Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mencapai objektif dalam mengurangkan tempoh masa yang diambil di pihaknya dan pihak ketiga yang terlibat, dengan menyediakan kemudahan yang lebih baik kepada ahli untuk mengemukakan permohonan pengeluaran menerusi e-Pengeluaran.
Penggunaan kemudahan dalam talian e-Pengeluaran juga telah melonjak selepas ia diperluaskan kepada pengeluaran untuk tujuan pendidikan, pada Disember 2015, selain pengeluaran untuk pembelian rumah.
Selain kemudahan menghantar permohonan secara dalam talian, kemudahan ini juga membolehkan ahli menyemak jumlah yang layak untuk pengeluaran bagi skim tertentu dan memudahkan pengkreditan jumlah yang diluluskan terus ke dalam akaun bank ahli atau akaun bank yang terlibat.
Ketua Jabatan Pengurusan Operasi Pengeluaran Zalikar Yusoff berkata perkhidmatan itu telah berkembang secara mendadak bagi menyesuaikannya dengan perubahan zaman dan kehendak ahlinya.
"Ya, kami menjangkakan mendapat sambutan yang besar. Setiap suku tahun, bilangan permohonan pengeluaran, terutama pengeluaran perumahan, meningkat.
"Oleh itu, kita melihat keperluan untuk memudahkan proses dan mengurangkan masa bagi permohonan pengeluaran, yang membawa kepada pembangunan dan pengenalan e-Pengeluaran.
"Memandangkan perkembangan dalam perniagaan dan transaksi KWSP ini, kami berusaha untuk meningkatkan bilangan pihak ketiga seperti bank untuk menyertai e-Pengeluaran bagi menyediakan perkhidmatan yang lebih cepat, mudah dan menjimatkan kos," katanya dalam satu temu bual.
Ahli digalakkan mendaftar untuk i-Akaun bagi menikmati manfaat yang disediakan oleh kemudahan itu, katanya.
Zalikar berkata pengeluaran secara konvensional lazimnya akan mengambil masa lebih sembilan hari untuk diselesaikan, bermula daripada permintaan penyata bank sehingga permohonan itu diluluskan.
Bagaimanapun, menerusi e-Pengeluaran, proses itu hanya mengambil masa dua hari untuk disiapkan, tertakluk kepada permohonan pinjaman perumahan dalam talian disahkan oleh bank dan ahli telah mengesahkan cap jari mereka di kaunter KWSP.
"Melalui e-Pengeluaran, permintaan untuk penyata penebusan bank akan dilakukan secara elektronik oleh KWSP. Maklumat mengenai pinjaman perumahan boleh diperoleh secara dalam talian terus dari bank.
"Justeru, ahli dapat menjimatkan masa dan kos perjalanan," katanya sambil menambah bahawa bank lazimnya mengambil masa dua hari untuk bertindak balas.
Beliau berkata permohonan biasa yang tidak memerlukan proses khas, seperti pembiayaan semula akaun, akan diproses serta-merta selepas jawapan diterima.
Ahli akan dimaklumkan melalui khidmat pesanan ringkas, dan makluman akan dihantar ke peti masuk mesej terjamin i-Akaun mereka supaya pergi ke kaunter KWSP terdekat untuk pengesahan cap ibu jari.
"Dalam senario ini, jika ahli sudah melakukan pengesahan cap ibu jari sebaik menerima pemberitahuan, tempoh masa proses boleh diselesaikan dalam tempoh tiga hari selepas tarikh penyerahan," katanya.
Secara keseluruhannya, pada 31 Dis, 2016, daripada 264,000 aplikasi e-Pengeluaran yang diterima, 132,772 membabitkan pengeluaran perumahan dan 130,613 pengeluaran pendidikan.
Selumlah 120,411 permohonan diluluskan melalui e-Pengeluaran, dengan 33,364 melibatkan pengeluaran perumahan dan 87,613 untuk pengeluaran pendidikan.
Bank-bank yang mengambil bahagian dalam e-Pengeluaran ialah RHB Bank, Maybank, Bank Islam, OCBC Bank, Bank Simpanan Nasional, Ambank, UOB Bank dan CIMB Bank.
"Bagi membolehkan lebih ramai ahli mendapat manfaat daripada kemudahan ini, KWSP menggalakkan lebih banyak bank menyertai e-Pengeluaran, yang seterusnya membantu mengurangkan masa yang diambil bank untuk tujuan itu selain meningkatkan produktiviti harian mereka," kata Zalikar.
Sementara itu, institusi pengajian tinggi yang mengambil bahagian dalam e-Pengeluaran Pendidikan terdiri daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Multimedia University, Universiti Terbuka Malaysia, Universiti Teknologi Mara dan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional, sebagai pembekal pinjaman.
Ahli boleh membuat pengeluaran untuk membiayai yuran pendidikan sendiri atau anak-anak mereka di institusi pengajian tinggi tempatan yang mengambil bahagian.
Pengeluaran juga boleh dibuat untuk menyelesaikan baki tertunggak pinjaman pendidikan yang diambil daripada institusi yang memberi pinjaman yang mengambil bahagian.
Seperti pengeluaran perumahan, kami juga berusaha untuk mendapatkan lebih banyak institusi pengajian tinggi untuk menyertai e-Pengeluaran," kata Zalika.
Beliau berkata KWSP dijangka memasukkan pengeluaran kesihatan dalam e-Pengeluaran dalam tempoh separuh kedua tahun ini, dan inisiatif ini akan menyaksikan ia bekerjasama dengan Institut Jantung Negara dan KPJ Healthcare sebagai institusi perubatan yang mengambil bahagian.
"Ahli kini boleh mengemukakan permohonan pengeluaran kesihatan mereka melalui e-Pengeluaran, dan pengesahan keadaan kesihatan ahli akan dikemukakan oleh hospital masing-masing. Semua ini akan dilakukan secara dalam talian.
"Kami berharap lebih banyak hospital akan menyertai inisiatif e-Pengeluaran ini," katanya.
Zalikar berkata hospital perlu dilengkapi peranti pengimbas cap ibu jari di premis masing-masing bagi pengesahan ahli sebelum KWSP memproses permohonan mereka.
Menerusi skim pengeluaran kesihatan, Zalikar berkata ahli boleh mengatur bil hospital sesama adik-beradik mereka untuk membayar rawatan ibu bapa mereka.
Bagi mengemukakan permohonan menerusi e-Pengeluaran, anggota keluarga terlibat perlu mendaftar dengan i-Akaun.
Jumlah kelayakan pengeluaran tidak melebihi jumlah bil perubatan, kata Zalikar dan menambah kini terdapat 57 penyakit kritikal dalam skim pengeluaran eksihatan yang telah diluluskan oleh Lembaga Pengarah KWSP.
Untuk maklumat lanjut mengenai produk dan perkhidmatan KWSP, ahli boleh menghubungi Pusat Pengurusan Hubungan KWSP di 03-89226000, atau layari laman web KWSP di www.kwsp.gov.my atau kunjungi kaunter KWSP di seluruh negara.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 01 2017
Penggunaan kemudahan dalam talian e-Pengeluaran juga telah melonjak selepas ia diperluaskan kepada pengeluaran untuk tujuan pendidikan, pada Disember 2015, selain pengeluaran untuk pembelian rumah. - Gambar fail
Unjuran pertumbuhan KDNK 2025 sebanyak 4.5-5.5 peratus adalah munasabah - Ahli ekonomi
Belanjawan 2025 adalah langkah terbaik untuk mengimbangi keutamaan ekonomi dengan realiti politik.
Semua negara wajib tamatkan pendudukan Israel ke atas wilayah Palestin - Suruhanjaya Siasatan PBB
Pendudukan Israel adalah punca utama kepada kitaran keganasan yang tidak berkesudahan dan konflik selama beberapa dekad.
Dijangka jana sebahagian besar pertumbuhan ekonomi global
BRICS memainkan peranan luar biasa dalam ekonomi global pada masa kini dan diyakini meningkat di masa depan.
Enam maut, 25 cedera bas terbabas di Turkiye
Enam terbunuh manakala 25 cedera apabila sebuah bas terbabas lalu terbalik di Aksaray wilayah tengah Turki, pada Jumaat.
Polis giat cari warga amerika yang disyaki diculik
Pihak berkuasa Filipina pada Jumaat melancarkan pencarian seorang warga Amerika Syarikat yang dipercayai diculik kumpulan bersenjata di selatan Filipina.
Singapura tahan remaja bawah ISA, rancang lakukan serangan
Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) dalam satu kenyataan berkata pelajar yang radikal diri itu merupakan penyokong tegar kumpulan Daesh, juga merancang pergi ke Syria, untuk terlibat dalam keganasan bersenjata.
Pasukan pengaman disasar secara sengaja - Jurucakap UNIFIL
Jurucakap itu berkata kedudukan mereka telah berulang kali diserang di Lubnan, sekali gus meletakkan pasukan pengaman dalam bahaya.
Dia rakyat beta, beri keadilan sekarang - Tengku Hassanal
Tengku Mahkota Pahang itu dalam kemas kini di Instagram Story hari ini menambah, keadilan bukan sahaja perlu perlu dilaksanakan, tetapi ia juga mesti dilihat dilaksanakan.
Empat lelaki didakwa rompak jongkong emas RM710,000
Empat lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, pada Jumaat, atas pertuduhan merompak jongkong emak bernilai RM710,000, awal bulan lalu.
Tiga penunggang motosikal maut dalam kemalangan berasingan di LPT2
Tiga lelaki dipercayai peserta program EX5 Members 4.0 maut dalam dua kemalangan berasingan di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) di Kemaman hari ini.
KWSP kurangkan tempoh masa yang diambil bagi pengeluaran menerusi e-Pengeluaran
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mencapai objektif dalam mengurangkan tempoh masa yang diambil di pihaknya dan pihak ketiga yang terlibat.