Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) berharap kerajaan akan memberi semua peluang yang diperlukan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk melabur di luar negara secara lebih giat untuk mengimbangi kelembapan ekonomi domestik.
Presiden, Datuk Abdul Halim Mansor berkata tabung persaraan itu telah mencatatkan pulangan daripada pelaburan di luar negara yang amat positif sehingga membolehkannya mengumumkan dividen memuaskan untuk 2019 meskipun persekitaran ekonomi yang mencabar.
"Dalam konteks ini, MTUC yakin KWSP akan meneliti dan jika perlu, membuat penambahbaikan terhadap proses dan prosedur dalamannya untuk meluluskan pelaburan di dalam dan di luar negara bagi memaksimumkan pulangan seterusnya memberi dividen yang lebih baik.
"Pada masa sama, MTUC menggesa kerajaan memastikan dasar negara sentiasa dikaji semula dan diperbaiki untuk mewujudkan persekitaran yang akan merangsang pelaburan dan meningkatkan produktiviti pekerja," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
KWSP pada Sabtu mengumumkan dividen 2019 sebanyak 5.45 peratus untuk Simpanan Konvensional dan 5.0 peratus bagi Simpanan Shariah, yang masing-masing melibatkan agihan berjumlah RM41.68 bilion dan RM4.14 bilion.
Bagi peringkat domestik, Abdul Halim berkata Indeks FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) turun sebanyak enam peratus tahun lepas, menjadikan pasaran saham negara antara yang terendah di rantau ini.
Ia secara langsung menunjukkan kesukaran yang dihadapi KWSP dalam memberikan dividen lebih tinggi kepada pencarum.
Pasaran ekuiti tempatan turut lemah berikutan perkembangan geopolitik dan perang perdagangan Amerika Syarikat-China di peringkat global, menjadi antara faktor yang membantutkan ekonomi global.
"Semua perkembangan ini memberi kesan kepada pelaburan KWSP yang menyebabkan dividen 2019 lebih rendah namun kami yakin KWSP sedia mengambil langkah sewajarnya untuk melihat jika dasar pelaburannya dapat diperkukuhkan bagi menangani cabaran ekonomi mendatang bagi memastikan pulangan lebih baik mulai 2020 dan seterusnya," katanya.
Beliau berkata dasar yang dinamik perlu direalisasikan untuk menangani cabaran di era digital dalam dunia tanpa sempadan.
Ini dapat membantu melonjakkan syarikat Malaysia dan syarikat berkaitan kerajaan untuk menjadi peserta global yang benar-benar kompetitif serta pada masa sama membantu KWSP mencapai pulangan lebih baik, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 22 2020

ABDUL HALIM: MTUC yakin KWSP akan meneliti dan jika perlu, membuat penambahbaikan terhadap proses dan prosedur dalamannya untuk meluluskan pelaburan di dalam dan di luar negara.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.

Boleh naikkan caruman Perkeso tetapi hanya syer majikan untuk pekerja - MTUC
MTUC bersetuju bahawa terdapat keperluan untuk menaikkan caruman Perkeso, namun kenaikan perlulah diletak di atas tanggungjawab majikan.

KWSP perlu diberi peluang melabur lebih giat di luar negara - MTUC
Datuk Abdul Halim Mansor berkata tabung persaraan itu telah mencatatkan pulangan daripada pelaburan di luar negara yang amat positif.