Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Kelantan menyasarkan kira-kira 80 peratus daripada 504,361 pencarumnya di Kelantan bertukar kepada Simpanan Syariah yang akan dilancarkan bermula 1 Jan tahun depan.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi) KWSP Datuk Mohd Naim Darwish berkata ia berikutan majoriti penduduk di Kelantan adalah beragama Islam yang mahu simpanan mereka dilaburkan secara patuh syariah.
"Simpanan syariah ini merupakan satu pilihan kepada kira-kira 14.5 juta pencarum KWSP di seluruh negara yang kini mencarum di bawah skim konvensional biasa.
"Walaupun kami memperkenalkan Simpanan Syariah, namun dari segi caruman majikan dan pengeluaran masih tetap sama, yang berubah hanyalah kadar dividen," katanya kepada Bernama ketika ditemui di Bangunan KWSP di Jalan Padang Garong di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata bagi pencarum KWSP yang ingin bertukar kepada Simpanan Syariah perlu membawa kad pengenalan untuk pengesahan cap jari, manakala pencarum bukan warganegara Malaysia perlu membawa pasport.
Mohd Naim berkata pencarum kemudiannya akan mendaftar di kaunter KWSP dan akan diminta mengisi borang 'akad wakalah' bagi menandakan mereka bersetuju untuk menukar skim simpanan mereka.
"Masa menunggu bagi penukaran simpanan dari konvensional kepada syariah mungkin mengambil masa yang agak lama kerana saya lihat hari ini, ramai yang berminat nak tukar skim simpanan mereka. Bagaimanapun pencarum KWSP tidak perlu risau kerana kami buka pendaftaran sehingga 23 Dis depan.
"Di bawah Simpanan Syariah ini, pencarum tidak lagi memperoleh dividen minimum 2.5 peratus daripada jumlah simpanan dan ia bergantung kepada prestasi semasa KWSP, namun kami melantik lima pakar dalam ekonomi Islam bagi memastikan pelaburan yang dibuat adalah patuh syariah," katanya.
KWSP memperuntukkan dana RM100 bilion, iaitu kira-kira 15 peratus daripada keseluruhan jumlah aset pelaburannya sebanyak RM681.71 bilion sehingga Mac 2016 bagi melaksanakan Simpanan Syariah berdasarkan konsep 'siapa cepat dia dapat'.
Sementara itu, tinjauan Bernama di Bangunan KWSP Kota Bharu mendapati orang ramai mula menunggu seawal 7.45 pagi sebelum pejabat itu dibuka pada 8.15 pagi bagi menukar skim simpanan mereka.
Seorang pencarum KWSP Yusri Muhammad, 49, yang bertugas sebagai ketua jabatan kewangan di sebuah syarikat di sini, berkata beliau memilih Simpanan Syariah bagi memenuhi kewajipan sebagai orang Islam.
Beliau yang telah 15 tahun bekerja dengan syarikat tersebut berkata akan mempromosikan mengenai skim baharu tersebut kepada lebih 100 kakitangan di syarikat tempatnya bekerja.
Seorang lagi pencarum KWSP, Sharifah Norhidayah Che Hassan, 27, yang bertugas sebagai juruaudit berkata beliau mengetahui mengenai skim baharu tersebut daripada seorang rakannya.
"Saya memilih Simpanan Syariah ini kerana ia halal dan patuh syariah. Bila pendapatan yang diperoleh dari sumber yang halal, baharulah hidup akan diberkati," katanya.
Bernama
Mon Aug 08 2016

Simpanan syariah ini merupakan satu pilihan kepada kira-kira 14.5 juta pencarum KWSP di seluruh negara yang kini mencarum di bawah skim konvensional biasa. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (4 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia desak pelaksanaan penuh Semua fasa perjanjian di Gaza
Malaysia mendesak pelaksanaan penuh dan segera bagi semua fasa perjanjian gencatan senjata, termasuk pertukaran tebusan dan tahanan seperti yang dipersetujui semua pihak.
Hamas tolak syarat Israel minta 'lucutkan senjata'
Hamas pada Selasa menolak gesaan Israel dan Amerika Syarikat agar kumpulan itu 'melucutkan senjata' atau menarik kumpulan pejuang mereka dari Gaza, sebelum meneruskan fasa kedua gencatan senjata.
Ribuan penduduk diarah berpindah ekoran kebakaran hutan
Penduduk bandar Ofunato, Jepun hilang tempat tinggal susulan kebakaran hutan melanda bahagian timur laut negara itu.
KPK bongkar skandal kredit, negara rugi 11.7 trilion rupiah
Menurut KPK, siasatan dimulakan sejak Mac 2024, dengan fokus terhadap 11 peminjam yang mendapat pinjaman daripada LPEI.
Iran tak akan berbincang dengan AS di bawah tekanan
Iran pada 25 Februari lalu berkata pihaknya tidak akan tunduk kepada tekanan susulan pusingan sekatan baharu yang dikenakan oleh Amerika Syarikat, yang menyasarkan industri minyak Iran, sumber pendapatan utama Republik Islam tersebut.
Dua individu ditahan, dadah bernilai RM6.3 juta dirampas
Dua suspek jerat diri sendiri apabila kantoi menyorokkan dadah di Waffel Braker untuk diterbangkan ke Sarawak menerusi Kuala Lumpur Imternational Airport (KLIA)
116 aduan diterima, Perak catat kes tertinggi
Sebanyak 116 aduan diterima sepanjang Ops Pantau dijalankan, Perak mencatat jumlah kes tertinggi iaitu 10 kes, diikuti oleh Selangor dengan empat kes
Malaysia bekerjasama sama rapat dengan AS, Singapura
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan, kementerian itu juga akan terus bekerjasama rapat dengan AS dan Singapura untuk mencari cara yang berkesan bagi menangani isu tersebut.
Polis terima 6 laporan, siasat tiga pengacara Radio Era FM
Polis membuka kertas siasatan terhadap petugas radio Era FM milik Astro selepas tular video yang menyaksikan perbuatan tiga pengacara stesen berkenaan yang didakwa mempersendakan upacara keagamaan Hindu

KWSP kekal kukuh dengan strategi pelaburan seimbang
KWSP terus menunjukkan prestasi kukuh dalam mengimbangi portfolio pelaburannya di dalam dan luar negara, sekali gus memastikan pulangan kompetitif kepada ahlinya.

KWSP: Kerajaan tidak cadang wajib pencarum Islam pilih Simpanan Syariah - PM
Rekod penyamaan dividen KWSP itu dijangka akan meningkatkan lagi keyakinan pencarum beragama Islam untuk menambah simpanan Syariah.

Benar keluar KWSP awal ibarat 'dera', 'hukum' pencarum apabila bersara - PM
Majoriti pencarum Melayu mempunyai simpanan yang sangat kecil, dan akan berhadapan dengan masalah apabila mencapai usia persaraan.

Caruman wajib pekerja asing juga untuk pertahankan kepentingan pekerja tempatan - PM
Anwar berkata, caruman dua peratus itu adalah kadar yang minimum berbanding amalan di negara lain dan tidak bebankan pekerja asing serta majikan.

5 faktor penting untuk menjamin dana persaraan mencukupi
Terdapat pelbagai faktor yang perlu diambil kira bagi memastikan dana persaraan mencukupi.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 1 Mac 2025.

Dividen kukuh KWSP bukti kepimpinaan Kerajaan MADANI berada di landasan betul - Nga
Dividen kukuh yang diumumkan KWSP menunjukkan bahawa Malaysia di bawah kerajaan MADANI berada di landasan yang betul.

KWSP antara dana persaraan terbesar di dunia - CEO
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berada di ranking ke-13 sebagai dana persaraan terbesar di dunia dan kelima terbesar di Asia.

Dividen KWSP: Cerminkan keyakinan pelabur terhadap dasar Kerajaan MADANI - PM Anwar
Pencapaian KWSP mencerminkan keyakinan pelabur terhadap dasar Kerajaan MADANI yang mesra pertumbuhan dan pelabur, disokong reformasi fiskal di bawah kerangka Ekonomi MADANI.

KWSP umum dividen 6.3 peratus bagi Simpanan Konvensional dan Shariah
KWSP mengumumkan kadar dividen sebanyak 6.30 peratus bagi Simpanan Konvensional dan Simpanan Shariah bagi tahun 2024.