Bank Negara Malaysia berkata artikel yang diterbitkan oleh Bloomberg bertajuk 'Malaysia Reserve Buffer Seen by Moody's as Among Weakest in Asia" (Moody's melihat Penampan Rizab Malaysia Antara Paling Lemah di Asia) pada 18 Sept, 2017, hanya memberi tumpuan kepada penafsiran tegar ke atas dua indikator ekonomi, dan oleh itu memberikan tafsiran yang tidak adil dan penilaian ringkas terhadap kecukupan rizab antarabangsa Malaysia.
Mengulas artikel itu, BNM berkata laporan Bloomberg itu mencerminkan kurangnya pemahaman mereka tentang ekonomi Malaysia, kedudukan luar, sistem kewangan dan dasar ekonominya.
"Ini selain kecenderungan untuk membuat perbandingan antara negara, tanpa mengira pengkhususan negara, menyebabkan penghakiman yang salah ke ekonomi Malaysia dan daya tahan luarannya," kata BNM dalam satu kenyataan.Secara terperinci, bank pusat itu berdasarkan konteks petunjuk serat menekankan bahawa penilaian mengenai kecukupan rizab perlu dilakukan menerusi kajian semula yang lebih luas mengenai perkembangan ekonomi dan kewangan Malaysia.
Bagi Penunjuk Pendedahan Luar (EVI) Moody's, yang mengukur hutang luar negeri jangka pendek dengan baki rizab matang, BNM berkata ia bukan risiko material.
"Sebahagian besarnya dikira oleh sektor perbankan, mencerminkan operasi bank. Ini termasuk amalan pengurusan kecairan berpusat dan penempatan deposit serta pembiayaan antara bank," katanya.
Bank juga mempunyai penempatan di luar negara untuk menangani mata wang dan kedudukan tidak seimbang matang selain termasuk, sebagai sebahagian daripada hutang luar negeri, ialah pinjaman antara syarikat dan kredit perdagangan.
Pinjaman antara syarikat mencerminkan urus niaga antara syarikat pelaburan langsung asing dan syarikat induk masing-masing. Ini tertakluk kepada terma fleksibel dan konsesi.
Selain itu kredit perdagangan lazimnya disokong oleh pendapatan eksport yang tidak memerlukan tuntutan ke atas rizab antarabangsa, kata BNM.
Bagi Metrik Kecukupan Rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Moody's gagal mengakui penilaian keseluruhan IMF bahawa rizab Malaysia dianggap mencukupi, memandangkan kadar tukaran ringgit yang fleksibel dan ketersediaan aset luar untuk peminjam memenuhi obligasi luar.
Malah, Laporan Sektor Luar Negeri IMF Julai 2017 menyimpulkan bahawa rizab antarabangsa Malaysia mencukupi, pada 115 peratus daripada metrik ARA IMF, di bawah rejim kadar pertukaran terapung.
Perlu ditekankan juga bahawa rizab antarabangsa bukanlah satu-satunya cara untuk memenuhi obligasi luar.
Sejak 2015, aset luar Malaysia melebihi liabiliti luar, kata BNM.
Kedudukan pelaburan bersih antarabangsa Malaysia sebanyak 3.3 peratus daripada Pendapatan Negara Kasar, memperkukuh daya tahan Malaysia terhadap pelbagai kejutan, termasuk potensi aliran keluar.
Liberalisasi progresif peraturan pentadbiran tukaran asing juga menghasilkan lebih banyak rizab yang tidak berpusat. Ini dicerminkan dalam peningkatan pemerolehan aset di luar negara oleh bank dan korporat pemastautin, katanya.
Secara khsusunya, bank dan korporat memegang tiga perempat daripada aset luar negeri Malaysia, iaitu sebanyak RM1.3 trilion pada suku kedua akhir 2017, yang juga boleh digunakan untuk memenuhi obligasi hutang luar negeri mereka (pada suku akhir 2017 : RM673.8 bilion), tanpa membuat tuntutan ke atas rizab BNM.
Moody's juga berkata 'fleksibiliti mata wang Malaysia, dasar monetari berhemat dan asas pelabur institusi domestik yang besar, menjadi penampan ke atas kesan turun naik aliran modal, dengan perolehan eksport yang besar dan aset luaran bertindak sebagai penampan tambahan."
Mengenai imbangan, profil kredit Malaysia dianggap sebagai 'agak berdaya tahan kepada tempoh apabila turun naiki luaran meningkat,' kata BNM.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 20 2017

BNM berkata laporan Bloomberg itu mencerminkan kurangnya pemahaman mereka tentang ekonomi Malaysia, kedudukan luar, sistem kewangan dan dasar ekonominya. - Gambar fail

Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala langkah bantu rakyat Gaza
Kedua-dua negara menekankan keperluan untuk langkah-langkah yang diselaraskan oleh negara-negara Islam untuk menyokong rakyat Gaza.
Sumbangan PMX: lelaki perlu implan tempurung kepala terima sumbangan PM
Seorang lelaki yang tular menjual daging salai bagi mengumpul dana untuk membiayai kos pembedahan memasang implan tempurung kepala, mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyalurkan sumbangan RM15,000 kepadanya.

Perak FC hajat sekat JDT di SSI minggu depan
Bagaimanapun, Yusri berkata, ia bukan tugas mudah lebih-lebih lagi JDT baru sahaja mengecap kejayaan mara ke pusingan 16 ACLE.
Wajib dapatkan permit langkah tepat jamin keselamatan ruang udara negara
Tindakan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) yang mewajibkan semua pengendali dron di negara ini untuk mendapatkan permit sebelum menerbangkan dron mereka merupakan tindakan tepat dalam memastikan keselamatan ruang udara negara terjamin.
MAVCOM: Syarikat penerbangan perlu bayar balik pelanggan jika lewat lebih 5 jam
Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) sekali lagi menegaskan bahawa penumpang syarikat penerbangan mempunyai pilihan untuk mendapatkan kembali bayaran tiket mereka sekiranya penerbangan mereka terlewat lebih lima jam.
Pendigitalan kesihatan: KKM cadang perluas EMR ke 16 hospital, 300 klinik kesihatan tahun ini
Kementerian Kesihatan (KKM) sedang memperluaskan sistem Rekod Perubatan Elektronik (EMR) ke 16 hospital dan 300 klinik kesihatan tahun ini.

Jangan terburu-buru jual tanah di Tanjung Embang - Menteri Sarawak
Harga tanah berhampiran lokasi itu berpotensi melonjak daripada 20 hingga 30 peratus.
Dewan rakyat: isu TVET, projek tembatan banjir, kewangan KWSP tumpuan hari ini
Langkah kerajaan untuk menarik minat golongan muda terhadap Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), projek tebatan banjir dan isu berkaitan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), menjadi antara tumpuan perbincangan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
Singapura tangguh hukuman mati warga Malaysia, Pannir Selvam
Mahkamah Singapura pada Rabu membenarkan hukuman mati terhadap banduan warga Malaysia, Pannir Selvam Pranthaman ditangguhkan, hanya beberapa jam sebelum hukuman itu dijadualkan dilaksanakan. #AWANInews
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Ringgit dalam hala tuju tepat meskipun berdepan perang perdagangan AS - Gabenor BNM
Pergerakan ringgit berada dalam hala tuju yang tepat meskipun berada dalam persekitaran ketidaktentuan akibat perang perdagangan Amerika Syarikat (AS).

Ringgit menambah nilai keseluruhan sebanyak 2.7 peratus berbanding dolar US pada 2024 - BNM
Ringgit menambah nilai keseluruhan sebanyak 2.7 peratus dolar US pada 2024, merupakan satu daripada beberapa mata wang di Asia yang meningkat berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS).

Inflasi keseluruhan, inflasi teras turun kepada 1.8 peratus pada 2024
Inflasi keseluruhan dan inflasi teras Malaysia bagi 2024 masing-masing turun kepada 1.8 peratus, berbanding 2.5 peratus dan 3.0 peratus pada 2023.

Prestasi kukuh KDNK 2024 pacu ringgit ditutup tinggi
Pertumbuhan kukuh ekonomi Malaysia pada 2024 telah membantu melonjakkan ringgit untuk ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS hari ini.

Pertumbuhan KDNK Malaysia 5.1 peratus perlihat daya tahan dalam ketidaktentuan global
Pertumbuhan KDNK Malaysia bagi suku keempat 2024 pada 5.0 peratus yang menyumbang pengembangan setahun penuh 5.1 peratus, mencerminkan ekonomi berdaya tahan yang memanfaatkan kekuatan domestik.

BNM terbit kertas perbincangan cadangan dasar strategi literasi kewangan kebangsaan 2026-2030
BNM melalui Jaringan Pendidikan Kewangan (FEN) menerbitkan kertas perbincangan yang menggariskan cadangan dasar bagi Strategi Literasi Kewangan Kebangsaan (NSFL) kedua (2026 - 2030).

SPRM sahkan panggil tiga selebriti minggu ini
Berdasarkan siasatan awal, artis-artis berkenaan dibayar sehingga ratusan ribu ringgit bagi menggunakan wajah mereka untuk meyakinkan orang awam menggunakan perkhidmatan disediakan.

Aset rizab rasmi Malaysia AS$116.22 bilion pada akhir Disember 2024 - BNM
Unjuran aliran masuk mata wang asing berjumlah AS$2.49 bilion bagi tempoh 12 bulan akan datang.

BNM keluarkan dokumen semakan semula dasar wang elektronik
Bank Negara Malaysia (BNM) mengeluarkan dokumen dasar wang elektronik dan set soalan lazim (FAQ) yang disemak semula berkuat kuasa hari ini.

BNM kenakan penalti berjumlah RM1.66 juta pada empat institusi kewangan
BNM mengenakan AMP berjumlah RM1.66 juta terhadap empat institusi kewangan kerana tidak mematuhi FSA dan/atau IFSA.