
Ehsan A Marisah
Wed Jan 11 2023

LBS mengakhiri 2022 dengan jumlah jualan hartanah sebanyak RM2 bilion, iaitu melepasi 25 peratus dan lebih tinggi berbanding sasaran sebanyak RM1.6 bilion ditetapkan pada tahun berkenaan. - Foto LBS Bina Group Bhd
AWANI Borneo [13/3/2025] – MTPMA63| Luruan monsun| Aneka juadah, bersih, meriah
AWANI Borneo Khamis, 13 Mac 2025 bersama Syaff Shukri
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
KPT nilai semula moratorium atasi kekurangan peguam di Sabah dan Sarawak
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir akan menyampaikan memorandum kabinet bagi memudahkan pengenalan program undang-undang sebagai fakulti baharu di Sabah dan Sarawak.
Pengawal keselamatan dituduh bunuh ibu mentua
Totoh Amin, seorang pengawal keselamatan di sandakan, didakwa membunuh norina sapuri antara jam 9.00 pagi hingga 4.40 petang pada 2 Mac 2025 di kawasan perumahan setinggan Bukit Batu Dua Setengah, Sandakan.
Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa
Sabah, Sarawak dan selatan Semenanjung berpotensi menghadapi fenomena hujan berterusan bermula 18 hingga 21 Mac ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Bazar ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung
Katakanlah apa sekalipun mengenai bazar ramadan, harga mahal, atau makanan tidak kena dengan tekak, namun Bazar ramadan di Sandakan terutamanya di Bataras tidak pernah lengang dengan orang ramai yang mahu mendapatkan juada berbuka puasa.
MTPMA63: Enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof pada Khamis memutuskan enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis untuk dipertimbangkan.
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Cuepacs mohon kerajaan pertimbang beri Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam.

LBS bakal lancar 12 projek baharu, sasar RM2 bil jualan hartanah tahun ini
LBS komited mengekalkan prestasi cemerlang yang direkodkan pada 2022 dengan meletakkan sasaran jualan hartanah RM2 bilion pada 2023.

LBS Bina Group Bhd sasar jualan RM1.2 bilion 2016
LBS Bina Group Bhd mensasar jualan hartanah RM 1.2 bilion bagi 2016.